Thursday, December 26, 2013

Sakit Tapi Gembira...

Whoa.... ternganga aku...hari ini aku baru tahu betapa mahalnya ubat yang aku ambil.  Selama ini aku tak kesah sebab company yang bayar. Bila sendiri kena bayar baru sibuk nak tau berapa harga sebiji.

Mula-mula aku ingat tak nak tanya, tapi bila budak yang dispense tu cakap jumlah dalam seribu lebih, ternganga aku.  Satu biji ubat harga RM6 dan aku punya supply adalah sebanyak 180 biji. Kau orang kira lah sendiri... itu baru satu ubat. Yang lagi satu harga RM5 satu biji.  Parah...parah....parah kalau tiap-tiap bulan kena macam ni.

Walaubagaimana pun, aku berharap aku akan dapat kurangkan bergantung pada ubat-ubat ini yang generally are pain killers. Baru-baru ini aku cubalah tak nak makan ubat-ubat ni, hari pertama okay. Hari kedua dah mula rasa sakit belakang dan kaki. Sampai hari ketiga terus KO.

Walaupun KO, aku tak makan ubat. Aku sapu aja BioFreeze tu kat tempat yang sakit-sakit tu... ada kurangnya, tapi hari ini aku surrender. Terpaksa pergi cari ubat. Makan aja ubat tu, tak sampai satu jam, everything back as normal. Sakit sikit-sikit aja... Alhamdulillah ada kurangnya.

Masa aku baring bagi belakang aku lurus, Amir datang tunjuk video yang dia ambil. Zaki and Zara sebagai pelakon. Ada beberapa video yang dia ambil tapi yang menggelikan hati aku ialah yang Zaki jadi kucing dan juga Zaki berada di dalam dunia kucing. Haha... kucing aku, si kitty gedik pun berlakon..


Memandangkan dia orang tak kemana dan gembira yang ibu dia orang ada di rumah, jadi akitivit minggu ni banyak berlakon. Siap dengan story line lagi untuk Amir mengarah video tu. Siap dia suruh aku fikir satu cerita pendek untuk dia, Zaki dan Zara lakonkan... Eh..eh..eh.... dia dah lupa RC Plane dia tersadai lagi tu... tak siap... ini pula nak buat video... Tak apa lah kan... biar otak dia berkembang... technical ke, seni ke doesn't matter.  As long as he used his brain and creativity in the right way....

Wednesday, December 25, 2013

Hi-Tea di Majestic Hotel

Semalam aku pergi hi-tea kat Majestic Hotel dengan mak dan adik-adik aku. Adik aku yang bongsu tak join sebab dia kerja. Memandangkan anak-anak aku dah lama tak jumpa Wan Motor dia, aku bawalah dia orang sekali. Teruja dia orang.

Maklumlah dah lama aku tak bawa dia orang ke tempat macam ni. Aku tak tahu bila last kali aku bawa dia orang pergi makan kat hotel, but it was sometimes this year.

Nama aja aku kerja kat KL, tapi kalau suruh merayau kat KL tu jangan haraplah aku tahu. Aku tahu pergi KL Sentral, Mid Valley, Bangsar, KLCC and Ampang. Lain tempat minta maaf. So nak pergi ke Hotel Majestic ni pun aku terpaksa pergi rumah adik aku dan ikut dia dari belakang.

Bukan aku tak pernah dengar hotel ni. Banyak kali iklan dia keluar dalam radio, tapi sebab aku tak ada rasa nak pergi ke situ, jadi aku buat tak tahu.  Memandangkan aku tak tahu lokasinya, maka aku berjanji dengan adik aku untuk jumpa dia di rumah dia. Sebelum itu, aku pergi ke KL Sentral dulu. Aku pergi ambil iPhone 5s yang aku order dulu dari Roslinda. Sempat berbual dulu lah dengan dia sebelum aku ke Pantai Hill Park.

Sampai kat Pantai Hill Park, aku tak masuk. Aku call adik aku kata aku tunggu tepi jalan dan ikut dia dari situ. Leceh nak masuk situ. Kena lalu guard house dia. Actually from Pantai Hill Park to Majestic Hotel, it was not that far. It was about less than 10 minutes. Mungkin sebab kereta tak banyak. Sampai sana terus masuk basement parking.

Maka bermulalah episod keterujaan anak-anak aku dan termasuklah ibunya sekali. Mula-mula anak aku nama orang kerdil yang berdiri kat depan pintu tu. Pakaian dia macam zaman british dulu. Seluar pendek, stoking tinggi dan topi macam mandur tu.

Lepas tu bila pergi ke tempat minum, kami melalui satu bilik yang penuh dengan bunga orkid. Memang cantik. Siap kami dok cakap, kalau masuk bilik ni mak mesti sibuk tengok bunga aja. Memandangkan tempat tu dah penuh, tak da chan lah dapat masuk situ. Siap lagi janji, next time....

Memandangkan tempat dah banyak penuh, kami di bawa ke bilik yang di kenali sebagai Drawing Room. Memang cantik bilik tu. So cozy.  Memandangkan kami ada lapan orang, kami bahagi kepada dua group. Adults and Kids group. Satu meja untuk kami dan satu meja untuk budak budak,tapi aku pastikan dekat dengan kamilah. Senang nak pantau. Charges dia pula RM48 for one stand dan dalam satu stand berbagai bagai kuih lah.

Kami order 5 teh dan 3 hot chocolate for the kids. Dan untuk makanan tiga. Bukan itu saja makanan yang di hidangkan, ada juga makanan yang di panaskan seperti Quiche, cheese ball. Ingatkan itu saja tapi ada red velvet cake and pai tee juga. Sampai adik aku tanya, "Ada lagi ke?" Sebabnya masing masing dah kenyang.



Dalam kenyang kenyang, banyak juga makanan yang habis. Apa taknya, sambil berborak sambil makan. Tak cukup air teh, order pula kopi. Sampai malam aku tak makan dek kekenyangan. Tapi lain pula ceritanya dengan  Zaki dan Zara. Mereka tak kenyang. Dia orang tak berapa suka makanan itu. Kek aja yang dia orang makan. Makanan yang tak habis tu pihak hotel telah berbaik hati dan tolong pack kan untuk kami bawa balik.

Berborak sakan kami. Ialah bukan selalu aku jumpa mak aku. Borak punya borak, akhirnya hari hujan. Hendak tak hendak kenalah balik. Lagi pun hari dah petang.  Lagi pun hari ini mak aku dan adik aku Zura dan Arda  pergi bercuti ke Sabah. Berjalan saja Mam tu. Biar lah asalkan dia bahagia.

Ini sebahagian gambar gambar yang aku ambil di dalam Drawing Room di Majestic Hotel.

Monday, December 23, 2013

Nak Kahwin Cepat

Hari ini beberapa kali aku gelak sebab Zaki. Nak kata dia kelakar, tak juga tapi dia ni little bit cheeky. Umur dia baru sembilan tahun tapi sejak umur tujuh tahun dah pasang cita cita. Cita-cita apa? Nantilah aku cerita sebentar lagi.

Dia ini selalu confident. Totally different than Amir yang kurang yakin dengan diri sendiri. Mungkin bukan kurang yakin, tapi pemalu. Terlampau pemalu. Sampai bila nak jadi pemalu, aku tak tahu.

 Aku ambil dua orang tutor untuk ajar anak-anak aku, dan kedua-dua perempuan. Muda lagi lah dalam lingkungan 21 tahun. Sepanjang Amir belajar, dia tak akan pandang muka tutor dia. Tunduk aja. Sanggup paksa aku duduk dekat meja tu sekali. Bukan dia seorang kat situ ada Zaki dan Zara juga. Tapi tak selesa katanya.  Tapi jangan pulak budak ZZ berdua ni memang tak segan lah, especially Zara. Aku harap Amir dapat lah menyesuaikan diri dengan Kak Nad dan Kak Azah dia.

Kalau si Amir pemalu, si Zaki ini pula mat confident. Bila belajar dia confident aja betul, tapi bila tengok, hmmm banyak yang salah. Nak cepat siap aja. Bila tanya macam mana belajar, jawab dia ..."Basic aja." Cita-cita dia tinggi tapi biarlah jadi rahsia kami aja. Insya Allah, dia akan berjaya mencapai cita-cita dia.

Tadi petang, masa balik dari keluar beli barang, aku dan Encik Suami bercerita pasal majlis perkahwinan. "Huh! Lama lagi anak kita nak kahwin kan? " Aku cakap pada En Suami. Seperti biasa tak ada ya, huh atau any response from him. Hanya dengar aja...

Aku pun mula lah mengira bila agaknya boleh terima menantu. Paling cepat dalam enam tahun. Itu pun, kalau si abang yang sulong ada partner. Dia pun pemalu, tapi tak lah seteruk Amir. Kawan perempuan kat universiti tu adalah kurang dari 10 orang walaupun dah dekat dua tahun di UNITEN tu.

Risau juga aku bila tak ada kawan perempuan ni. Zaman sekarang ni tak boleh percaya. Bila aku tanya kenapa tak ada kawan perempuan, dia jawab leceh. Kena bawa keluar lah, beli bunga lah, belanja makan lah dan adalah lagi yang di sebut nya. Baik simpan duit untuk diri sendiri katanya. Terkedu aku kejap.

Selepas Syafiq, aku membebel pula bila agaknya Amir kahwin. Aku target lagi 13 tahun. Senyap aja Amir. Tak komen. Mungkin buat buat tak dengar apa yang aku cakap. Kemudian aku cakap lagi yang Zaki mungkin dalam 17 tahun lagi. Ia lah aku anggap yang dia orang akan habis belajar dan kerja dulu baru kahwin. So dalam 25 ke 28 tu just a nice age to get married for man lah...

Tapi Zaki telah menyampuk.  "Aki kahwin umur 21 tahun."
"Hah? 21 tahun," tanya aku.
"A'ah.. lambat lambat leceh. Aki nak kahwin cepat."

Terkedu aku sekejap dan begitu juga Encik Suami. Dalam hati aku cakap kena habis belajar dulu nak ooiiii. Kalau tak nak bagi anak orang makan apa.

Actually ini bukan pertama kali dia cakap dia nak kahwin muda. Last year pun dia ada cakap macam tu. Risau aku bila dia tanam semangat macam ni. Kecil kecil dah pandai minat perempuan. Jika dua abang di atas dia tak pernah cerita pasal perempuan, si Zaki ni selalu cerita pasal budak budak perempuan dalam kelas dia. Ada yang di minatinya, tapi aku buat buat tak dengar la. Kalau di layan lagi menjadi dia.. Better not to encourage him yet.

Haish.... adakah Zaki akan kahwin dulu dari Syafiq dan Amir? Marilah kita tengok dalam sepuluh tahun lagi. Syafiq, Amir atau Zaki?




Thursday, December 19, 2013

Hari Pertama Dah Pening

Hari ini hari pertama bergelar pesara... Baru setengah hari duduk rumah dah pening kepala dengan kerenah anak anak aku, especially si Zaara. Ada aja yang tak kena dan yang dia nak. Agaknya dia nak balas dendam kot.

Pagi lagi dia dah masuk bilik aku, Siap tanya hari ini kita nak buat apa, nak pergi mana dan macam macam lagi. Aku jawab, "Nak duduk rumah. Ibu penat."

Dia tak puas hati. Siap ambil kertas tulis akitiviti akitiviti yang dia nak buat. Last sekali duduk rumah. Tak kemana. Keluar pun kejap beli aiskrim kat MacDonald.

Si Zaki dan Amir pun bising. Cuti sekolah dah nak habis, kita tak pergi mana mana pun. Jom lah kita keluar. "Kita pergi main bowling nak?" saran Amir. Aku diam sebab aku tahu memang tak lepas lah nak keluar ke shopping mall atau ke mana mana. Menteri Dalam Negeri akan menggunakan vetonya.

Satu hari ini aku tengok memang kesian budak budak tu. Penat tengok tv, keluar main dengan kucing, penat main kucing, tengok tv balik. Tak pun naik atas main PS3 sekejap. Pastu turun balik tengok tv. Aku yang tengok dia orang pun pening. Restless.

Nak ke padang petang tadi tak boleh. Hari gelap dan hujan.  Kalau tak boleh lah dia orang main bola ke atau main whatever to release their energy. Ini tidak. Terperap dalam rumah. Last sekali tengok drama kat TV3. Kalau macam ni aku pun boleh terjerat tengok tv. Oh No... I need to do something to avoid watching all these dramas.

Sesungguhnya, baru sehari aku dah mula rasa bosan duduk rumah. Bosan sebab mungkin aku hari ini betul betul lepak. Tak buat apa. Yang best aku rasa dapat tidur petang. Lama tak rasa nikmat tu... tapi tak boleh di amalkan.

Aku juga kena mula start my plan for my project. Idea dah melimpah ruah, dah buat mind mapping tinggal nak convert to proposal aja. Yang ini aku ada malas sikit. Sebabnya aku tak tahu macam mana nak tulis. Susah.. Kena minta Ami atau Bang Ngah tolong bagi idea macam mana nak buat ni.

Doa doakan lah aku berjaya menyiapkan proposal aku dan dapat mereliasasikan impian aku. Doakan aku tak bosan duduk rumah dan doakan aku rajin nak update resume aku yang dah lama tak di update. Oh my memories... can I remember what I have done in 17 years?

Okaylah
... chao dulu..


Monday, December 16, 2013

Selepas 34 tahun....

Hari ini aku ada mini reunion. Reunion dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Last time kita orang jumpa ialah pada tahun 1979 iaitu 34 tahun dulu, di mana masing-masing masih lagi sweet 17 dan kurus.

Puziah or Jee kawan satu kelas aku. Orang eh, kurus tinggi dan senyum selalu. Salah seorang yang masih ingat akan nama gelaran glamour ku. So, nama tu hanya boleh di panggil bila orang tak ada. Seorang lagi yang masih ingat nama glamor ku, Wati. Tapi hari ini dia tak ada. Next gathering, nak ajak dia tapi kena pergi Seremban lah jawab nya...

Seorang lagi yang ada sama tadi ialah Rohana atau Ana. Ini kawan satu bas, Kami travel sama-sama dari Kuala Pilah ke Seremban. Kami selalu kena tinggal dengan bas yang membuat kami selalu kena tahan dengan pengawas. Tapi Allah maha kaya, abang aku dapat kerja kat Seremban and dialah yang membawa aku ke sekolah hari-hari.

Untuk pengetahuan semua, Jee dan Ana ini pelajar terpilih. Dia orang ni pelajar luar bandar yang pandai-pandai dan ditempatkan di Sekolah Menengah King George V, Seremban or KGV. The students are known as Georgian. Jee duduk asrama puteri sedang Ana, dia berulang alik dari rumahnya ke Seremban.

Aku pula, pelajar baru dari PD High School. Memasukki KGV masa aku di tingkatan lima dan aku bersyukur kerana berjumpa dengan dia orang yang tua satu tahun dari aku. Kira kakak lah kan, tapi untuk tak nak nampak tua, panggil nama aja. Dia orang terima aku masuk kumpulan mereka.

 Heh....34 tahun kemudian, masing-masing dah memasukki lima series dan badan pun dah berubah tapi gila-gila masih macam dulu. Sebenarnya ni boleh consider impromptu gathering. Hari Jumaat duduk balas-balas comment kat FB dan kemudian beralih ke Whatsapp dan hari ini terus berjumpa di Bangi. Ceh wah,,, senang buat perancangan kan...

Banyaklah cerita keluar. Lepas satu nama satu nama keluar. Setengah aku kenal, setengah tidak. Apa taknya aku bukan nya famous pun masa sekolah. Aku kenal gitu-gitu aja some of the name, tapi seronok dengar cerita pasal mereka dulu-dulu. Si Ana yang paling banyak cerita. Memang dari dulu lagi aku suka dengar dia bercoloteh. Kalau dia diam memang payah lah aku nak ngam dengan dia sebab aku ni pun pendiam juga. Lambat nak warmup....

Masa kat Bangi tadi, dia orang sesat lah. Sepatutnya jumpa kat parking lot Mc Donald tapi boleh lah terbabas sampai ke Giant. Nasib baik lah rumah aku tak jauh dari situ. From Giant aku bawa dia orang makan kat PappaRich. Sejam lebih kami kat PappaRich sebelum bergerak ke rumah aku.

Hehe....one common thing that we have, semua sakit lutut. Baik yang kurus mau pun yang gemuk. Lepas tu dok pakat nak sama-sama kayuh basikal petang-petang. Kata Ana eh, "Buek sorang sorang tak best. Ada kawan baru semangat."

Aku sengih dan Jee jawab. "Buek eh den update kata kayuh basikal tapi sobonar duduk tengok tv. Macam mana?"   Yang pasti tiada jawapan. Plan untuk kayuh basikal itu amat lah bagus. Mana tau boleh hilang sakit lutut dan turun berat badan...

Dia orang tak lama kat rumah aku. Pukul dua lebih, dia orang dah gerak nak balik ke Subang Jaya and Kelang. Memandang mereka tak tahu jalan, aku bawa dia orang halfway sehingga ke Silk Highway. From there they know how to reach their destination.

Ana, Jee thanks for coming to Bangi. It was a pleasure to have both of you to my humble abode. Hope to see you again and you are always welcome to my house. Y
up...Till we meet again...

Salam.








Friday, December 13, 2013

Kesian nya Dia...

Aku kesian betul dengan siDia tu. Cukuplah aku panggil dia sebagai siDia. Mungkin setengah orang
akan kenal siapa dia sebab tak susah nak tahu siapa orangnya.

Aku kesian tengok tak ada siapa pun yang bagi farewell kat dia. Bila petang tadi aku dapat dua invitation, satu untuk aku dan satu lagi untuk kawan aku, aku rasa tak sedap hati. Lalu aku bertanya pada sidekick aku, "Bila nak belanja si Dia lunch?"

Lepas tu baru lah masing masing sibuk berdiskusi bila nak bawa si Dia lunch. Ada yang kata dah bagi hari tu, Aku jawab balik, itu bukan kah department meeting cum lunch? Akhirnya masing-masing setuju untuk bawa dia makan.

Aku juga cakap kat depa, si Dia last day hari Isnin, tapi hari Isnin dia orang nak bawa aku makan. Aku kata kat dia orang, bagi lah slot aku. Aku tak kisah... tapi dalam hati mau tak kisah..

Maka si mata biru pun teruslah  call si Dia untuk confirmkan samada dia available tak Isnin nanti. Member jawab ok, so setlah lunch dengan si Dia hari Isnin nanti.

So untuk aku bila pula?...... ada someone bagi brilliant idea... kita buat makan-makan sambil karaoke. Ah....plan nak berkaraoke ni dah lama tapi masing-masing sibuk maka tak berkesempatan nak pergi. Jadi Isnin petang tu, kalau jadilah pergi kami akan ke Red Box untuk makan-makan cum menyanyi.

Hah... aku bukan pandai pun menyanyi. Merosakkan lagu adalah tapi memandang ini mungkin kali terakhir kami berkumpul maka aku turutkan. Lagu apa nak nyanyi aaa?

Berbalik pada si Dia, dia ni sebenarnya baik orangnya. Tegas dan tak suka kerja cincai bocai.  Ramai orang tak suka dia sebab ketegasan dia. Aku mula-mula dulu bengang juga dengan dia tapi dah empat tahun bersama, jadi tahu lah aku macam mana nak handle dia.

Pernah dua tahun yang sudah, dia jerit kat aku sebab proses tak betul. Satu floor dengar tapi aku sengih aja sebab benda baru. Macamano nak buek. Tak ada siapa yang tahu macam mana nak handle exception to the process. Bila ditanya no response so tak ada lah aku buat. Lagi pun dia stress masa tu..berlambak-lambak masalah kat meja dia tu.

Tapi dia datang minta maaf kat aku lepas tu. Aku ni jauh lebih tua dari dia dan dia juga tahu aku ni macam walking library kat tempat aku tu. Semua orang kalau tak pasti pasal process ke, mesti datang cari tanya aku. Kadang-kadang rimas  aku sebab kena menjelaskan perkara yang sama berulang kali.

SiDia ni sebenarnya banyak backup staff dia. Orang tak tahu apa dia dah buat untuk tolong staff dia. Macam mana dia fight untuk kepentingan staff dia. Aku tahu sebab aku work closely with him on some of the mattes. Jarang aku jumpa boss macam ni.

Setengah boss huha huha dengan staff tapi bila sampai kepentingan staff, buat-buat tak tahu. Lepaskan tempolok sendiri. Tapi boss macam ni lah menjadi kesukaan staff-staff sebab boleh bergurau senda tapi hakikatnya, boss ni amat tak boleh di harapkan.

Apa-apa pun aku harap siDia akan terus berjaya dalam kerjayanya. Aku tahu dia banyak contact, jadi aku tahu dia pasti boleh dapat jawatan yang di idamkannya. Bagi aku, aku nak relax dulu.. Nak bermain dengan anak-anak dan menjadi fulltime housewife. Boleh ke ni, Zai? Insya Allah.....

Good Luck, boss... May our path cross again.




Wednesday, December 11, 2013

Apa nak buat.....


Hmmm... tak tahu apa nak buat. Nak kemas barang, rasa macam tak best.  Awal lagi. Tapi,,, memang tak ada benda nak buat. Tak datang tak boleh. Baru negotiate last day.. Insya allah 18hb Dec hari akhir aku kerja kat sini.

Hehe... nak handover pun tak ada benda nak handover. Aku dah ajar anak-anak buah aku buat kerja aku dari dulu lagi. Senang bila aku cuti dia orang tahu apa nak buat. Tapi kalau untuk buat decision tu masih dia orang tak boleh lah.

Jadi aku jadi naughty sikit. Semua decision making aku bagi pada colleague aku yang jaga Finance. Member bengang. Siap cakap "bagi semua lah to me." Aku gembira tepuk tangan tengok muka dia yang bengang tu.

Bukan aku tak nak bagi kat orang lain, tapi sebenar-benarnya dia yang layak. Nak bagi kat sorang lagi tu, memang tak ada kena mengena dengan finance.. so he is the best available candidate that I can handover my work to. Pandai-pandai lah dia how to manage this additional load.

Nak bagi kat boss, boss pun dapat surat tawaran. So team aku ni kehilangan dua boss. Boss besar a.k.a kucing and small boss a.k.a mak tikus. Aku suka panggil boss aku kucing sebab bila dia ada semua senyap macam tikus. Bila dia cuti, hiruk pikuk budak-budak ni. Siap buat potluck. Hishh... aku part buat potluck tak lah beberapa agree.

Bukan aku kaki bodek. Aku kenal kucing ni since 2008 masa buat outsourcing. Dia lead the project, aku jadi macai dia. Habis projek, aku masih tersangkut dengan dia. So aku basically kenal dia dah lama. Tu sebab aku tak kisah kalau nak 'dush dush' dia. Lagi pun aku lebih lama makan garam dari dia, baik dari segi kehidupan atau alam pekerjaan di sini.

Memandangkan aku ramai juga member kat sini, hari-hari ada aja orang nak belanja makan. Okaylah tu kan sebab bukan senang nak dapat orang belanja. Tapi aku tak nak lah makan belanja breakfast, lunch, tea and dinner. Tak larat. Aku limitkan to lunch aja. Kena jaga kesihatan...'

Okaylah.. merapu aku ni. Ni nak pergi lunch meeting. Department aku bagi farewell lunch..sambil meeting. Aku...haha..akan cakap no updates.



Monday, December 9, 2013

Hmmm.... tak tau nak letak tajuk apa


Susah betul...
Bila otak beku...
Hendak tulis....
Semua kaku....
Mood begini...
Sejak Sabtu...

Aissshhh...
Susah...
Kalau Mr. Mood lari...
Susah....
Kalau Vitamin M lebih....
Susah
Kalau Vitamin R hilang...
 
Jadi...
Apa aku kena buat...
Fikir... fikir...fikir...
Panggil Mr Mood?
Cari Vitamin R?
Atau...
Biarkan macam ini...

Ahhhhh...
Tak mahu aku...
Berterusan begini...
Aku kena usaha....
Usaha hingga semua...
Balik ke asalnya...

p/s hahaha.... tajuk pun tak boleh fikir... parah...parah...parah...

Tuesday, December 3, 2013

Jakarta...aku teringat mu...

Taken using my old Sony Ericsson phone
Hari ini tak tahu kenapa aku tiba-tiba  teringat kat Jakarta. Yalah, dah tujuh tahun aku tinggalkan
Jakarta setelah di hantar bertugas selama 8 bulan. Yup, aku balik bulan Disember tahun 2006. Masa aku balik tu, anak aku yang kecil dah berumar 11 bulan. Banyak aku miss perkembangan dia semasa baby.

Aku pergi Jakarta ketika anak aku yang bongsu berumur 3 bulan. Belum habis pantang dah masuk call nak aku cepat ke sana, tapi aku bertahan untuk sampai 3 bulan. Tak kan nak tinggalkan anak yang masih merah tu... Lagi pun, anak ketiga aku masa tu baru nak mencecah dua tahun. Sebak dada ni masa meninggalkan mereka.

Walaupun begitu, hampir setiap dua minggu aku balik. Kos sendiri. Lantaklah kalau duit habis. Yang penting aku dapat jumpa keluarga tersayang.

Sepanjang aku kat sana, aku tak lah merayau sangat. Bila ada member ajak baru aku pergi. Hotel aku duduk pun bukan kat tengah tengah Jakarta, tapi tak juga di pinggiran Jakarta. Ianya lebih dekat dengan kantor ku.

Mula2 aku duduk kat Crown Princess. Selama dua bulan aku duduk situ dan selama dua bulan aku makan breakfast kat hotel tu... Mula-mula excited lah. Lama-lama jemu. Akhir sekali aku minta tukar duduk Aston Hotel.

Dapatlah aku masak sebab dia macam service apartment. Dan apartment tu tiga bilik. Bilik ada tetamu dari Malaysia datang, riuh lah rumah aku, kalau tak sunyi. Masa tu aku rasa best juga sebab dapat lots of 'me time'. Tapi yang pasti tiap tiap malam aku call Malaysia. Melepaskan rindu pada anak2.

Kalau weekend aku tak balik, aku suka merayau kat Plaza Semanggi. Sambil cari makanan sambil melihat ada apa-apa yang menarik. Di sebabkan aku bukan kaki shopping, jadi Plaza Semanggi tu okay pada aku. Tapi kalau kaki shopping mesti tak puas dengan PS tu.

Kadang aku keluar juga dengan member Malaysia yang lain. Pergi Tanah Abang lah, Mangga 2, Blok M dan banyak tempat lagi. Tapi yang best, travel ke Bandung for day trip. Penat nak gila pergi shopping, tapi aku tak ada lah banyak membeli. Aku suka tengok permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Sawah yang menghijau dan luas itu buat aku rasa fresh.

Selain dari Bandung, aku ada juga travel ke Surabaya. Tengok matahari terbit di atas puncak mana aku tak ingat. Sejuk gila. Kena pakai winter jacket. Pastu naik menggunakan kuda ke puncak gunung berapi menunggang kuda. Kesian aku kat kuda tu sebab berat bawa aku. Aku pergi sekerat  jalan sebab bau sulphur tu buat aku semput. Tapi aku suka traveling macam tu. 

Tempat lain tak berkesempatan nak pergi. Mana nak sempat kan sebab asyik balik KL aja. Mungkin lain kali aku boleh pergi Jogja, satu tempat memang aku nak pergi masa dulu tapi tak sempat. Tapi selama lapan bulan duduk di sana , aku tak pernah nak ke Bali. Tak tau kenapa. Mungkin aku kurang minat dengan pantai jadi tak lah aku berniat nak pergi sana.

Tujuh tahun meninggalkan Jakarta, rasa rindu nak ke sana, tapi tak sure bila lagi dapat melihat bandaraya yang sibuk itu. Mungkin satu hari dengan anak anak dan my dear hubby. In sya allah...




Tuesday, November 26, 2013

Lunch Date at BSC

Salam...

Hari ini aku pergi lunch kat Bangsar Shopping Complex.  Orang belanja makan, tak kan nak tolak kan? So, aku pergi aja lah. BSC tu atau BV ke, kalau aku nak pergi seorang, tak ada lah aku nak pergi. Aku rasa tempat tu sibuk sikit. Tapi dah orang belanja dan pastu di jemput pulak. siapa nak tolak... Bertuah kan...

Sebenarnya, aku lupa pasal lunch date aku dengan kawan kawan aku daripada Ini Barang Mahal. Dulu vendor aku tapi sejak dia orang tak ada apa apa dengan company aku, aku anggap kawan aja. Lima tahun dulu, kami sama sama duduk berbincang dan bergaduh untuk melaksanakan tugas bagi pihak company masing-masing. Banyak kenangan manis dan pahit dengan dia orang ni...

Tapi la ni, dah baik dah...... dah jadi kawan. So lunch tadi konon konon nak catch up on the old days, tapi banyak cerita pasal anak anak dan aspirasi masing masing. Masing masing dok nak pikir nak pencen dah walaupun masih muda.

Hahaha... Si S ingat nak surprisekan aku tapi aku dah tahu dari semalam lagi yang dia akan join. Whoooo....Lama betul tak jumpa si S ni, Dia ni aku panggil Sinead O'Connors dulu. Dia botakkan kepala dia sebab nazar. Sexy..Sexy gila masa kepala dia botak dulu.

Sampai kat BSC aku turun dulu. Tak pergi parking sebab aku masih tak boleh jalan jauh sangat. Aku masuk aja shopping complex, terasa dah nak macam christmas. Pokok hiasan christmas pun dah naik. Lagu lagu christmas dah mula didendangkan..tapi yang aku tak dengar lagu jingle bell. Mungkin dah dekat dekat esok baru dia mainkan lagu tu kot.

Memandangkan dah dekat sepuluh tahun aku tak pergi BSC, aku rasa memang lain dah. Banyak kedai makan. So tempat makan yang kita orang nak pergi ini namanya Ben's Naughty. Katanya tingkat tiga... Aku mengekor aja Si A dan Si J. Naik escalator, bau buku baru dan terus nampak Times Book Store... Apa lagi berjanji lah dengan member nak singgah masa nak balik nanti.

Pusing punya pusing jumpa lah restorang yang di tuju.. Aku tanya member apa yang sedap kat sini.. Dia orang jawap pasta dia best... Aku tengok dan tengok dan tengok apa nak makan ni... Akhir sekali ambil cheeseburger. Dah lama aku tak order burger bila masuk restoran. Tak kan rugi, banyak banyak makanan order burger aja.. Ish... ish... ish...memang rugi!

Bila sampai makanan aku, hmm...burger dia tebal tapi aku rasa si A punya pasta lagi sedap. Heheh.. aku dapat juga rasa sebab we shared our food. Sedap ketam tu,,,,,

Dah habis makan seperti biasalah bergambar sana bergambar sini..tapi tak banyak lah... dua tiga keping aja. Bukan tak boleh jumpa lagi pun dengan dia orang ni....

Sampai tingkat dua, kami berpecah. Si S balik dengan Helmi. Aku, Si J dan Si A menuju ke kedai buku.. ya lah dah janji nak pergi tadi...Actualy nak tengok tengok aja. mana tahu ada buku yang aku perkenan. Lagipun sebelum aku keluar lunch tadi, aku dah order lima buah buku online... Masak aku kalau anak aku tahu.,..asyik beli buku aku aja , buku dia orang tak beli...

Masuk kedai tu memang impressive lah.. Yalah BSC tu target dia expatriate and penduduk Bangsar. Jadi buku yang di jual pun aku rasa 98% buku english. Aku round and round and round and found Timekeeper by Mitch Bloom. Baca blurb dia nampak okay and furthermore Syafiq suka baca buku Mitch Bloom. Tak fikir panjang aku belilah. Boleh bagi Syafiq baca sekali.

Aku round lagi walaupun pinggang aku dah mula sakit. Jalan sikit tengok apa yang ada.. dan aku cuba cari buku melayu. Tak jumpa..Akhir sekali aku pergi kaunter bayaran dan tanya ada tak buku melayu.

Seorang tu macam tak tau aja, so aku tanya kawan dia. Nasib baik mamat ini tahu layan customer. Dia pergi cari kot kot ada buku melayu... Memang ada tapi aku nampak satu buku aja. Buku Adam dan Hawa 2 saja. Buku lain tak ada.

Aku rasa kecewa. Bukan sebab tak ada novel melayu yang aku nak beli tapi sebab aku rasa macam management kedai buku tu pandang rendah pada buku buku melayu ni. Entah... ini pandangan aku aja... mungkin mereka ada sebab tersendiri kenapa tak nak jual buku buku novel melayu ni.

Bila aku dah bayar, aku cepat cepat ajak member balik. Pertama, pinggang aku rasa nak patah dah dek sakitnya dan kedua, rasa lama sangat keluar makan. Tak nak lah orang pandang serong nanti bila masuk office.

So kami gerak meninggalkan Times Bookstore dan menuju keluar. Memandangkan pinggang aku dah sakit dan pergerakan dah limited, aku duduk aja tunggu member datang jemput aku depan BSC. Nasib baik ada tempat duduk. Boleh hilangkan sakit pinggang tu sikit. Perjalanan balik dari BSC ke Plaza Sentral pun smooth aja. Tak ada jam....

Sampai office, aku tengok boss aku tak ada kat tempat dia. Phewww... lega tapi sebenarnya dia ada. Dia ada discussion kat break out area.... Lantak lah kan...bukan selalu aku keluar... Apa-apa pun aku gembira jumpa member member lama aku. Thanks for the lunch Helmi!


Thursday, November 21, 2013

Kenangan...

Sekolah lama ku yang dah berubah
wajah dan nama

Salam. Hari ini aku cuti lagi. Cuti sakit. Doktor bagi aku cuti dua hari sebab belakang dan kaki aku sakit. Jalan pun macam robot.

Hari ni dah okay sikit dah, Not as bad as yesterday. Boleh jalan dah. No more walking like robot. Kalau semalam aku tidur saja sebab makan pain killer tu, hari ini aku tak ada lah duduk baring atas katil. Boleh lah aku mengadap komputer

Tapi nak buat kerja tu tak dapat lah. Sebab aku ni kan gula, Maka semut semut itu akan duduk di sekeliling aku. Kalau aku duduk kat meja aku, dia orang duduk kat lantai atau atas katil. Kalau aku baring, semua nak naik katil sekali. Haru macam ni.

Daripada dapat rest langsung dapat stress. Anyway, stress aku terubat sikit sebab tengok gambar zaman sekolah, Haish,... lawak tengok muka semua. Toyaa je.. Tapi masa tu kami lah rock. Di sekolah kami lah taiko.. Siapa tak kenal. Memang terkenal sebab kami kelas antara yang top and kami kaki sukan. Wakil sekolah dalam acara track and field dan juga hoki. Game lain aku  main juga tapi bila dah tingkatan tiga aku kurangkan main. Atas arahan Mem Besar.. mak aku.

Sebenarnya dia suruh aku jangan masuk satu pun acara sukan, tapi aku rayu dan rayu dan rayu... akhirnya dia benarkan lah main satu dua sukan. Darah sukan kuat mengalir kat badan mana boleh tak masuk kan. Bila tengok orang practice aku macam nak pergi aja join, tapi bila dengar arahan mem, terus mati perasan itu.

Walau bagaimana pun aku syukur sebab dapat juga masuk sukan. Kalau tak mati kutu aku masa tingkatan tiga, Bila naik tingkatan empat, aktif balik dan dapatlah main hoki bersama pasukan musuh tradisi kami masa tingkat tiga.

Oh ya.. masa tingkatan tiga kami kat SMR SiRusa. Sekolah tu sampai tingkat 3 aja. Jadi PD High School tu musuh kami. Bila naik tingkatan empat, kena pergi PD High School, so buat tak tau lah. Pergi training hockey and got selected.. Tapi aku kejap aja kat PD HS. Satu tahun aja. Pastu kena pindah KGV or King George V. Mati kutu aku kat sekolah ni.

Aku ni bukan jenis peramah jadi agak susah nak buat kawan. Pastu nak pergi training hockey, malas sebab aku duduk jauh sangat... kat Tg Ipoh so arahan mem sekali lagi terpaksa di patuhi. No sport tapi aku pergi juga, Tak adalah masuk hoki tapi wakil rumah dalam track and field adalah juga.

Di sebabkan darah hoki mengalir kuat dalam badan ni, masa kat Uitm pun aku main lagi. Tapi tak adalah mewakili Uitm hanya wakil School of Math and Science aja. Itu pun cukup lah... Itu lah kali terakhir aku main hoki.

La ni kayu hoki pun tak ada kat rumah aku. None of my kids are into hockey. Takut nanti kena bola hoki yang keras tu..ish..ish..ish... ibu dia orang lagi tough dari dia orang...

Anyway, aku harap reunion untuk Sek Men SiRusa ni jadilah.. Rindu nak jumpa teman seperjuangan. Setengah dah ada cucu, dah ada menantu tapi aku masih gitu gitu...

Chiao...




Tuesday, November 19, 2013

Cuti Sekolah...

Kesian blog English aku. Berabuk dah tu. Bukan tak nak update tapi idea lari. Puas dah panggil tak
Skeleton of the RC Plane
juga mau mai datang.

Apa apa pun aku update kat sini pun sama juga kan. Nanti aku cut and paste kat blog sana lah.. Anyway apa aku nak update hari ini...

Hmmm,,, let's talk about school holidays. Cuti akhir tahun kan dah datang.. dah mula..bersorak kan anak anak tak payah pergi sekolah. Happy sakan dia orang. Yang peningnya mak bapa dan bibik. Hehe.. kat rumah aku yang pening mak mertua aku lah...

Apa nak bagi dia orang buat. Enam minggu yang tiada homework tak ada buku dan tak ada cikgu. Tapi untuk anak aku, aku dah cari kan tutor. Sekurang kurangnya adalah dalam seminggu tu dia orang kena belajar. Mengadap buku.

Tapi aku risau juga. Memandangkan dia orang belajar kat rumah, nanti mesti ada aksi nak minum, aksi nak kencing, aksi nak asah pensil dan macam macam aksi yang membolehkan dia orang tak payah duduk kat meja makan tu...

Hehehe... aku kena beritahu tutor dia orang biar garang sikit. Mesti dia orang segan dan takut dengan tutor dia orang. Kalau dengan ibunya, hmmm.....tak makan saman.

Cuti ini Amir ada big project. Besar lah bagi dia. Dia kena siapkan RC Plane dia. Badan dah siap. Pagi ini dia tunjuk kat aku progress dia. I'm impress. Boleh dah rudder plane to pusing kiri kanan. Aku harap dalam dua minggu ni siaplah RC Plane tu. Boleh lah tengok boleh terbang ke tidak?

Memandangkan dia pakai foam board, aku quite skeptical lah. Yalah tengah terbang tiba tiba datang burung langgar, langsung berkecai. Tapi whatever it is I have to agree that this guy is a techie.

Hah! Suka sangat tanya aku benda technical dan juga explain kat aku benda benda kapal terbang dia. Kadang kadang aku give up sebab tak faham apa yang dia cakap. Kena guna Mr. Google baru tahu jawapan nya. 

Habis dah zaman kegemilangan aku. Selama 20 tahun aku pegang gelaran techie. The one and only one and tahun ni, aku terpaksa berkongsi dengan Amir, and dalam dua tiga tahun lagi mesti aku terpaksa menyerahkan gelaran itu pada Amir.

Okaylah.. cukuplah aku membebel...nanti bila aku senang kita sambung lagi.

Wednesday, November 13, 2013

Lappy ku sakit lagi...

Bengang rasa hari ini. Semuanya akibat laptop aku sakit. Lappy yang dah berpuluh kali bagi masalah pada aku, tapi aku masih sayang denga lappy aku. Walaupun dah tua, ialah dah hampir empat tahun dengan aku, tapi aku rasa aku belum fully utilized dia.

Lappy aku tu dah upgrade memory, dah upgrade hard disk, dah upgrade OS dan dah ganti bateri baru, jadi ia seperti satu laptop yang baru bagi ku. 

Lagi pun laptop  ni kecil dan ringan. Bagus untuk orang macam aku yang sakit belakang ni. Dekat setahun aku tak bawa lappy aku balik rumah, tapi sejak belakang aku baik sikit, aku kendonglah dia hari hari. Kononnya nak buat kerja sikit kat rumah, tapi sampai aja kat rumah, duduk sepilah dia di tepi meja aku. Yang aku belek ialah phone, iPad dan buku. Aku rasa lappy aku jeles. Itu sebab dia selalu sakit. Terabai.....

Pada waktu aku menulis ni, lappy aku masih dalam operation theater. Tak tau bila boleh siap. Harap Harap dia boleh balik se kejap lagi. Tak sanggup aku duduk kat meja ni tak buat apa apa. Mengantuk. Bosan dan yang pasti email berlambak, kerja yang menunggu untuk disiapkan tertangguh. Last last aku yang stress sebab nak siapakan semua kerja.

Oh! Aku berharap data aku tak hilang. The last time masuk ward, archive email aku hilang. Geram tapi sebab aku ini jenis cool, ceh wah perasan pulak, jadi aku tak ada lah nak maki hamun budak yang handle case aku. 

Balik aja kat meja aku, aku announce kat boss kata email aku dah hilang so jangan minta aku cari email email yang hilang ini. Member bengang juga. Agaknya dalam hati dia, 'minah ni asyik hilang data aja..' Apo nak buek... Bondo nak jadi kan.

Okay lah.. Aku ada meeting pukul tiga ni. Satu benda tak prepare lagi. Macam mana nak prepare bila semua data dalam laptop. Nasib lah apa nak jadi nanti...

Chiao... Salam.


Monday, November 4, 2013

Plan si abang


Susah betul nak ajak anak bujang aku ni keluar sekarang. Asyik sibuk memanjang. Tak tahulah sibuk belajar ke, buat assignment ke atau sibuk surfing. Aku pun kurang pasti. 

Dia ni duduk dan belajar tak lah jauh dari rumah aku ni. Duduk kat Unipark dan belajar kat Uniten. Masa perjalanan dari rumah aku ke Uniten tu dalam 7-10 minit aja. Dekat kan? Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa dia tak duduk kat rumah aja.

Saja aja kita orang nak dia belajar berdikari. Belajar bercampur dengan kawan-kawan sepengajian. Duduk kat Seksyen 7 ni, dia mana ada kawan. Jadi kalau dah balik rumah tu macam anak dara pula. Tak keluar-keluar. Kalau dia keluar pun pergi ke surau yang tak jauh dari rumah.

Bia dia balik, favorite dia duduk dalam bilik. Bila dia bosan, dia turun bawah, kacau adik dia kejap, main dengan kucing kejap, main piano kejap atau tengok tv. Pastu naik balik ke atas. Masa dia nak spend dengan aku very limited. Sebabnya, most of the time, adik-adik dia akan conquer masa aku.

So, dua minggu yang sudah setiap petang dia balik kejap. Bukan voluntarily pun tapi di paksa untuk tolong tengokkan adik-adik yang nak ke sekolah petang. Nak tak nak terpaksalah kan. Dah aku dan hubby kerja and mak mertua aku pula kat rumah adik ipar aku.

Minggu tu dia memang banyak assignment, quizzes and tests. Pada malam rabu aku dapat duduk borak dengan dia. Actually aku sampai agak lewat kat rumah, so hubby pergi tolong tapau dinner. Dia dengar aku balik, cepat-cepat dia turun minta aku tolong ajar C++. Ok lah sebab aku pun tahu sikit pasal subject tu. Sambil aku ajar dia, kita orang berborak. Dia kata dia nak sambung belajar buat master and later nak migrate ke Australia.

Aku diam. No komen and hari ini sekali lagi dia cakap. Masa tu aku tengah masak dan dia teman aku kat dapur. Asalnya kita orang bincang pasal cousin dia yang nak further study kat Australia, and dia pun cakap dia nak migrate ke sana.

Kali ini aku tanya kenapa nak migrate. Sebab dia ni mumbling and suara macam cakap berbisik, tak lah ku dengar dengan jelas reason dia. Aku kata, "Yes you can go provided you tingkatkan ilmu agama." 

Bila dia dengar itu aku punya condition, dia diam and terus keluar dari dapur. Mungkin dalam hati, tak lah susah condition ibu ni...Pening kepala aku bila dengar plan dia. Tapi dia lambat lagi nak grad, so ada masa lagi nak suruh dia change his mind about migrating kan? Yalah, no matter how big you are, you will always be my sweet little boy.

Ini lagu yang dia suka main... Susah nak dapat rakam dia main. Punyalah ramai yang mengacau nak masuk recording juga kan!

http://www.youtube.com/watch?v=-SHICVUxaVs&list=FLRBZ0cKqgKaymyTsjpNfokQ

Thursday, October 31, 2013

Ada orang sentap....

Aduh...kereta aku tergores panjang. Sedih... My Black Beauty injured!  Dari depan sampai ke boot belakang sebelah kiri. Aku tak perasaan mulanya. Ialah... yang aku tahu, tekan remote, buka pintu, letak beg, masuk, start engine dan terus jalan. Sampai destinasi, off engine, keluar ambil beg dan terus jalan. Tak ada lah aku nak belek kereta..

So, itu lah apa yang berlaku last night. Sampai rumah, Mr Hubby dah ready nak keluar dengan Zaara. Bila dia nampak aku sampai, cepat-cepat dia suruh aku turun. Katanya nak keluar sama si Drama Queen. Aku pun, keluar kereta, ambil my backpack, my bag dan terus menapak masuk ke rumah. Zaara ajak ikut, tapi aku penat.

Sedang aku berehat dengan the two boys, Mr. hubby balik. First question yang keluar dari mulut dia," Kat mana you park the car?" 

"Why?" Aku dengan blurnya bertanya. 
"Long scratch on the left side."
"Owh... I parked at my usual spot."
"So how did the car get that scratch?"
"I don't know..." Selamba badak aja aku jawab. Sebenarnya bengang sebab di soal macam tu.
"How to dispose the car now?" he mumbled.
"Ala..cat lah balik," gumamku.

Mr Hubby bengang. Terus naik atas masuk bilik. Hah! Dia ini species yang suka membelek semua barang dan tahu if anything amiss. Sampai Amir komen, "Ayah ni patut jadi PI. Benda kecik pun nampak."

Aku tak puas hati. Aku keluar dan check lah kereta yang sedang elok di parkir di porch rumah tu. Nasib baik tak terpijat, Ms. Kitty Gedik yang sedang terjalar depan muka pintu. Satu aja lampu porch yang di pasang. Agak terang tapi mata aku ni memang kurang sikit, jadi susah lah nak nampak mana yang calar tu. Cari punya cari, Zaki datang. Siap tunjuk kat aku lagi. Aku termenung. Kat mana kena ni??


Mr. Hubby masih lagi marah. Tapi seriously aku tak tahu macam mana boleh terjadi. Puas aku fikir. Pagi semalam aku park kereta tu in between two cars dan masa aku keluar pukul 6.50pm, both cars were still there. Tak mungkin depa. Aku pun buat tak tahu lah. Malas nak fikir.

Tup..tup..tup.. this morning while on the way to work, aku teringat. Yup.. I think I know where and how it happened. I was driving from NPE heading toward KL-Seremban Highway. Not that fast and not that slow either, but I was on the left lane.  

Halfway down the curve towards the KL-Seremban higway, there was a fallen branch. Masuk sikit kat jalan raya. Aku tak boleh nak lari ke lane kanan sebab ada beberapa kereta on my right side. Kalau aku brake memang boleh terbabas gila. 

Quick reaction from me.. hahaha...puji diri sendiri...ialah aku slow down the car and I have no choice, but to let my car bergesel dengan dahan yang patah itu. Masa itu aku tak fikir pasal calar ke apa. Yang aku fikir jangan accident. It was between nyawa and kereta.

Eish...aku masih sayang nyawa aku dari kereta. Kereta boleh di ganti atau di cat semula, kan... tapi nyawa...fill in the blank lah.  Sampai aku tulis ni, Mr. Hubby belum di beritahu lagi. Balik nantilah aku slow talk dengan dia... Biar dia cool down dulu kan? Doakan aku tak kena bawak kereta Toyota lama tu...

Tuesday, October 29, 2013

Renungkan....

Serabut otak aku hari ini. Tak tahu sebab apa, tapi dari pagi rasa macam otak tu dah tepu. Patutnya bangun pagi fresh, ini tidak. Rasa berat. Nak demam ke? Hmm... tak tahu lah, tapi memang di kelilingi oleh orang sakit. 

Actually I don't feel good. Tak tahu siapa akan jadi mangsa. Bukannya cara aku nak marah atau makan orang, tapi jika perasaan tak baik ni.. memang boleh lah seseorang kena ngan aku. Tapi aku harap tak lah kan...

Sebenar aku dah bosan dah dengan apa yang aku buat ni. Tak ada cabaran langsung. I need to get back to the  full action like I did years ago. Tapi nak cari kerja lain, malasnya. Dah sedap duk kat sini. So choose wisely... comfort zone or challenges... your call. Hmmm... memang suka kat comfort zone.. good salary, no challenges...siapa tak nak kan. But there is no job satisfaction...

Ahhh... susah betul. Duduk rumah is another option. Heh..mula-mula memang best lah kot pastu lepas dua tiga bulan, mula lah bosan. Asyik rutin yang sama... masalah yang sama... Boleh mati kutu macam tu.

So, what do you want to do? Tukar kerja malas, current work not challenging enough, duduk rumah boleh mati kebosanan... so why not indulge in your passion. My passion... but can be very expensive. If no work, no money means I can't indulge in my passion. I can't forget about books and my gadgets and what other hobbies I have. Banyak nya hobby.. 

So, think carefully. Banyak choice you can do and banyak benda you can think. Family, health and lastly your wishful lists.  Whatever you going to do, make sure you have the pleasure of doing it. No point of forcing yourself doing things you don't like. You life will be miserable. Yup miserable.. but for my current life, I haven't reach the stage of being miserable. I still can tolerate what I am doing... just barely.

Owh...time to really think about my future. Pray that I will make a good decision out of what I choose. Insya allah...
 

Friday, October 25, 2013

Risau





Ahh… Jumaat….
Kita jumpa lagi
Setelah menanti
Empat hari…

Sungguh…….
Minggu ini
Amat mencabar
Pada ku, keluarga ku

Apa tak nya…..
Anak-anak tiada teman…
Bersendirian di rumah…
Sebelum melangkah kaki ke sekolah

Bila hati asyik di rumah
Susah…susah… 
Nak beri tumpuan…
Otak pun mula meragam
Lalu…..
Kerja kerja pun terbengkalai…

Salam....

Friday, October 18, 2013

Bosan...




Bosan
Bila dapat
Benda tak jalan

Bosan
Bila kita
Kena baiki sendiri

Bosan
Bila menunggu 
Dan masa
Berlalu pergi
Tidak kembali

Bosan
Bila kualiti
Masuk perigi
Bila kerja
Setengah hati
Hasilnya
Semuanya tak jadi

Bosan
Sampai bila
Harus begini

Bosannnnnn……