Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

Monday, August 25, 2014

UWEC Reunion

Semalam aku pergi majlis perkahwinan anak perempuan Carlos dan Ana di Bukit Mewah, Kajang. Seronok sebab dapat jumpa member-member satu universiti dulu. Semalam tu kira mini reunion untuk kami yang belajar di UWEC dulu.
UWEC Malaysian Alumni Reunion

UWEC Malaysian Alumni Reunion

Aku sampai agak lewatlah bagi seorang yang duduk di Bangi. Bukan jauh pun Bangi ke Kajang tu tapi disebabkan aku kena pergi ambil anak aku dari sekolah dia dekat Jalan 4 tu, jadi terpaksa detour sikit. Lagipun ingatkan trafik okay, tapi 200m sebelum sampai sekolah, kereta dah berderet-deret. Masing-masing datang nak jemput anak balik sekolah. Semalam tu dia orang ada majlis Merdeka Raya. Semua kena pakai baju melayu atau jubah. Si Amir pakai baju melayu bersamping pergi majlis. Nasib baik warna baju tak sama dengan tuan rumah. Kalau tak kena bertugas dia menjadi penyambut tetamu.

Sampai-sampai aja jumpa Ana dan Carlos dulu dan Ana cakap ada Shott, Nor, Kone dan few more lah. Yarham dah balik dulu. Hish.. punyalah teruja nak jumpa depa. Kawan lama katakan.
Mula-mula ambil makanan dulu. Itu pentingkan. Lagipun dah pukul 2 petang. Dah lapar. Dah ambil nasi, mata pun melilau cari depa. Scan punya scan...zuuppp nampak Shott or Aishah yang sanggup turun dari Ipoh. Happylah pergi ke meja dia orang.

Ada Nor or Norhazizam or Farihah Iskandar, Kone or Wan Rohani, Eda or Siti Noraida, Sherry @ Saripah Noraslida. Sherry ni my housemate masa kat Eau Claire. Pastu ada Naz husband Eda. Borak-borak kejap lepas tu minta diri nak makan dulu.

Balik kat meja tengok anak-anak dan En Hubby dah makan, jadi kita pun bismillah lah dan terus makan. Tapi sebab nak cepat nak jumpa member, rasa makan pun tak lalu. Hati nak join depa aja yang meja hanya selang tiga meja dari meja aku.

Sedang makan cari lagi kalau ada lagi geng. Hah... nun tidak jauh dari meja Nor and the gang, nampak Jett or Rohizir, Saat, Kamdin or Kamarudin and Makri or Ahmad Fikri.

Bila dah habis makan, aku pun minta izin from hubby kata nak join the other group. Dia kata tak boleh lama sebab kita kena pergi ambil kereta kat KL. Adusss.... kenapa lah hantar kereta service kat KL. Dia bagi 20min aja. Dalam hati, haish... mana cukup? Kali ini ada Eton or Zaiton wife Kamdin dekat meja. Okay..banyaklah cerita yang disharekan.

Tak lama tu, masing-masing nak balik tapi sebelum tu sessi tangkap gambar dulu. So ramai-ramai pergi ke depan supaya Ana dan Carlos boleh join sekali. Puas lah bergambar. Bila nak dekat balik, abang Kamal dan wife datang. Tangkap gambar lagi. Tapi dalam phone aku ada satu gambar aja. Sebabnya photographer aku Zara. Dia malu.

Dah puas tangkap gambar so time to say goodbye. Insyaallah another reunion is plan in December. Seorang lagi nak sambut menantu. So dah kira empat orang dah bermenantu dan seorang lagi akan menyambut menantu in Disember. Aku dan yang lain-lain bila lagi? Hah! Anak masih bawah tanggungan FAMA macam mana nak kahwin. Biar habis belajar dulu ya....

Sunday, June 8, 2014

Bila si kenit teruja....

Semalam jiran sebelah rumah buat kenduri. Kenduri menyambut menantu. Meriah sekali. Ini adalah  majlis perkahwinan yang kedua yang di buat oleh jiran sebelah. Tahun sudah anak lelaki dia yang nombor dua kahwin. Kahwin dengan orang Kedah. Kali ini, giliran si abang yang sulung. Dia berkahwin dengan orang Terengganu. Tinggal lagi dua orang yang belum kahwin tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua tu baru grad. Seorang graduan dari Australia dan seorang dari UITM. Si abang dalam kejuteraan sementara si adik pula kelulusan Charted Accountant. Mana tahu tak lama lagi giliran mereka berdua pula.

Hari Khamis hari tu, orang datang pasang khemah. Dari depan rumah aku, sampailah ke hujung jalan dan juga di padang permainan, khemah di pasang. Sejak hari Khamis tu juga Si Zara sibuk bercerita pasal perkahwinan. Dia yang lebih teruja. Ya lah... kat rumah  ni lambat lagi nak buat majlis perkahwinan.

Si Zara ni punyalah berkobar-kobar nak ada si kakak, dia sibuk buat speku. Speku pasal si abang sulung dia. Agaknya macam mana lah rupa si isteri Syafiq, suka tak isteri abang Syafiq ni dengan dia. Pakai tudung ke tidak. Sampai penat aku melayan.

Dia lupa yang si abang ni muda lagi. Belum pun masuk dua puluh tahun. Masih lagi belajar. Lagi pun, si abang tu mana ada girlfriend. Jadi tak payah lah nak berangan-angan nak dapat kakak dalam dua tiga tahun ni. Anyway, kita merancang tapi Allah yang menentukannya. Mana tahu tiba-tiba si abang jumpa dengan jodoh dia dalam tahun ni. Pengsan ibu dia...

Kali ini untuk majlis perkahwinan anak jiran, aku bagi dia orang buku. Aku beli di Dakwah Corner, Bangi Gateway. Hahaha.... buku macam mana nak memikat suami dan isteri. Satu buku untuk si suami dan suatu buku untuk si isteri. Adilkan? So pandai-pandai lah adapt yang mana patut untuk menghangatkan lagi hubungan mereka. Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Hahaha... masa aku pilih buku tu Zara pun sibuk memilih. Bila dia tengok buku kat tangan aku, dia pun sibuk nak tahu.

"Ibu, buku apa tu?"
"Buku untuk memikat suami dan juga untuk memikat isteri."
"Ada ya buku macam tu ibu?"
"Adalah... ini..." Aku hulur bagi dia tengok.
"Kalau macam tu Ya pun nak satu lah." Laju saja tangan dia mencapai buku tu.
"Buat apa?"
"Nanti untuk Ya lah."
"Eh... Ya kecik lagi. Letak balik. Besok dah besar nanti ada buku lain boleh beli."

Haha.... ni lah Zara yang perasan macam dia dah besar dan boleh kahwin. Aduhh... kena jaga dia ni betul-betul. Dah lah suka tengok drama cinta, nanti cepatlah dia bercinta.... Bercinta dengan Allah sekarang pun boleh... tapi kalau dengan budak lelaki... tunggu lah besar, ya. Not now when you are only eight years old.

Okay... gerak dulu... nak siap-siap nak jumpa mak.



Monday, December 23, 2013

Nak Kahwin Cepat

Hari ini beberapa kali aku gelak sebab Zaki. Nak kata dia kelakar, tak juga tapi dia ni little bit cheeky. Umur dia baru sembilan tahun tapi sejak umur tujuh tahun dah pasang cita cita. Cita-cita apa? Nantilah aku cerita sebentar lagi.

Dia ini selalu confident. Totally different than Amir yang kurang yakin dengan diri sendiri. Mungkin bukan kurang yakin, tapi pemalu. Terlampau pemalu. Sampai bila nak jadi pemalu, aku tak tahu.

 Aku ambil dua orang tutor untuk ajar anak-anak aku, dan kedua-dua perempuan. Muda lagi lah dalam lingkungan 21 tahun. Sepanjang Amir belajar, dia tak akan pandang muka tutor dia. Tunduk aja. Sanggup paksa aku duduk dekat meja tu sekali. Bukan dia seorang kat situ ada Zaki dan Zara juga. Tapi tak selesa katanya.  Tapi jangan pulak budak ZZ berdua ni memang tak segan lah, especially Zara. Aku harap Amir dapat lah menyesuaikan diri dengan Kak Nad dan Kak Azah dia.

Kalau si Amir pemalu, si Zaki ini pula mat confident. Bila belajar dia confident aja betul, tapi bila tengok, hmmm banyak yang salah. Nak cepat siap aja. Bila tanya macam mana belajar, jawab dia ..."Basic aja." Cita-cita dia tinggi tapi biarlah jadi rahsia kami aja. Insya Allah, dia akan berjaya mencapai cita-cita dia.

Tadi petang, masa balik dari keluar beli barang, aku dan Encik Suami bercerita pasal majlis perkahwinan. "Huh! Lama lagi anak kita nak kahwin kan? " Aku cakap pada En Suami. Seperti biasa tak ada ya, huh atau any response from him. Hanya dengar aja...

Aku pun mula lah mengira bila agaknya boleh terima menantu. Paling cepat dalam enam tahun. Itu pun, kalau si abang yang sulong ada partner. Dia pun pemalu, tapi tak lah seteruk Amir. Kawan perempuan kat universiti tu adalah kurang dari 10 orang walaupun dah dekat dua tahun di UNITEN tu.

Risau juga aku bila tak ada kawan perempuan ni. Zaman sekarang ni tak boleh percaya. Bila aku tanya kenapa tak ada kawan perempuan, dia jawab leceh. Kena bawa keluar lah, beli bunga lah, belanja makan lah dan adalah lagi yang di sebut nya. Baik simpan duit untuk diri sendiri katanya. Terkedu aku kejap.

Selepas Syafiq, aku membebel pula bila agaknya Amir kahwin. Aku target lagi 13 tahun. Senyap aja Amir. Tak komen. Mungkin buat buat tak dengar apa yang aku cakap. Kemudian aku cakap lagi yang Zaki mungkin dalam 17 tahun lagi. Ia lah aku anggap yang dia orang akan habis belajar dan kerja dulu baru kahwin. So dalam 25 ke 28 tu just a nice age to get married for man lah...

Tapi Zaki telah menyampuk.  "Aki kahwin umur 21 tahun."
"Hah? 21 tahun," tanya aku.
"A'ah.. lambat lambat leceh. Aki nak kahwin cepat."

Terkedu aku sekejap dan begitu juga Encik Suami. Dalam hati aku cakap kena habis belajar dulu nak ooiiii. Kalau tak nak bagi anak orang makan apa.

Actually ini bukan pertama kali dia cakap dia nak kahwin muda. Last year pun dia ada cakap macam tu. Risau aku bila dia tanam semangat macam ni. Kecil kecil dah pandai minat perempuan. Jika dua abang di atas dia tak pernah cerita pasal perempuan, si Zaki ni selalu cerita pasal budak budak perempuan dalam kelas dia. Ada yang di minatinya, tapi aku buat buat tak dengar la. Kalau di layan lagi menjadi dia.. Better not to encourage him yet.

Haish.... adakah Zaki akan kahwin dulu dari Syafiq dan Amir? Marilah kita tengok dalam sepuluh tahun lagi. Syafiq, Amir atau Zaki?