Sunday, November 16, 2014

Kerja, Lepak dan Buku....

Lama tak update post kat sini. Sibuk sejak akhir-akhir ni. Kerja harian yang makin bertambah membuat aku tak sempat nak menjenguk blog-blog kesayangan aku.  Sejak akhir-akhir ni aku selalu terfikir apa aku dah buat. Memang aku suka dengan kerja aku tapi ada sesuatu yang membuatkan hati aku berbelah bagi sama ada nak terus berkerja atau tidak. Aku kena fikir betul-betul.

Bagi aku kerja di tempat baru ni tak adalah seteruk kerja dengan Maxis. Dengan Maxis dulu memang masak kena rebus dengan bos kalau ada sistem down. Setiap kali kena panggil siap-siap pasang shield sebab memang tak ada peluang nak menjawab pun. Tadah aja lah telinga tu tapi selalu yang kena vendor akulah. Aku hanya peneman dia aja. Sebanyak sedikit kena juga tempias dia.

Tapi kali ini pressure tak lah teruk. Malah aku suka dengan challenges kat tempat baru ni. Banyak benda yang aku nak kena implement untuk menstabilkan operasi tapi bila sesuatu yang bukan skop kerja aku di longgok bawah aku memang buat aku terfikir juga. Mentang-mentang aku pernah manage testing tak kan aku nak kena manage testing kat sini juga. Apa guna test manager yang ada sekarang tu. Sebab tak boleh handle campak kat aku. Bagi aku tak kisah lah. No hal aku boleh buat tapi kalau last minute aku kena takeover memang susah. Banyak nak kena tahu tu. Bukan senang tapi seperti biasa I just take it in a stride.

Seperti tahun 2008 dulu bila aku disuruh jadi PM untuk outsourcing dan handover just dalam satu hari dan aku boleh deliver, aku rasa aku boleh deliver juga untuk yang ni except kalau tahun 2008 dulu aku totally handover operation to my successor, yang ini aku terpaksa pakai two hats. So let's see how I fare this time. Insyaallah berjaya as I have a great teams, both testing and operation to make it happens.

Kesibukan tugas harian ini buat aku slow in working on my pet projects especially yang aku plan dari 4 tahun yang lalu. Plannya dah lama tapi aku baru masuk gear 2 untuk projek ni dan aku harap suku tahun pertama projek aku siap. Heh! Tak tahu mana aku nak cari masa nak buat semua ni. Masa nak membaca pun dah takda. Terpaksa membaca masa sangkut dalam jam atau sebelum tidur. Kalau sebelum tidur dapatlah dua tiga muka sebab bila dah siap buat kerja pet projek aku baru aku boleh membaca. Masa tu dah pukul 12 malam. Cabaran betul nak cari masa ni.

Dulu masa jadi Lady of Leisure memang aku tak kisah pasal masa tapi sekarang every second is precious to me. Tu sebab aku dah kurang main game. Kesian kat clan member aku terabai. Apa-apa pun aku dah bagi leadership tu pada Amir. Pandai-pandailah dia nak naikkan clan ni balik. Bagi dia belajar jadi leader. Jadi leader ni bagi aku bukan mengarah dan memerhati aja. Kita kena involve. Tunjuk example pada orang bawah. Baru kita dihormati. Baru orang nak bersama dengan kita. Tu yang aku cakap pada Amir dan begitu juga aku cakap pada staf-staf aku.

Oh ya.. ada satu lagi aku nak update. Masa nak membaca tak cukup tapi membeli buku tak berhenti-henti juga. Aku akui yang Idea Kreatif Publication has the best marketing strategy. Selalu mempromosikan buku mereka. Memang tergoda dengan teaser-teaser yang diupdatekan oleh mereka dekat group mereka. Their agents play their role very well. Aku salute dengan dia orang. Baru-baru ni aku order lagi tiga buku dari dia orang. Dia... Sebelum Aku oleh Cik D, KuPikat Jandaku oleh Ana
Sofiya dan Yang Selalu Ada, sebuah buku Limited Edition oleh Pena Kayu dan Wawa Taufik. Seriously, aku tak sabar baca semua tu tapi kena masuk TBR queue aku. Ada tiga buku yang dalam TBR aku yang aku nak baca dulu.. Salah satunya 50 Shades of Grey. Buku ni dah lama keluar tapi aku baru tergerak nak baca. Sebelum ni aku nampak kat bookshelves kat MPH tu aku buat tak tau aja tapi entah hari Jumaat hari tu aku pergi Borders kat BTS nampak buku ni terus aku ambil.

Dan tadi aku tergerak nak susun dan simpan semua buku aku. Dah tak muat dah nak simpan buku aku ni. Nak letak dekat rak buku bilik anak-anak aku, tak lah.. so buku-buku tu masih lagi bersepah-sepah atas meja dan juga atas lantai. Time to sell some of the old books tapi sayang.. Dilema seorang pencinta buku...

Okay. Cukuplah aku merapu kat sini. Nak work on my pet projet pula.. Wish me luck to finish that project asap. Pet project aku ni akan benefits ramai orang juga..

Okay.. aku chao dulu.. bila ada masa aku up lagi post merapu aku ya..

Monday, August 25, 2014

UWEC Reunion

Semalam aku pergi majlis perkahwinan anak perempuan Carlos dan Ana di Bukit Mewah, Kajang. Seronok sebab dapat jumpa member-member satu universiti dulu. Semalam tu kira mini reunion untuk kami yang belajar di UWEC dulu.
UWEC Malaysian Alumni Reunion

UWEC Malaysian Alumni Reunion

Aku sampai agak lewatlah bagi seorang yang duduk di Bangi. Bukan jauh pun Bangi ke Kajang tu tapi disebabkan aku kena pergi ambil anak aku dari sekolah dia dekat Jalan 4 tu, jadi terpaksa detour sikit. Lagipun ingatkan trafik okay, tapi 200m sebelum sampai sekolah, kereta dah berderet-deret. Masing-masing datang nak jemput anak balik sekolah. Semalam tu dia orang ada majlis Merdeka Raya. Semua kena pakai baju melayu atau jubah. Si Amir pakai baju melayu bersamping pergi majlis. Nasib baik warna baju tak sama dengan tuan rumah. Kalau tak kena bertugas dia menjadi penyambut tetamu.

Sampai-sampai aja jumpa Ana dan Carlos dulu dan Ana cakap ada Shott, Nor, Kone dan few more lah. Yarham dah balik dulu. Hish.. punyalah teruja nak jumpa depa. Kawan lama katakan.
Mula-mula ambil makanan dulu. Itu pentingkan. Lagipun dah pukul 2 petang. Dah lapar. Dah ambil nasi, mata pun melilau cari depa. Scan punya scan...zuuppp nampak Shott or Aishah yang sanggup turun dari Ipoh. Happylah pergi ke meja dia orang.

Ada Nor or Norhazizam or Farihah Iskandar, Kone or Wan Rohani, Eda or Siti Noraida, Sherry @ Saripah Noraslida. Sherry ni my housemate masa kat Eau Claire. Pastu ada Naz husband Eda. Borak-borak kejap lepas tu minta diri nak makan dulu.

Balik kat meja tengok anak-anak dan En Hubby dah makan, jadi kita pun bismillah lah dan terus makan. Tapi sebab nak cepat nak jumpa member, rasa makan pun tak lalu. Hati nak join depa aja yang meja hanya selang tiga meja dari meja aku.

Sedang makan cari lagi kalau ada lagi geng. Hah... nun tidak jauh dari meja Nor and the gang, nampak Jett or Rohizir, Saat, Kamdin or Kamarudin and Makri or Ahmad Fikri.

Bila dah habis makan, aku pun minta izin from hubby kata nak join the other group. Dia kata tak boleh lama sebab kita kena pergi ambil kereta kat KL. Adusss.... kenapa lah hantar kereta service kat KL. Dia bagi 20min aja. Dalam hati, haish... mana cukup? Kali ini ada Eton or Zaiton wife Kamdin dekat meja. Okay..banyaklah cerita yang disharekan.

Tak lama tu, masing-masing nak balik tapi sebelum tu sessi tangkap gambar dulu. So ramai-ramai pergi ke depan supaya Ana dan Carlos boleh join sekali. Puas lah bergambar. Bila nak dekat balik, abang Kamal dan wife datang. Tangkap gambar lagi. Tapi dalam phone aku ada satu gambar aja. Sebabnya photographer aku Zara. Dia malu.

Dah puas tangkap gambar so time to say goodbye. Insyaallah another reunion is plan in December. Seorang lagi nak sambut menantu. So dah kira empat orang dah bermenantu dan seorang lagi akan menyambut menantu in Disember. Aku dan yang lain-lain bila lagi? Hah! Anak masih bawah tanggungan FAMA macam mana nak kahwin. Biar habis belajar dulu ya....

Thursday, August 21, 2014

Novel-novel yang aku rasa best...


Seteguh Fayqa
Lama tak update blog ni. Dah bersawang dah. Bukannya tak nak  update tapi tak adamood. Seriously mood aku lari sejak aku masuk hospital pada dua Ramadhan hari tu. Baru ni mood aku ada balik semula... Heh! mungkin sebab aku ada baby baru kot .. my new MacBook Air. Rajin sikit lah kot
Sepanjang masa aku tak mood tu, aku habiskan membaca. Banyaklah juga buku yang habis aku baca tapi tak semua novel. Ada beberapa buah buku biografi-biografi tokoh-tokoh Islam dan juga wanita-wanita Islam. Buku-buku biografi ni ada yang khatam ada yang tidak Biasalah kan!
Dan selepas raya ni juga, banyak novel-novel baru dikeluarkan. Ada dua tiga yang aku memang dah tunggu lama. Apa lagi, seperti orang haus, aku pun orderlah buku-buku tu. Bila aku kira selepas raya ni aku beli 10 buah buku baru. Ada yang aku order direct dari penulis dan ada yang aku order dari penerbit dan ada yang aku beli dekat kedai buku dekat rumah aku.
Antara banyak-banyak buku baru yang aku baca ni, ini yang aku suka.. Seteguh Fayqa oleh Hanina Abdullah, Dia Cinta yang Dicari oleh Rehan Makthar, Dia Mr. Model oleh Wawa Taufik, Lelaki Sedingin dia oleh SyahSyah dan banyak lagi lah.
Hari itu, selepas aku baca Seteguh Fayqa, aku tag member-member ofis lama aku pasal buku ni. Heh! macam-macam komen tapi dia orang minta juga kat aku untuk recommendkan buku apa yang best... jadi kat bawah ni list buku-buku yang aku suka. Turutan tidak menunjukkan the ranking okay. So here it is.....
  1. Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah
  2. Dia Cinta yang di cari - Rehan Makhtar
  3. Bicara Hati Kita - Rehan Makthar
  4. Dia Mr. Model - Wawa Taufik
  5. Lelaki Sedingin Dia - Syahsyah
  6. I Love you stupid - Melur Jelita
  7. My Precious Iris - Melur Jelita
  8. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah
  9. The Wedding Breaker - Evelyn Rose
  10. 13Jam di A380 - Evelyn Rose
  11. Jaja dan Din - Noor Suraya
  12. Wanita Lindungan Kaabah - Hana Ilhami
  13. Ya Maulana - Hana Ilhami
  14. Kerana Terpaksa Aku Relakam - Umie Nazirah
  15. Suami yang ku benci - Sufi Eman
  16. Sweet Sour - Nasz
  17. Lelaki Januari - HAfizah Iszahanid
  18. Laszuardi - Nasz
  19. Contengan Jalanan - Hlovate
  20. Anthem - Hlovate
  21. Aa + Bb - Hlovate
  22. 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
  23. Baju Melayu Hijau Serindit - Syud
  24. Untuk Segala Dosaku - Rin Ahmad
  25. Gadis Edisi Terhad - Rin Ahmad
  26. Arluna - Rin Ahmad
  27. Cinta Seorang Lelaki - PenaKayu
  28. Guy Next Door - Rose Harissa
  29. Kisah Naz dan Kaalish - Hanina Abdullah
  30. Yang Dia Pilih - Hani Fazuha.
Sebenarnya banyak lagi yang aku rasa best, tapi cukup lah sebanyak ni dulu. Mungkin bila aku rajin lagi aku naikkan lagi list yang aku rasa bestlah...  Best pada aku tak semestinya best pada kamu semua. Ianya subjektif.
Okaylah..berhenti sini dulu sebab hero tu dah ajak keluar. Lapar katanya dan tak nak makan makanan yang ada kat rumah ni.
Chao dulu.. Salam...

Wednesday, June 11, 2014

Bila lama tak memandu....

Sejak tak kerja ni, aku jarang bawa kereta jauh-jauh. Paling jauh aku bawa kereta ialah ke Alamanda, Putrajaya. Hah! Tu pun tak sampai dua puluh minit bawa kereta dah sampai. Rindu rasa nak redah jam... hehehehe....

Tapi hari Ahad hari tu dapat aku pergi bawa kereta jauh-jauh. Jauhnya tak lah sejauh ke Johor atau ke Perlis atau ke Pantai Timur, hanya ke Seremban aja. Dekatkan... tapi adalah dalam 4 jam perjalanan aku.. tapi tak semua dalam kereta.

Hari Ahad hari tu aku pergi jemput emak aku dari rumah adik aku kat Andalucia, Pantai HillPark dan hantar balik Seremban. Aku pergi dengan Syafiq dan Zaki. Zara dan Amir tinggal sama ayah dia orang.  Nak bawa dia orang balik, nanti bila mak aku dan Mus naik, memang tak muat lah kereta kecil tu.

Ingatkan dengan adanya anak bujang aku tu, dialah yang bawa kereta. Hmmmm... tak. Nak juga si ibu ini yang drive. So nak tak nak, aku kena bawalah kereta tu. Si abang duduk kat belakang. Main game dengar musik. Si Zaki dengan dunia Black Veil Bride dia. Tinggal lah si ibu seorang terkebil-kebil membawa kereta.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku pun pasanglah CD yang memang tersedia terpasang dalam kereta tu. Lagu As Simple As Death. Lagu Your Rise dan Paroxysm of Remininsce. Volume dia aku pasang  agak kuat. Tiba-tiba si abang cakap, "Bu, kecikkan sikit. Kuat sangat." "Eh!" jawabku, "bukankah selama ni memang Afiq dengar lagu kuat-kaut." "Yang ni kuat sangat. Tak dengar lagu ni hah...," jawab dia lagi." Aku kesian aku kecikkan.

Sampai kat rumah adik aku, aku naik kejap jumpa dia. Heh... cucu-cucu sedara ku sudah menunggu. Dia orang ingat Amir dan Zara pun ada. Nak ajak depa swimming. Bila tengok hanya Zaki yang datang, frust dia orang. Lagi pun aku tak boleh nak duduk lama-lama sebab aku ada destinasi lagi satu untuk di tuju sebelum ke Seremban.

Dari rumah adik aku, aku hala pula ke rumah anak buah aku yang tak jauh dari rumah adik aku. Lain fasa saja. Aku pergi sebab nak jumpa cucu terbaru aku, Muhammad Adam. Dah dekat sebulan baru aku dapat lawat mereka.

Sampai sana, si Adam sedang nyenyak tidur. Mama dia cakap selalunya dia senang jaga kalau orang bising. Tapi kali ini, memang susah betul. Di angkat dari tempat tidur dia, senyap. Syafiq dukung pun senyaP. Onyang dia dukung pun senyap. Uwan Teh dia dukung lagi dia nyenyak. Macam tidur kat tilam dunlopillo. Dekat balik baru dia jaga. Dapat tengok mata dia....

Dah minum dan puas main dengan Adam, kami gerak balik ke Seremban. Memandangkan aku tak tahu jalan jam ke tidak, aku ikut LEKAS. Memang lekas sangat lah sampai Seremban. Selepas solat Asar dan minum, hehe...minum lagi..., kami pun bertolak balik. Sebelum balik sempatlah aku tengok drama Pembantu Rumah, Tuan Rumah.

Ingatkan sempatlah sampai Bangi pukul 7 petang, tapi minyak pula tinggal satu bar. Memandangkan aku tak boleh nak gauge lagi minyak kereta Saga ni, aku berhenti isi minyak dulu. By the time aku meninggalkan Seremban, jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Memang sah tak akan sampai ke Bangi sebelum pukul 7 petang. 

Seperti yang di jangkakan, aku sampai pukul 7.10 malam dan sampai-sampai rumah berkunci. Cik Abang dah bawa Zara dan Amir pergi makan dan jemput mak dia. Nasib baik aku ada bawa kunci spare. Dapatlah masuk rumah..  Kalau tak mau bersapau di luar rumah...

Oleh kerana sepanjang petang itu aku berjalan, keesokkan harinya badan aku sakit-sakit dan penat tak terkata. Ni lah bila umur dah tua dan tak fit, cepat rasa penat. Nak muda balik tak mungkin kan? Jadi kenalah get fit.

Bilalah agaknya aku nak mula physical activity ni? Esok? Minggu depan? Bulan depan atau tak buat langsung? Nantilah... aku fikirkan...

Chao... dulu...

Sunday, June 8, 2014

Bila si kenit teruja....

Semalam jiran sebelah rumah buat kenduri. Kenduri menyambut menantu. Meriah sekali. Ini adalah  majlis perkahwinan yang kedua yang di buat oleh jiran sebelah. Tahun sudah anak lelaki dia yang nombor dua kahwin. Kahwin dengan orang Kedah. Kali ini, giliran si abang yang sulung. Dia berkahwin dengan orang Terengganu. Tinggal lagi dua orang yang belum kahwin tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua tu baru grad. Seorang graduan dari Australia dan seorang dari UITM. Si abang dalam kejuteraan sementara si adik pula kelulusan Charted Accountant. Mana tahu tak lama lagi giliran mereka berdua pula.

Hari Khamis hari tu, orang datang pasang khemah. Dari depan rumah aku, sampailah ke hujung jalan dan juga di padang permainan, khemah di pasang. Sejak hari Khamis tu juga Si Zara sibuk bercerita pasal perkahwinan. Dia yang lebih teruja. Ya lah... kat rumah  ni lambat lagi nak buat majlis perkahwinan.

Si Zara ni punyalah berkobar-kobar nak ada si kakak, dia sibuk buat speku. Speku pasal si abang sulung dia. Agaknya macam mana lah rupa si isteri Syafiq, suka tak isteri abang Syafiq ni dengan dia. Pakai tudung ke tidak. Sampai penat aku melayan.

Dia lupa yang si abang ni muda lagi. Belum pun masuk dua puluh tahun. Masih lagi belajar. Lagi pun, si abang tu mana ada girlfriend. Jadi tak payah lah nak berangan-angan nak dapat kakak dalam dua tiga tahun ni. Anyway, kita merancang tapi Allah yang menentukannya. Mana tahu tiba-tiba si abang jumpa dengan jodoh dia dalam tahun ni. Pengsan ibu dia...

Kali ini untuk majlis perkahwinan anak jiran, aku bagi dia orang buku. Aku beli di Dakwah Corner, Bangi Gateway. Hahaha.... buku macam mana nak memikat suami dan isteri. Satu buku untuk si suami dan suatu buku untuk si isteri. Adilkan? So pandai-pandai lah adapt yang mana patut untuk menghangatkan lagi hubungan mereka. Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Hahaha... masa aku pilih buku tu Zara pun sibuk memilih. Bila dia tengok buku kat tangan aku, dia pun sibuk nak tahu.

"Ibu, buku apa tu?"
"Buku untuk memikat suami dan juga untuk memikat isteri."
"Ada ya buku macam tu ibu?"
"Adalah... ini..." Aku hulur bagi dia tengok.
"Kalau macam tu Ya pun nak satu lah." Laju saja tangan dia mencapai buku tu.
"Buat apa?"
"Nanti untuk Ya lah."
"Eh... Ya kecik lagi. Letak balik. Besok dah besar nanti ada buku lain boleh beli."

Haha.... ni lah Zara yang perasan macam dia dah besar dan boleh kahwin. Aduhh... kena jaga dia ni betul-betul. Dah lah suka tengok drama cinta, nanti cepatlah dia bercinta.... Bercinta dengan Allah sekarang pun boleh... tapi kalau dengan budak lelaki... tunggu lah besar, ya. Not now when you are only eight years old.

Okay... gerak dulu... nak siap-siap nak jumpa mak.



Tuesday, June 3, 2014

Masa Rehat Dah Nak Tamat....

Lama rasanya aku tak update blog aku. Baik kat sini atau kat zairahman.blogspot.com . Bukan nya
aku sibuk pun. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca dan juga membuat research untuk next project aku.

Aku bagi enam bulan untuk aku rest dan hujung bulan Jun tamatlah aku punya masa berehat. Sebelum ini aku memang dah pelan nak buka sebuah kedai jual buku. Berangan nak jual buku sebabnya aku suka membaca.

Walaubagaimana pun bukan senang kan nak buka bisnes jual buku ini. Kat Bangi dan sekitar Kajang ni banyak kedai buku. Jadi aku kena betul-betul study samada feasible tak nak buka kedai buku ni. Kalau aku tak buka bisnes rasa-rasanya aku akan buat freelance lah. Nak duduk kat rumah lama-lama, hish.... tak boleh rasanya.

Anak-anak aku makin bertambah lemak dan mengada-ngada. Semua aktiviti depa, dia orang nak aku masuk gak. Kadang-kadang dia orang berkampung dalam bilik aku. Puas juga nak suruh keluar baru dia orang keluar.

Tadi aku saja aja borak dengan Zara. Tanya pendapat dia jika aku balik kerja. Apa jawab dia... "Ibu boleh kerja tapi kalau pergi pagi mesti balik tengahari. Kalau pergi tengahari balik petang. Tak boleh balik malam." Ish... fobia budak ni kena tinggalkan dengan aku selama tujuh tahun. Pergi pagi malam baru nampak mak dia. So sekarang ni kalau boleh mesti melekat kat mak dia...

Apa-apa pun aku dah cakap kat anak-anak aku jangan lah berharap sangat yang aku akan sentiasa ada kat rumah. Aku kena kerja. Kalau tak buntu otak ni duduk aja kat rumah. Nak juga challenge otak aku yang dah lama berehat ni. Paling challenging aku buat, heh... main words with friends and clash of clans.. dan juga buat analisis untuk projek aku. Kadang-kadang rindu gak nak solve the operational issues atau berdebat dengan vendor.

Walau apa-apa pun, selepas raya ni, aku kena mengorak langkah. Samada buat (a) bisnes aku atau (b) buat freelance as a consultant. Bukan nya CON tapi consultant.

Okaylah... aku nak chao dulu... Nak tengok drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Bye....

Thursday, May 1, 2014

Pukulan Clash of Clan.

Haha... Selamat Hari Buruh pada semua warga kerja. April dah pun berlalu dan May pula bertandang. Hari ini juga merupakan
Inilah Clan aku....
1 Rejab dan tak lama lagi Ramadan akan kembali. Oh..Rindunya dengan Ramadan. Berlalunya April bermakna dah selamat dah kami menyambut birthday Inche Suami, Zaki dan juga untuk aku. Tak dalah sambutan besar-besaran. Kek pun tak ada. Hanya keluar gi makan kat restoran aje. Cukuplah kan, Tapi kesian lah kat Zaki tak ada kek tahun ini.

Kat rumah aku sekarang ni masing-masing gila main Clash of Clan. Kalau Candy Crush membuat aku, adik beradik  ku yang perempuan dan anak-anak along aku asyik dengan cabarannya, kali ini Clash of Clan buat aku dan anak-anak aku asyik dengan battlenya. Sibuk memperkuatkan clan aku, membina kubu aku, membeli senjata bagai dan menyerang pasukan lawan.

Tapi kami tak mainlah pistol, hand granade, senapang. Apa yang kami guna pedang, panah, meriam, mortar, giant, wizard, goblin... macam zaman harry porter pula rasanya. Mula-mula tu aku malas nak main walaupun dah banyak kali di pujuk oleh the boys. Sebabnya aku dah terjebak dengan Candy Crush and Words With Friends. Malaslah nak main banyak-banyak gamekan? Menghabiskan masa kadang-kadang.

Tetapi si Drama Queen telah mengdownloadkan game tu kat phone aku. Masa tu dia tak ada lagi iPod jadi phone aku tu jadi hak dia lah. Bila dah ada dalam phone aku, aku jengok-jengok juga lah. Tolong  mainkan selepas di ajar oleh anak-anak aku yang expert tu. Lama-lama aku yang syok main benda tu dan akhir sekali akulah yang empunya game dalam phone itu. Si Zara bila dapat iPod dia, dia tak pandang dah kat phone aku. Dia download game tu atas iPod dia dan tak usik dah Clash of the Clan dalam phone aku itu.

Game ni sebenarnya strategy game. Kita kena tahu bila dan upgrade the weapons. Bila nak upgrade the fences dan the army barrack. Heh... memandangkan aku ni 'noob' (term baru aku belajar dari anak-anak) maka si anak-anak banyak lah komen aku punya set up.

Haha.. dia orang memang terer main benda ni tapi dia orang lupa yang aku ada puchasing power. Hehe... beli aje gems tu kalau aku nak cepat siap dengan barang-barang yang aku beli atau upgrade. Zaki selalu marah dengan aku sebab beli gems. Lepas marah, merayu pada aku suruh belikan gems untuk dia pula. Bila beli untuk sorang, yang lain pun nak lah... Pastu bukan boleh control penggunaan gems tu. Sekelip mata habis. Yang pandai jimat Amir. Yang boros haha.... the big one.

Apa-apa pun game ni memang bestlah. Pertama dia buat aku dan anak-anak duduk berbincang pasal game ni. Kedua, dia mengajar aku erti bersabar. Bersabar menunggu upgrade siap. Kadang-kadang empat hari dan kalau tak sabar mahu aja aku cepatkan dengan menekan gems. Duit tu kan so sabar...sabar...sabar... tak nak boros dekat game. Yang ketiga, dia ajar aku macam mana nak pilih pihak lawan. Tengok kemampuan kita berbanding dengan pihak lawan. Yang kempat macam mana nak mantapkan pertahanan kita. Bak kata Syafiq..."ibu patut upgrade weapons tu dulu sebelum upgrade townhall tu. Pagar tu tak pakai hitam atau emas dah bila level  ibu ni."

Jadi untuk memastikan apa yang dia cakap tu make sense, maka dengan gigihnya aku google Clash of Clan Townhall Level 8. Aku nak tengok setup yang di buat orang... memang betul...apa yang Syafiq cakap. Jadi hari ini dekat sejam lebih aku membuat balik setup aku dan mengupgrade benda-benda yang aku patut upgrade. Haha... habis lah duit beli gems...

Ini lah pukulan Clash of Clan pada aku dan juga pada anak-anak aku. Tapi berbaloi di sebabkan kami banyak menghabiskan masa bersama.. berbincang macam mana nak menang.... Huhu... semangat nak menang memang kuat... Teruskan berjuang ya anak-anak...


Thursday, April 10, 2014

April datang dan aku pun matang.....

Salam khamis semua... Dah lama rasanya tak update blog ni.. Adakah kemalasan melanda? Oh tidak!!!! Tidak!!!!! Aku tidak boleh malas!

Sebenarnya aku sibuk dengan membaca. Penat menghadap buku, baca ebooks, penat ebooks, terjah blog orang....lama-lama kerja aku tak siap. Kerja apa ya??? Hmm... adalah. Walaupun tak bawa sebarang bayaran, tapi masih kerja kan?

Sekarang ni kita dah dalam bulan April. Apa signifikasinya bulan April ini pada aku? Sungguh significant! Sebabnya pada bulan ni lah, umur aku akan bertambah satu lagi. Huh dah jauh aku berjalan di dunia ni, tapi aku masih lagi rasa banyak kekurangan untuk menghadap Sang Pencipta.

Aku rasa bersyukur sangat bila aku berhenti pada awal tahun ini. Banyak hikmahnya. Kalau dulu mengaji seminggu sekali, sekarang alhamdulillah bolehlah di katakan setiap hari. Aku juga adalah  masa nak membaca tafsiran al-Quran walaupun bukan aku baca hari-hari. Next step aku nak cari Ustazah untuk ajar aku pula.

Hmm... bulan April ini juga birthday Zaki dan cik abangku. Zaki ni sebenarnya lahir pada hari lahirku. Instead of celebrating my birthday (tak payah lah tahu yang ke berapakan), aku bersenang lenang dalam bilik bersalin. Hadiah yang paling istimewa. Mendapat harta dunia dan akhirat. Harta yang menyenangkan dan menyusahkan hati aku. Betulkan?

Dah nak masuk sepuluh tahun dah dia. Dah besar. Besar dalam erti kan fizikal,intelektual dan juga umur. Dia ni very independent. Tak susah jaga dia ni. Dia akan pastikan barang-barang dia in order especially sebelum pergi sekolah. Homework tak payah nak diingatkan. Aku harap dia akan terus begini selama-lamanya. Tahu tanggungjawab dia.

Hujung bulan ni, birthday cik abang pula. Haha... dia ni kadang-kadang lupa birtday dia. Kalau kita sibuk-sibuk baru dia sedar. Busy semedang.....

Oh ya... aku juga nak share something yang baru siap hari ini. Dua hari sebelum birthday aku, Amir telah berjaya membuat robot. Haha...bukanlah robot macam R2D2 tu tapi robot lah. Punyalah semangat dia nak buat robot, sanggup belajar 'C Programming'.  Aku sokong aja minat dia tapi semua minat dia expensive. Tak apalah asalkan dia mencapai apa yang dicita-citanya. Kat bawah tu aku upload video dia demo robot dia pagi tadi.

Lagi satu aku nak beritahu, Zara dah tak ponteng sekolah. Sekarang ni dia semangat nak pergi sekolah. Sebabnya? Dapat kawan-kawan baru dalam kelas ni.  Bila dia naik kelas hari tu, dia seorang aja di masukkan dalam kelas tu, kawan yang lain masih di kelas lama, so dia yang memang susah nak berkawan, terseksa. Tiga bulan baru dapat kawan-kawan baru. Hih.... parahkan!


Okaylah.. nak chiao dulu... si Zaki mengacau ni...

Thursday, March 27, 2014

Tiga Mmmmmm.......

Hu ..hu... lama tak update blog ni. Nak katakan sibuk sangat, taklah. Nak katakan tak ada idea, ada.
Sebenarnya malas. Oit... tak elok malas malas ni. Okay...okay.. nanti aku rajinkan tangan ni menaip.

Sebenarnya, aku sibuk dengan 3M. Kalau kat sekolah dulu 3M ialah untuk Membaca, Menulis dan Mengira, aku punya 3M pun lebih kurang sama ja....Membaca, Menaip dan Menonton. 3M aku ini hanya untuk orang yang dah pencen berkerja...yang tak tahu nak buat apa...

Hehe... apa dia 3M aku. Membaca... samalah kan. Membaca buku, mengaji, membaca surat khabar, iklan dan sebagainya. Ialah orang gila membaca jadi apa yang boleh di baca, baca!  Aku juga selalu gak masuk blog orang. Ha...ha...Blog hopping. Lepas satu blog ke satu blog aku masuk... banyak cerita menarik kat situ....

M kedua pula ialah Menaip. Kira ganti menulis lah kan. Kalau masa dulu dalam ofis aku suka conteng-conteng buku, sekarang ni aku masih suka lagi menconteng-conteng. Kali ini conteng kat Samsung Notes aku. Entah apa-apa yang aku tulis dan lukis. Saja aja kan untuk melepaskan apa yang ada dalam kepala otak ni. Selain menconteng aku juga suka menekan-nekan keyboard ni. Kalau satu hari tak usik buah hati aku ni, memang tak sah. Macam mandi tak basah, makan tak kenyang di buat eh...

M ketiga pula bukan mengira tetapi Menonton. Banyak benda boleh tonton kan. Tapi aku bukan kaki duduk depan tv dan tengok segala jenis drama atau sinetron yang di hidangkan oleh pihak Astro dan TV3. Aku lebih suka menonton dekat lappy aku ni atau kat ipad atau pun dekat Notes II aku aja. Apa yang aku tonton ni.... jeng..jeng...jeng.... nak tau? Tu dia....drama korea.

Hahaha.... dulu aku pernah kata, tak mungkin aku tengok drama korea. Tak masuk dengan jiwa aku tetapi sekarang ni aku kena tarik balik kata-kata aku tu. La ni aku dah mula tengok drama korea. Nak kata terjebak terus,tak lah. Aku baru tengok dua drama ja.. Emergency Couple dan My Love from the Star. Aku sukalah tengok My Love from the star tu sebab jalan cerita dia menarik. Pasal alien  dan juga aku suka tengok hero dia. Nama dia aku kurang pasti sapa tapi comel ahhh...

Aku komen kat kawan aku, Inez yang bagi aku link untuk drama korea ni. Untuk pengetahuan you all, dia ni memang die hard fan of Korea drama lah..

+ Susah nak really terjebak dengan drama korea ni sebab semua pretty face. I suka tengok hero yang rugged and tough.
- Kak Zai, kalau nak yang rugged dan tough, tengok cerita itu dan ini...

Hehe,,, Lupa pula tajuk ceritanya...haish dah tua-tua ni slow sikit memory tu... si Inez ni terangkan sikit pasal hero tu macam mana dan aku janji nak tengoklah... tapi bila dah lupa ni memang susah lah nak cari cerita tu...

Lagi satu aku sibuk menonton drama melayu yang banyak aku ketinggalan. Yang part drama melayu ni, si Zara yang rajin cari cerita dan ajak aku tengok. Aku tumpang sekaki ja... Nak mencari betul-betul tak ada lah. Baik aku habiskan masa aku membaca atau menaip. Lagi best.

Selain 3M untuk si pelepak ni, aku ada juga 3M yang lain... Memasak, Mengemas dan Mengajar.... 3M yang ni adalah untuk jawatan baru aku sebagai suri rumah tangga... Kalau 3M yang pertama merelaxkan aku, 3M yang ni kena pakai tenaga dan kadang-kadang boleh naik stress...especially part mengajar tu... tapi tak lah se stress masa di ofis....

Haila.. bila aku tengok semula, aku memang sentiasa sibuk dengan 3M samada 3M untuk suri rumah tanggga atau 3M untuk pesara.... In total aku ada 6M.... kau ado? Hehe... sebelum aku blah... kesemua M aku tu tak ada yang menguntungkan.. tak ada Money coming in.... Nak buek camno ni? Ado idea?

Okaylah... aku chow dulu...

Salam....



Wednesday, February 12, 2014

Cabaran...cabaran....cabaran...

Satu masa dulu sekitar tahun 1973...
Wah... lama tak update blog. Bukan tak ada idea, ada....tapi kesuntukkan masa. Ceh!!! Macam busy sangatkan, padahal hanya pura-pura busy.

Sebenarnya nak katakan busy tu ada juga, nak katakan teramat busy macam zaman kerja dulu-dulu, hmm... jauh panggang dari api.. tapi apa yang aku busykan, aku pun tak tahu.

Membaca pun kurang, menaip tu hehe... kalau rajin aku ketuk lah keyboard aku, kalau tak jumpa lain kali lah... Sesungguh nya aku memang tak tahu apa aku buat... Eeeee....aku tak nak lah membuang masa tak tentu arah ni.

So aku kenalah disiplin kan diri. Dalam satu hari mestilah aku kena menghadap buah hati baru aku ini. Sejak aku dah upgrade dia, barulah sedap sikit pakai. Aku tak naklah dia masih di takuk lama, nak juga bagi dia seksi dan membuatkan aku teruja nak guna dia.

Jadi, untuk memastikan aku sentiasa bersama buah hati aku,  macam mana busynya aku, sebelum tidur aku mesti bersama buah hati baru aku ni... Ini yang kadang-kadang buat aku stay up sampai pukul dua pagi.. Esok hari nak kena bangun pagi melayan putera-putera dan puteri aku... Ingatkan boleh ke tidur sekejap bila petang...hmmm tak adanya...susah nak dapat tidur tu.

Bercakap pasal anak-anak aku ni, memang manja lah dia orang ni. Aku tak lah memanjakan sangat dia orang, tapi memang tahap manja yang buat aku pelik. Kalau dulu, apa yang terhidang di meja makan, itu lah yang di makan... tak banyak cakap. Sekarang, boleh demand....

Kadang-kadang angin juga aku dengan kerenah dia orang.  Dah habis masak, nak itu nak ini. Kalau pinggang aku okay dan jalan tak keras macam robot aku layan lah.. kalau tidak hmmm.... kena satu dua das baru aku buat. Marah.. marah.... buat juga tuk dia orang tu... Itulah kan kasih seorang mak... macam mana penat, sakitpun, akan di cuba penuhi kehendak anak-anak...

Semalam puteri aku buat perangai lagi... kali ketiga sejak buka sekolah... Dia tak nak pergi sekolah... Dah siap pakai baju, tudung, kasut dan duduk tunggu kereta, tiba-iba tak nak pergi. Bila kereta datang nak ambil dia, dia lari ke dalam. Sudah!!! Masalah apa pula ni... Puas aku korek, dia tak nak cakap....Zaki cuba, tak cakap. Syafiq tanya.... lama dia fikir... nak kelentong apa dengan Syafiq ni, fikir dia.  Agak aku aja
.. Akhir sekali setelah berfikir dekat 4-5 minit, dia jawab malas..

Malas???? Aku masih tak percaya. Kalau malas mesti awal-awal tak nak mandi dan siap. Homework semua dah ready... The only thing that strike my mind is she has moved to a different class and she might not be able to adapt to the new friends... Ni melibatkan social skill which the mum is also having problem in this... Anyway... dia janji akan pergi hari ini.. Harap-harap dia pergi lah seperti yang dia janji...

Okay... cukuplah sampai sini kisah karut ku ni... bila ada masa dan cerita karut aku tu menarik, aku post lagi ya...

Salam...

Tuesday, January 28, 2014

Menunggu dan Menunggu....

Eee.... dah dekat seminggu lebih aku tak update blog aku. Samada kat sini atau my other blog. Seriously banyak benda boleh aku blog for the past one week, tapi masa tak mengizinkan.


Keempat-empat anak aku kena deman dan flu. Mula-mula si Amir kena and dia kena kejap aja. Lepas tu, dia tag Zaki dan followed by Zara. Ingatkan ianya akan berhenti kat situ, walapun aku sudah ada tanda-tanda nak kena flu. Tetapi bukan aku yang kena, Zara tag Syafiq dan kemudian Syafiq tag Amir semula. Full cycle kan!

Aduhh.... Syafiq kena masa dia nak sit for his first paper. And paper networking pulak tu. Masa dia pergi exam tu dah lah nampak serabut dengan rambut yang panjang tu, muka pun macam tak bermaya... Sah dia balik cakap badan dia panas sangat and dia tertidur dalam exam hall.

Apa boleh buat tawakkal aja lah kan. Selang dua hari lepas tu, mak mertua aku pula kena. Sok seh..sok seh aku dengar. Hmmm.... agaknya selepas my MIL siapa pula yang nak kena ni. Pada masa ni, semua masih belum fully recover dari selsema dia orang.

Jeng...jeng... jeng... semalam hari Ahad, ayah dia pula kena. Hari ini Inche Somi tak pergi kerja. Suara sengau aja... Hmm... aku punya lah risau kalau lepas ni aku kena... Aku berdoa agar aku dijauhkan dari selsema yang menyerang rumah ku.... Dan nampaknya, ibunya is the last person to stand strong against the virus.... Insya allah akan terus dapat melawan virus ini.

Selain dari cerita seisi rumah ni kena serangan virus selsema, hari Khamis yang lepas aku balik Seremban. Perghhh.... dah lama tak balik and dah lama tak drive long distance. Pagi Khamis tu, mak aku dah call aku pagi-pagi minta hantar pergi hospital.

Aku kata aku nak settle budak-budak ini pergi sekolah dulu dan pada masa yang sama lesen memandu aku masih belum di perbaharui.. Memandangkan JPJ tu tak jauh, tak sampai lima minit dari rumah aku, kalau drive lah, jadi aku dengan senang hati menuju ke sana pada pukul 10 pagi.

Aku bawa Amir dan Zara sekali jadi teman. Masalah pertama aku hadapi... parking. Dua tiga kali pusing baru jumpa dan ianya agak jauh dari JPJ. Masuk aja JPJ aku tengok penuh dengan orang, Aku pergi ambil nombor dan dapatlah nombor 1200... Pada masa itu nombor yang di layan ialah 1117. Aduhh... lama lah ni... aku kata dalam hati...

Amir dah nak pusing dah. Aku kata kalau nak balik, pergi jalan kaki. Which he did. Zara pula sedap meneman aku hinggalah waktu dah pukul 11.45 pagi dan dia mula gelisah.. Minah ni takut masuk lambat .. Nak tak nak aku suruh Syafiq ambil dia and suruh driver kereta sekolah dia datang lima minit sebelum 1 tengahari...

Bila Zara dah balik, aku rasa lega sebab aku boleh fokus lah nak memperbaharui lesen memandu dan roadtax Grandis aku.. Urusan aku habis lima minit sebelum pukul satu tengahari dan bila aku sampai rumah, Zara masih menunggu drivernya.

Tanpa aku sedar, ianya mengambil masa tiga jam nak renew licence and roadtax. Rubbish kan.. tapi dah sistem depa. But they need to really think how to improve the services.

Bila Zaki dah balik, aku pun ajak dia balik Seremban. Puhhhh.... happy dapat jalan berdua-duaan dengan ibunya. Sampai Seremban, picked up my mom and Musliha terus pergi ke KPJ Seremban. Lagi satu, parking problem. Alhamdulillah dapat juga walaupun jauh.

Aku dah menung. Nak menapak ke hospital tu, mau aku masuk hospital lepas tu. Pinggang dan kaki aku ni bukan boleh kira... tetapi Allah itu maha kaya, tup... tup...tup ada buggy car lalu yang memang membawa pesakit ke lobby hospital.

Heh! Sengeh lah... dapat naik buggy car... tak adalah sakit belakang. Sampai kat Emergency, aku daftarkan mak aku dan again tunggu giliran dia.. Actually doctor rawat dia tak lama, nak tunggu test result dia lama... Alhamdulillah nothing serious sakit mak aku.

By the time sampai rumah mak aku, dah pukul 6 petang. Aku explained pasal ubat dia and lepas tu sempat pula aku ambil gambar bunga-bunga sekitar taman mak aku. Cantik okid dia membuat aku pun teringin dan tanam okid pula. Heh! Aku tak ada green finger macam mak aku...

Ewww....panjangnya cerita aku... Inilah kan kalau dah lama tak menulis...jadi gian pula. Anyway, selamat malam... Assalamualaikum...



Wednesday, January 15, 2014

Don't judge book by its cover

Hahaha.... Amir aka Si Techie sedih. Sedih kerana iPhone 4s dia telah ku jual. Baru aku tahu yang dia ni very attach dengan barang -barang dia. Masa aku cakap nak jual dulu, dia tak kata tak boleh. Kalau tak boleh pun, aku bagi boleh. Bukan dia beli pun. Lagipun itu asalnya phone aku.

Aku jual phone ni sebab Amir dah ada yang baru. Aku tak nak kena query by PM kenapa beli phone baru sedang iphone 4s tu masih boleh dipakai. Bukan aku saja suka-suka beli pun tapi aku kan Ms. Gadget... aku tak tertahan dengan godaan iPhone 5s tu.  Lagipun itu belian terakhir aku sebagai pekerja syarikat hijau itu.Lepas ni tak ada lah sesuka hati aku ganti phone baru.

Aku jual pun bukan pada orang yang aku tak kenal. Aku jual dekat tutor dia, Si Nad. Nad ni anak-anak aku dah anggap macam kakak. Heh! Aku pun anggap dia macam anak dah. Peramah orangnya. Aku tahu phone tu akan di jaga oleh Nad.

Jadi semalam Nad datang ambil phone dia. Pagi tu sebelum aku restore to factory setting, Amir cepat-cepat ambil gambar phone tu. Untuk kenangan katanya. Lepas restore tu aku suruh lah Amir, yang memang pemalu dengan Nad, untuk ajar Nad serba sedikit about iPhone. Amir ni lebih terer dari aku bab-bab ni..

Lepas ambil phone, Nad dengan member-member dia pergi ke Mid Valley. Nak cari barang katanya. Orang muda kan.. Masa cuti keluarlah. So masa dekat pukul lapan, aku tengok ada Whatsapp dari Nad cakap duit dia kena curi kat Mid Valley.

Dia hantar message tu dekat pukul enam petang. Hampir dua jam kemudian, baru aku response... bukan on purpose tapi phone aku dah jadi hak milik si Zara. Susah aku nak access phone sendiri.. Cukuplah pasal phone aku, now let's focus on the missing purse...

Nak tau kat mana duit dia kena curi? Kat dalam surau.  Of all the places. Ya lah... kita selalu beranggapan yang this is the safest place. Tapi ada juga yang menggunakan tempat ni nak buat jahat.

Dia tinggalkan beg dia sebelah perempuan yang berpakaian tudung labuh masa dia pergi ambil wuduk. Yalah dah lah dalam surau, sebelah perempuan bertudung labuh, so dia rasa safe lah nak tinggalkan beg dia. Safe ke?

Hmm.....Habis berwudu' dia pusing dan tengok zip beg dia dah terbuka. Perempuan yang ada sebelah beg dia pun dah hilang. Hish bukan nak tuduh tapi the chances that the lady ambil beg dia tu adalah quite high... 

Hmmm... ada pengajaran dari musibah ini. Kita kena lah lebih berhati-hati. Never judge a book by its cover. Tak semestinya orang yang bertudung labuh dan berjubah tu semua baik. Dan tak semestinya yang berambut punk dan selekeh itu jahat. Setengah tu menggunakan penampilan begini untuk menipu dan mencuri.  Betul tak? Aku harap kawan-kawan aku yang berjubah dan bertudung labuh tak marah aku...

Bebalik pada Si Nad, nasib baik tak banyak yang hilang. Dia dah bershopping dulu dan tinggal baki sikit dalam purse. Dan Alhamdulillah kedua-dua buah phone dia tidak di ambil sekali. Tapi aku rasa jenuh juga dia nak call bank untuk cancel ATM card dia yang kena ambil dan buat lapuran police.

Whatever it is, aku harap Nad dah dapat new card for her ATM. Kalau tak susah nak kemana-mana dan makan bila $$$$ ni tak ada...

By the way, hari ini genap umur Zara Alisya Shakira lapan tahun. Esok aku cerita pasal my Drama Queen..




Sunday, January 12, 2014

Penat layan mereka....

Dah dekat dua minggu aku duduk rumah, aku masih lagi tak jumpa rentak untuk membuat kerja aku. Bukan kerja apa pun, some personal thing yang aku nak buat. Sebenarnya, kena buat.


Bukan aku tak cuba, tapi aku penat. Lagi penat rasanya kerja jadi fulltime housewife dari kerja kat ofis. Kat ofis macam mana sibuk pun, aku tak lah kena ganggu dengan rengekan rengekan dan suara-suara yang meminta macam-macam.

Tapi kat rumah, rengekan dan perminataan lah yang selalu bermain di tepi telinga ku. Kalau tak minta anything, dia orang akan sentiasa mengelilingi aku. Tak ada privasi. FB aku, twitter aku, instagram semua dia orang baca. Pastu iPad dan phone memang dengan dia orang lah.

Hish....rasa-rasanya, anak-anak aku memang melepas dendam dengan ketiadaan ibunya sejak mereka lahir. Pergi pagi dan malam pukul tujuh setengah atau lapan malam baru sampai rumah. Dapat mengadu, merengek dalam sejam dua sebelum tidur.

Sekarang ni, ada 24 jam untuk mereka membalas dendam.  Pagi hari masa aku di monopoli oleh Si Tuan Puteri dan Si Techie. Selain melayan kerenah mereka, masak dan berkemas tak boleh lari kan. Dah habis masak, dah siap bagi makan, kadang-kadang ada pula minta hantar ke sekolah. Oh.... jadi driver pula walaupun ini tidak ada dalam job description. Tapi sebab anak, layan aja lah kan. Kalau anak orang mungkin tak semua aku layan....

Kalau Si Techie dan Tuan Puteri waktu pagi, si Joker pula memonopoli waktu aku sebelah petang. Ini lagi haru... sebab dia seorang di rumah, ke mana aku duduk, di situ dia ada. Kadang-kadang nak baring pun tak boleh sebab dia akan mengacau.

Tak cukup si Joker, kadang-kadang si Pemuzik pun mengada-ngada minta tolong gosok baju. Aku hairan macam mana dia pergi kelas selama ini. Baju dia bergosok tak? Hmmm kena tanya dia ni.

Masa melayan berlarutan hinggalah pukul sebelas. Tapi aku masih ada tugasan sebelum aku boleh ada 'Me-Time'.... yup...aku kena susun buku si Tuan Puteri dan Si Joker.

Sebenarnya kalau buat kerja rumah dan masak tu, tidak lah penat sangat. Yang penat melayan kerenah anak-anak yang boleh membuat darah aku naik. Alhamdulillah, setakat ini darah aku masih okay dan aku harap kekal begitu.

Apabila aku dah dapat masa 'Me-Time' tu, otak dan badan aku dah tak look forward to me-time. Badan dan otak aku lebih suka menyahut panggilan sang katil. Tapi di sebabkan si hati kuat, maka si hati menghantar signal pada si otak memaksa si badan duduk di kerusi ini dan menghadap komputer.

Heh... memang aku pandang komputer, tapi si otak tak mahu kerjasama. Bila aku buka kerja aku, otak aku kosong... maka untuk mendapat idea, si tangan dengan pantas menekan mouse untuk buka facebook. Apa lagi, si mata yang tadi kuyu, tiba-tiba terbuka luas membaca komen-komen di fb.

Dari FB berjangkit ke twitter dan kemudian ke blog... sedar sedar dah pukul satu pagi. Kerja masih lagi kosong dan tak siap-siap lagi.. Hish... tak tahu lah sampai bila macam ni, tapi aku kena buat sesuatu untuk membolehkan aku menyiapkan kerja aku yang terbengkalai itu.

 Tetapi hari ini aku jumpa tempat yang aku enjoy buat kerja. Jangan marah... aku rasa pada ketika ini dapur lah tempat yang boleh bagi aku banyak ilham untuk buat kerja. Tetapi aku perlukan kipas dulu sebelum aku duduk membuat kerja ku, kalau tak boleh mandi sauna... Berpeluh peluh....

Haha..inilah dia buah hati pengarang jantung ku.... tengok tu gaya ntah apa apa yang di buat dek mereka...




Okay...chao dulu... salam.

Monday, January 6, 2014

Aku, Buku dan Anak-Anak

Petang tadi aku habis baca buku Cinta Kau dan Aku oleh Siti Rosmizah. Hah! Aku bukan book
reviewer so tak ada lah aku nak tulis berjela jela pasal buku ini,tapi aku nak cerita pasal aku, buku ini dan anak-anak aku.

Aku tertarik dengan buku ni di sebabkan cover buku tu. Gambar kasut dan cap menarik perhatian aku masa aku menunggu anak-anak aku beli buku sekolah. Alasan aja kan... Bila aku baca blurb buku ini dalam hati aku kata menarik. Funny and has element of sadness in it. Jadi aku masukkan buku tu dalam bakul yang memang sudah ada beberapa buah buku yang lain.

Ia kisah Farisya. Heh... nama Farisya ni membuat aku teringat akan seseorang yang aku suka stalk dekat twitter. Budak yang pada aku jenis lepak sikit... begitu juga dengan Farisya dalam buku ini. Nur Farisya Iman, namanya dan dia seorang yang tomboy.

Farisya suka memakai jeans, t-shirt di dalam dan kemeja yang tidak di butangkan di luar dan topi di kepala. Orangnya putih dan cantik. Karakter ni mengingatkan aku pada Fatia yang berlakon dalam cerita Diandra.

Farisya pergi meminta kerja di syarikat FF Holding sebagai driver pada Farish Hakim. Di singkatkan cerita si Farish sudah jatuh hati dengan Farisya dan semasa ibu si Farisya sakit lemah jantung, ibunya telah meminta si anak kahwin dengan bosnya. Si anak tak mau and plan lain sementara si ibu dan si bos sudah plan lain..tapi thru manipulation akhirnya si bos kahwin dengan si driver....and as always lah cerita novel melayu mesti ada tukang kacau... kali ni adik ipar dan bekas tunang si Farish.. The two devils..

Pada mula cerita, aku baca memang best. Aku suka dengan Farisya. Tough and can handle things on her own. Suka mengenakan orang tetapi ada masa keanak-anakan. Three quarters into the book, sudah mula babak-babak sedih.

Aku malas baca babak sedih depan anak-anak aku. Dia orang akan siap make fun of me.. True enough, Zara caught me. Masa tu tak meleleh lagi air mata. Hanya linangan air mata aja. Bila Zara nampak, terus dia pasang antenna dan relay mesej pada lagi dua orang tu.

Apa lagi Zaki dan Amir pun naik tocanglah mengenakan aku. "Baca buku nangis, tengok tv nangis, apa lah ibu ni," usik mereka.  Aku jawab, "masuk habuk." Seperti biasa mana dia orang percaya. Dia orang tunggu sikit lagi sebab dia orang tau mesti ada lagi babak yang sedih,

Hah... bila dia nampak air mata melurut, Zaki terus buat announcement... "Ayah....ibu baca buku menangis," jerit dia. Aku jegil mata ku pada dia. Sengih aja dia.. Ah... alang-alang dia orang dah nampak aku pun membiarkan air mata ku melurut dengan laju nya.

Memang cerita ni sedih tapi dalam sedih ada tawa. Aku sedih bila sang suami termakan hasutan adik dan bekas tunang dia, yang menyebabkan betis Si Farisya terkena air panas dan dia di tolak hingga pinggang dia terhentak pada meja. Dia di perangkap dan di tuduh curang dengan kawan baiknya yang menyebabkan si suami hilang pertimbangan dan menceraikan dia.

Sudahlah di ceraikan oleh sang suami, dia juga keguguran akibat hentakkan yang kuat semasa di tolak oleh suaminya dan juga overdose ubat tidur yang di letakkan oleh barua the two devils... Siap yang tak sedihkan...

Tapi seperti kebiasaan ending novel melayu, dia orang happy and ada anak... untuk mendapat the happiness tu macam-macam lah dia orang kena lalui yang aku tak nak cerita.

Walaupun cerita ni buat akau sedih, aku nak ulang balik. Dalam banyak banyak buku aku ada hanya kurang dari sepuluh yang aku ulang. Maknanya buku ini best dengan aku lah kan...

Next ada dua buah buku yang aku nak baca... satu Tiba Tiba Dia Ada oleh Rehan Makthar dan Bukan Isteri Simpanan bu Mia Kiff. Dua-dua ini aku dengar best.. so aku harap tak menghampakanlah ya...




Wednesday, January 1, 2014

Akhirnya, berpisah juga kita....

Hari ini aku ke KL. To be specific pergi KL Sentral untuk tukar rate plan mobile phone aku. Hari ini adalah hari terakhir aku bergelar pekerja Maxis setelah 17 tahun berkhidmat di sana. Penuh kenangan.

Phone pertama aku adalah dari Maxis. Phone Nokia yang besar gedabak tu dan warna dia warna kuning. Pada masa itu, Maxis best... bagi phone kat setiap pekerja dia. Aku rasa itu lah phone yang pertama dan terakhir dari Maxis.

Sepanjang jadi pekerja dia, banyak phone benefit yang aku dapat. So hari ini aku terpaksa lah melepaskan semuanya. Sejujurnya, walaupun aku dah tengok plan-plan yang ada, tapi aku tak lah faham sangat. Jadi aku nekad suruh consultant tu terangkan kat aku.

Memandangkan aku pergi KL Sentral, aku cari lah member untuk jumpa for lunch. Ia lah bukan senang aku nak lepas ke sana lagi. Jadi aku janji jumpa dengan Kam, Yati and Roslinda. Yang confirm datang Kam. Seorang pun seoranglah... janji jumpa member.

Aku pergi dengan Amir. Actually, Zara nak ikut tetapi di sebabkan aku bawa kereta Golf aku, dia tak nak ikut. Dia kata dia tak suka naik kereta tu. Pening kepala dia. Heh! Kereta yang tiga lagi tu tak lak dia pening. Mungkin ibu dia bawa laju kot... hmm...perasan kejap.

Aku sampai KL Sentral 10 minit sebelum 12 tengahari, dan kami janji jumpa sama ada di Chile Expresso atau Olive. Last minute aku decides to pergi Olive. Sampai-sampai, Kam dah ada menunggu. Yang lagi dua tu masih tersangkut dengan meeting dan urgent work.

So kami boraklah dulu sambil tunggu Yati dan Roslinda dan order lah air dan mushroom soup dia. Pheww... mushroom soup memang tak sedap langsung hari ini... Bila aku kenang balik, mushroom yang sedap selalu aku makan tu dekat Barbara Cafe... tetapi di Olive, dulu-dulu not bad lah. Mungkin tukar Chef kot.

Tak lama kemudian, Yati sampai dan di ikuti oleh Roslinda. Apa lagi bertambah rancak lah perbualan kami. Amir yang duduk sebelah aku nampak bosan. Duduk dengar aja apa orang cakap. Yang si ibu, tak sedar diri bila dah jumpa member.

Lepas satu topik ke satu topik kami bualkan dan akhirnya dekat pukul 2 petang baru kami bergerak keluar menuju destinasi kami. Aku dan Amir menghala ke KL Sentral semula. Destinasi pertama ialah kaunter jualan Touch & GO. Aku punya kad dah lama tak claim rebate, so hari ini dapat banyak... Senyum lebar aku.

Tak lama aku tunggu kat Touch and Go. Lepas Touch and Go , kami pergi ke Maxis Center. Hoho... ada kerusi di sediakan. Boleh duduk. Tapi sebelum tu, aku ambil number. Ingatkan lama kena tunggu. Tak sampai setengah jam aku tunggu sebelum aku di panggil.

Heh! Sampai depan kaunter, aku cakap nak tukar rate plan. Budak tu cakap mana surat dari HR? Surat dari HR? Aku pening kejap. Dalam hati ada ke surat dari HR. Tak ada pula HR cakap kena bawa surat... Tiba-tiba aku teringat satu email dari HR dan ada few attachment. Cepat-cepat aku bukan gmail aku dan aku tunjuk beberapa email from HR. Yang mana satu? Dia pun baca... dan last sekali dia suruh hantar satu surat from HR yang menunjukkan hari akhir aku di Maxis.

Lepas tu mula lah sessi memilih rate plan baru... Aku masih kekalkan line sebelum ini sebagai supplementary line aku... sebabnya kedua-dua tuan punya nombor tak senang. Jadi aku suka hati memilih plan dia orang. Untuk aku masih lagi simpan unlimited data plan aku dan aku ambil talk plan RM28. Hah! Aku bukan suka cakap dalam phone pun. Surfing aku suka... cakap tak suka.

Untuk dua line lagi, satu aku ambil Talk Plan RM48 sebab hubby aku dia guna hanya purely untuk call dan SMS. Phone canggih dia tu tak pernah pun di gunakan untuk surfing atau layan youtube. Jadi plan itu lah yang sebaik-baiknya untuk dia.

Untuk Syafiq, aku ambil kan dia Surf More untuk RM30 with monthly allocation 1GB. Heh! cukup tak cukup nasib lah kan... nanti kita observe your usage ya Syafiq. Aku terminate aku punya broadband, tapi aku kena pula ke KLCC untuk pulangkan modem yang dah outdated tu. Kalau tak pulangkan kena penalty RM200. Daripada bagi maxis, baik aku guna untuk beli buku ke, makanan ke....

Last sekali aku jadikan line Amir as my suppline dan ambil same package as Syafiq. Sengih dia bila aku ambil postpaid plan tuk dia... Lepas itu, aku minta new sim card tuk dia sebab dia pakai iPhone 5s. Pheww... member berseri-seri muka dapat sim card baru untuk iPhone 5s dia. Dia dah tunggu seminggu untuk sim card tu.

 Bila dah settle tukar plan, aku dapat dua sim card baru. Satu untuk phone aku dan satu untuk iPad mini aku... Dia kata benda tu akan di activate dalam 24 jam... Nantilah bila dah tak ada signal baru aku tukar kad aku. Sekarang ni masih pakai simcard lama...

Keluar dari Maxis Center, singgah pula kat kedai talipon dan membeli accessori phone. Alang-alang dah dekat situ, aku pun tukarlah baju untuk Samsung aku. Selain baju, aku tukar screen protector yang tebal sikit. Bila semua dah di tukar, cantik pula phone aku. Nampaknya iPhone 5s gold color tu tak akan di gunakan lah dalam jangka masa yang terdekat ni. Biar lah dia duduk diam diam dalam almari itu. Bila aku dah bosan dengan Note2 aku ni, baru aku tukar ke iPhone 5s aku tu... Pembaziran kan...

Okaylah... ni dah masuk tahun 2014... Aku ucapkan Selamat Tahun Baru dan semoga mendapat apa yang di idamkan....

Wasalam.