Wednesday, August 28, 2013

Geram ngan lori hari ini...

Hari ini tiada apa yang istimewa berlaku. Baik di rumah mahu pun di office. Suasana tenang. Heh...tenang apanya. Sibuk hari ini membuat status update untuk meeting dengan bos.

Hari ini, bila aku sampai kat parkir office, banyak lagi kosong. Heeheehee... ramai yang tersangkut kat jalan raya. Ya lah... penutupan jalan raya. Oleh tu, dapat lah memilih parking mana aku nak. Rambang mata sat pagi tadi kat parkir. 

Makanan yang ada di atas meja ku
Hari ini, aku dengar setengah orang gembira teramat-amat dan setengah lagi sedih mengenangkan nasib. Bagi aku dan kawan-kawan jabatan aku, it was business as usual. Discussion, issues and meeting... nothing interesting.

Hari ini meeting start lambat tapi habis tetap on time. Pertama, dah ada orang book bilik tu dan yang kedua, bos ada meeting ngan vendor. So selamat lah... tak payah nak menjawab banyak-banyak. Di sebabkan dia keluar, kami pun macam tikus lah... mula membuka kuih-kuih dan makanan yang ada di atas meja aku.

Siap macam party lagi. Buat air kopi, makan kek, biskut dan keropok. Heh.. puas. Dah puas makan, nampak bos balik. Masing-masing terus duduk balik ke tempat masing-masing. Aku sengih aje sebab mereka berkumpul dekat meja aku.

"Apa cepat sangat dia balik? Kenapa tak balik terus kan?" tanya aku pada kawan aku yang sibuk minta update,

Tepat pukul 6 petang masing-masing pun tutup laptop dan angkat kaki. Tapi aku dan beberapa orang lagi masih duduk membuat kerja hinggalah pukul 6.45 petang. Air cond pun dah di tutup. Sebelum lemas kepanasan baik aku balik. Pack barang  dan aku terus menuju ke surau yang berada di tingkat satu untuk solat Asar. 

Selalunya pada waktu ni orang masih ramai buat kerja kat tingkat satu ni, tapi hari ini sunyi sepi. Aku pun seriau gak nak ke surau tapi alhamdulillah terserempak dengan officemate aku. So, lepas solat aku tunggu waktu maghrib, sebab hanya tinggal 20 minit lagi sebelum masuk waktu maghrib.

Aku jarang borak dengan cik puan ni, tapi sesekali dapat borak tu seronok gak. Usai solat maghrib, kami pun bergerak menuju ke parkir. Kawan aku tu meneruskan perjalanan ke keretanya yang di letakkan agak jauh dari bangunan office kami.

Seperti biasa, jalan kat KL ni mana ada tak jam. Tersangkut lah aku untuk beberapa seketika di Federal Highway dan juga NPE. Bila jalan clear, aku pun terus pacut ke arah KL-Seremban Highway. 

"Adui... jam, jam, jam.." kata ku perlahan bila melihat kereta yang berderet di atas jalan raya. Aku menyusur perlahan untuk memasuki  lane yang paling kiri. Baru nak masuk, tiba-tiba datang satu lori ni memecut dan tak nak beri aku ruang.

"Fine..." kata ku geram. Aku terus menyusur di emergency lane dan memotong kereta yang berada di depan lori tu. Aku terus bagi signal dan tukar ke lane tengah sebelum ke lane kanan.

Aku betul-betul bengang dengan pemandu lori tu tadi. Bukannya tak boleh bagi aku masuk pun. Tapi perasaan bengang tu tak lama. Aku terus memandu perlahan-lahan, macam kura-kura, menuju ke Tol Sg Besi. Lama gak lah tersangkut. Bila dah lepas dari MINT Hotel tu, baru lah boleh laju sikit.

Aku terus memandu laju ke arah Kajang, dan tak jauh dari Tol Kajang, tiba-tiba sebuah lori yang berada di lane kiri di depan ku, memotong masuk ke lane tengah. Nasib baik aku cepat brake. Kalau tak tau apa jadi.

Seminit kemudian, sebuah lori di belakang ku pula masuk lane tengah. Aku cuak gak dengan lori ni sebab dah uzur nampaknya. Ini berdasarkan dari kaca mata aku yang dah tua ni lah. Dah lah tua, lampu nya hidup sebelah aje. Yang buat aku betul-betul cuak, dia ikut rapat dengan kereta aku.

"Ishh... depan lori, belakang lori. Tak boleh jadi ni." Aku terus mengikuti lori tu yang mana ia di pandu agak laju. Bila aku dapat peluang masuk lane kiri, aku cepat-cepat swing kereta aku ke lane kiri.

Aku sebenarnya tak suka terperangkap between big vehicles. Aku rasa lemas especially kalau aku tak boleh nampak apa yang di depan aku. Lagi satu aku tak suka bila motosikal di depan atau di sebelah aku. Rasa kekok aku bawak kereta. Taku terlanggar dia orang.

Dulu aku tak kisah sangat tetapi bila umur makin meningkat, reflex tu agak slow sikit. Kalau dulu selamba aje aku boleh drive 130 - 140mph, sekarang ni dah kurang. Entah-entah tak lama lagi, aku bawak kat lane belah kiri aje. Yalah, kalau dah bawa 70kph,kat lane kiri tu lah duduknya kan.

Okay...aku nak chao ni... nak sambung menaip benda lain pula. 

Bye, salam.

Tuesday, August 27, 2013

Hari yang kurang menyenangkan

Salam,

Pagi ni mood kurang baik. Pertama aku lupa ada penutupan jalan sempena hari Merdeka. So stuck lah kejap dekat highway nak ke KL. Tapi aku tak lah risau sangat sebab ramai yang akan tersangkut. Memang betul lah sebab bila sampai ada keliling aku yang belum masuk lagi.

Sampai-sampai terus pasang laptop aku dan buka email. Hmmm... 200 mail lagi yang belum di baca. Inilah bila cuti lamakan. Baru nak baca, ada seorang mamat ni datang dan tanya pasal Work Order dia. Aku jawab belum baca dan tak boleh bagi data lagi. Aku janji nak beri hari nini. Nasib baik dia faham. Di sebabkan dia tanya, aku teruslah cari email yang di maksudkan. Buat some data extraction dapatlah apa yang nak di beri. Baru nak hantar email kat mamat tu, dah kena hijack masuk unscheduled meeting. Paling aku tak suka sebab tak tahu meeting apa.

Masuk meeting, tengok-tengok budak aku kena present. Cis...at least cakap la apa benda dia nak present. Ada lima orang, dua orang jadi permerhati..salah sorang aku le.. Mengantuknya sebab baca novel Melur Jelita  'Awak Suka Saya Tak' sampai kul 1 pagi. Puas mata ni nak focus dekat screen.

Habis meeting, kepala pun pusing sebab tak cukup tidur. Duduk kat tempat aku, aku pandang aje skrin komputer. Ada excel file... Hmmm tak payah buat. Nanti semua salah. Buka email, rasa nak muntah. Berlambak-lambak email. Lantak lah... bila kepala okay aku baca lah. Kalau urgent, pandai pandai le cari aku.

Besok ada department meeting. Budak-budak ni tak bagi slide dia orang lagi. Heh.. aku pun belum buat lagi. Huh SAP ID  kena revoke sebab salah password. Adui....ni nak kena minta reset id ni.  Ayoooo... nak kena ayat mamat yang jaga password ni. Hehehe...selalunya dapat lah... sebabnya aku kan ex-boss dia. 

Okaylah... aku nak pergi lunch. Mana pulak pergi lunch date aku ni? Tadi ada tiba-tiba hilang. Ish..ish..ish... nak kena lak call, tapi tak apa. Aku nak keluar lambat sikit hari ini.

Chao....

Monday, August 26, 2013

Bila lama tak masuk.....

Salam,

Hari ini aku baru balik kerja setelah bercuti hampir dua minggu. Seminggu cuti Raya dan seminggu cuti sakit. Best dapat cuti lama-lama ni. Fresh rasa kepala otak. Sebelum datang kerja hari ini, aku berdoa agar perjalanan ke office berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah... tak ada jam.

Aku juga berdoa supaya tak ada benda yang akan menyusut kan kepala aku ni... Alhamdulillah... tak ada major issue yang aku nak kena handle. Lega, tetapi walau pun tak ada issue kerja, ada pula issue budak-budak. Aduh hai!!!!

Hmmm.... susah juga nak handle issue macam ni, tapi sebagai ketua tak boleh lari kan... Aku nak kena tau dulu kat mana silapnya ni, jadi nak tak nak kena lah study masalah ni. Berat juga. Lepas di fikir-fikirkan, okay lah juga, kalau tak bosan aku bila semua macam biasa....

Hari ini juga, vendor-vendor ini dengan senyum simpul datang kat aku. Nak tanya status order dia orang lah tu! Hmm.... dah issue dah tapi ada lah sorang tu tak approve lagi. Kena lah juga aku follow up! 

Okaylah... update aku tak panjang kali ini. Saja nak lepaskan luahan hati. Bilalah agaknya aku boleh lari dari masalah ni semua. Bila dah berhenti??? Mungkin.

Sunday, August 25, 2013

Hmmm....Raya tahun ini....

Selamat Hari Raya! Dah 19 hari kita menyambut hari raya di bulan Syawal ni yea..Masing masing masih sibuk menghadiri Open house. Heheh... pergilah selagi terlarat, tapi ingat jangan makan banyak-banyak. Jangan bawa tupperware dan tapau pulak tau!
 
Bila masing-masing dah buat open house hujung minggu, jalanraya kat KL ni mula lah jam kan. Kadang-kadang malas la pulak nak jalan bila kenangkan kesesakan lalu lintas ni..Anyway, drive carefully and enjoy all the good foods ya.

Bagi saya, raya tahun ni kurang ooommmmppphhh nya.. Bila di kenang balik, tak da gambar di pagi raya. Padahal yang lelaki semua memakai baju melayu olive green dan yang perempuannya pula memakai pink. Tak tahu la kenapa tak tangkap gambar, Aisyhhhh rugi rasanya tak bergambar.

Pergi berjalan raya pun tak. Balik Seremban pada hari raya pertama dan pada petang raya kedua, dah balik  Bangi semula. Lepas tu terus tak pergi mana-mana. Aku pun tak tahu apa aku buat. Lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Yalah, keempat-empat orang bercuti, jadi dapatlah ibunya bermanja dengan anak-anak. Heh! bukan anak bermanja dengan ibu, tapi ibu bermanja dengan anak. Bila lagi kan????

Ingatkan nak pergi jalan hujung minggu, tapi aku pulak sakit. Masuk hospital... so berayalah di dalam hospital for four days. Nak buek macam mano...Dah nak sakit. Tapi elok gak.. Dapat aku rest betul-betul. 

Aku habiskan masa dengan membaca buku novel. Semua novel melayu. Sekarang ni musim membaca novel melayu. Sebabnya, English novel yang aku nak belum ada di pasaran. So, aku jumpalah tiga penulis novel melayu yang dah jadi favorite aku. Semua buku mereka aku dah habis baca. Sekarang ni tercari-cari, buku apa lagi yang best di baca.

Alangkah bagusnya kalau aku terjumpa websites yang buat review semua novel melayu ni dan juga bagi rating to the books. Senang sikit bila nak membeli. Sekarang ni aku main beli aja... sedap ke tak aku tak tahu. Baca je sinopsis kat belakang tu, kalau rasa best terus masuk bakul. Bila baca...hmmm macam penulis baru... not descriptive enough....

Okaylah... dah jauh malam ni. Aku nak masuk beradu pula. Selamat Malam... Jumpa lagi ya.


 

Friday, August 2, 2013

Miss Kitty Gedik buat perangai

Salam. Hari ini nak ngomel sikit la. Bukan ngomel apa, pasal si kucing aku, Miss Kitty. Well, kami gelarkan dia Miss Kitty tapi cik abang ku panggil dia Gedik, so jadi lah Miss Kitty Gedik.

Sebenarnya kucing ni, anak sulung aku yang bela kat apartmen dia di Uniten. Kucing tu rajin menemankan dia belajar. So masa cuti semester, aku suruh lah bawa balik. Anak-anak aku yang lain memang nak sangat kucing.

Mula-mula bawa balik, aku ingatkan cik abang ku akan marah. Selama ni dia yang tak bagi bela kucing. Dia tak tahan dengan bau taik kucing. Tetapi memandangkan aku dah beli sangkar dia, pasir dia dan segala serbi untuk kucing tu, dia diam aje.

Yang paling aku heran, ingatkan dia tak akan layan kucing tu, Tetapi dialah yang beria-ia bagi makan, tukarkan pasir, basuhkan tempat makan dan air. Hari-hari dia akan pergi lawat kucing yang kami letak kat gazebo kami.

Tetapi kucing aku ini  dah sengal. Segala kasih sayang di curahkan di balas dengan dia berak betul-betul depan tingkap dapur aku. Puhhh......Puas aku menahan hidung bila berdiri depan sink aku.  Nak tuduh kucing lain, ada saksi yang nampak. Si bongsu ku.  Jadi diam ajelah.

Memandangkan dah nak dekat buka, kami buka dulu. Masa tu  bau macam biasa lagi. Lepas makan ingat nak bersihkan tapi cik abang, cakap bukan senang nak cuci macam tu aje. Banyak barang nak di pindahkan. Maka taik itu terus terhidang di depan tingkap dapur.

Masuk sahur, baunya mula menusuk hidung. Perghhhh White Line ku habis di gunakan jadi air freshner. Oh!!!! Tidak!!!!!   Setelah bertahan 1 hari 2 malam, maka hari ini anak sulung ku akan membersihkan taik kucing kesayangan nya. Harap-harap bila aku balik kerja ni, tak ada lah bau yang menusuk hidung tu lagi. Kalau tidak, White Linen ku menjadi mangsa lagi.

Okay, =gitulah cerita ku.... Selamat berpuasa dan tak lama lagi Syawal akan menjelma...Maka Selamat Hari Raya pada semua....

Thursday, August 1, 2013

Baru tahu ya!!!!



Salam. Lama betul aku tak datang sini. Dah penuh dengan sarang labah-labah dan habuk. Apa nak buat, aku sibuk. Sibuk memajang aje… Bila masa aku tak sibuk. Ini pun aku curi-curi taip sebab dah bosan mengadap kerja.


                Nama aje ada staf tapi ended up aku juga yang kena buat. Kadang-kadang rasa frust. Tapi tak lama. Kejap aje Sebabnya aku sayang dengan kerja aku ni. Walaupun tak sehebat dulu-dulu. Aku beritahu budak-budak aku, aku dah mencapai peak aku dalam kerja. Sekarang aku di peringkat menurun sebelum bersara.


                Bersara???? Apa aku nak buat ya… Aku tak fikir lagi. Ish…kena fikir…tak lama lagi ni. Aku tengok kakak aku ada juga aktiviti dia. Dia ambil upah jahit beads. Cantik kerja tangan dia. Aku tak suka menjahit, so benda tu bolehlah di keluarkan dari list aku.


                Oh ya! Dengan bangganya aku nak beritahu, aku dah jatuh cinta dengan novel melayu. Aku baru dua-tiga bulan ni membaca novel melayu ni. Selalunya aku baca buku English. Aku  dah baca dalam sepuluh buah buku, tapi ada 4 sahaja yang aku benar-benar suka. Buku-buku tu ialah..tada….. Projek Memikat Suami, The Wedding Breaker, I Love You, Stupid and My Precious Iris.


                Dua buku terakhir tu buat aku gelak, nangis, geram, suka dan macam-macam feeling. Tak cukup tidur aku. Mamai aku  di buatnya. Ada sekali tu, vendor aku called. Aku jawab hello and lepas tu, aku tak tahu apa dia cakap. Aku tertidur…. Teruk betul kan..Itulah gara-gara marathon membaca buku I Love You Stupid and My Precious Irish by Melur Jelita. Best!


                                Okaylah…aku berhenti dulu…kepala pun dah pusing  and mata pun dah kecil…tinggal nak pergi cari landing port aje. Kalau jumpa port best, kalau tak tersenguk lah kat meja ni. …okay…see you soon…