Tuesday, December 3, 2013

Jakarta...aku teringat mu...

Taken using my old Sony Ericsson phone
Hari ini tak tahu kenapa aku tiba-tiba  teringat kat Jakarta. Yalah, dah tujuh tahun aku tinggalkan
Jakarta setelah di hantar bertugas selama 8 bulan. Yup, aku balik bulan Disember tahun 2006. Masa aku balik tu, anak aku yang kecil dah berumar 11 bulan. Banyak aku miss perkembangan dia semasa baby.

Aku pergi Jakarta ketika anak aku yang bongsu berumur 3 bulan. Belum habis pantang dah masuk call nak aku cepat ke sana, tapi aku bertahan untuk sampai 3 bulan. Tak kan nak tinggalkan anak yang masih merah tu... Lagi pun, anak ketiga aku masa tu baru nak mencecah dua tahun. Sebak dada ni masa meninggalkan mereka.

Walaupun begitu, hampir setiap dua minggu aku balik. Kos sendiri. Lantaklah kalau duit habis. Yang penting aku dapat jumpa keluarga tersayang.

Sepanjang aku kat sana, aku tak lah merayau sangat. Bila ada member ajak baru aku pergi. Hotel aku duduk pun bukan kat tengah tengah Jakarta, tapi tak juga di pinggiran Jakarta. Ianya lebih dekat dengan kantor ku.

Mula2 aku duduk kat Crown Princess. Selama dua bulan aku duduk situ dan selama dua bulan aku makan breakfast kat hotel tu... Mula-mula excited lah. Lama-lama jemu. Akhir sekali aku minta tukar duduk Aston Hotel.

Dapatlah aku masak sebab dia macam service apartment. Dan apartment tu tiga bilik. Bilik ada tetamu dari Malaysia datang, riuh lah rumah aku, kalau tak sunyi. Masa tu aku rasa best juga sebab dapat lots of 'me time'. Tapi yang pasti tiap tiap malam aku call Malaysia. Melepaskan rindu pada anak2.

Kalau weekend aku tak balik, aku suka merayau kat Plaza Semanggi. Sambil cari makanan sambil melihat ada apa-apa yang menarik. Di sebabkan aku bukan kaki shopping, jadi Plaza Semanggi tu okay pada aku. Tapi kalau kaki shopping mesti tak puas dengan PS tu.

Kadang aku keluar juga dengan member Malaysia yang lain. Pergi Tanah Abang lah, Mangga 2, Blok M dan banyak tempat lagi. Tapi yang best, travel ke Bandung for day trip. Penat nak gila pergi shopping, tapi aku tak ada lah banyak membeli. Aku suka tengok permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Sawah yang menghijau dan luas itu buat aku rasa fresh.

Selain dari Bandung, aku ada juga travel ke Surabaya. Tengok matahari terbit di atas puncak mana aku tak ingat. Sejuk gila. Kena pakai winter jacket. Pastu naik menggunakan kuda ke puncak gunung berapi menunggang kuda. Kesian aku kat kuda tu sebab berat bawa aku. Aku pergi sekerat  jalan sebab bau sulphur tu buat aku semput. Tapi aku suka traveling macam tu. 

Tempat lain tak berkesempatan nak pergi. Mana nak sempat kan sebab asyik balik KL aja. Mungkin lain kali aku boleh pergi Jogja, satu tempat memang aku nak pergi masa dulu tapi tak sempat. Tapi selama lapan bulan duduk di sana , aku tak pernah nak ke Bali. Tak tau kenapa. Mungkin aku kurang minat dengan pantai jadi tak lah aku berniat nak pergi sana.

Tujuh tahun meninggalkan Jakarta, rasa rindu nak ke sana, tapi tak sure bila lagi dapat melihat bandaraya yang sibuk itu. Mungkin satu hari dengan anak anak dan my dear hubby. In sya allah...




No comments:

Post a Comment