Wednesday, June 11, 2014

Bila lama tak memandu....

Sejak tak kerja ni, aku jarang bawa kereta jauh-jauh. Paling jauh aku bawa kereta ialah ke Alamanda, Putrajaya. Hah! Tu pun tak sampai dua puluh minit bawa kereta dah sampai. Rindu rasa nak redah jam... hehehehe....

Tapi hari Ahad hari tu dapat aku pergi bawa kereta jauh-jauh. Jauhnya tak lah sejauh ke Johor atau ke Perlis atau ke Pantai Timur, hanya ke Seremban aja. Dekatkan... tapi adalah dalam 4 jam perjalanan aku.. tapi tak semua dalam kereta.

Hari Ahad hari tu aku pergi jemput emak aku dari rumah adik aku kat Andalucia, Pantai HillPark dan hantar balik Seremban. Aku pergi dengan Syafiq dan Zaki. Zara dan Amir tinggal sama ayah dia orang.  Nak bawa dia orang balik, nanti bila mak aku dan Mus naik, memang tak muat lah kereta kecil tu.

Ingatkan dengan adanya anak bujang aku tu, dialah yang bawa kereta. Hmmmm... tak. Nak juga si ibu ini yang drive. So nak tak nak, aku kena bawalah kereta tu. Si abang duduk kat belakang. Main game dengar musik. Si Zaki dengan dunia Black Veil Bride dia. Tinggal lah si ibu seorang terkebil-kebil membawa kereta.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku pun pasanglah CD yang memang tersedia terpasang dalam kereta tu. Lagu As Simple As Death. Lagu Your Rise dan Paroxysm of Remininsce. Volume dia aku pasang  agak kuat. Tiba-tiba si abang cakap, "Bu, kecikkan sikit. Kuat sangat." "Eh!" jawabku, "bukankah selama ni memang Afiq dengar lagu kuat-kaut." "Yang ni kuat sangat. Tak dengar lagu ni hah...," jawab dia lagi." Aku kesian aku kecikkan.

Sampai kat rumah adik aku, aku naik kejap jumpa dia. Heh... cucu-cucu sedara ku sudah menunggu. Dia orang ingat Amir dan Zara pun ada. Nak ajak depa swimming. Bila tengok hanya Zaki yang datang, frust dia orang. Lagi pun aku tak boleh nak duduk lama-lama sebab aku ada destinasi lagi satu untuk di tuju sebelum ke Seremban.

Dari rumah adik aku, aku hala pula ke rumah anak buah aku yang tak jauh dari rumah adik aku. Lain fasa saja. Aku pergi sebab nak jumpa cucu terbaru aku, Muhammad Adam. Dah dekat sebulan baru aku dapat lawat mereka.

Sampai sana, si Adam sedang nyenyak tidur. Mama dia cakap selalunya dia senang jaga kalau orang bising. Tapi kali ini, memang susah betul. Di angkat dari tempat tidur dia, senyap. Syafiq dukung pun senyaP. Onyang dia dukung pun senyap. Uwan Teh dia dukung lagi dia nyenyak. Macam tidur kat tilam dunlopillo. Dekat balik baru dia jaga. Dapat tengok mata dia....

Dah minum dan puas main dengan Adam, kami gerak balik ke Seremban. Memandangkan aku tak tahu jalan jam ke tidak, aku ikut LEKAS. Memang lekas sangat lah sampai Seremban. Selepas solat Asar dan minum, hehe...minum lagi..., kami pun bertolak balik. Sebelum balik sempatlah aku tengok drama Pembantu Rumah, Tuan Rumah.

Ingatkan sempatlah sampai Bangi pukul 7 petang, tapi minyak pula tinggal satu bar. Memandangkan aku tak boleh nak gauge lagi minyak kereta Saga ni, aku berhenti isi minyak dulu. By the time aku meninggalkan Seremban, jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Memang sah tak akan sampai ke Bangi sebelum pukul 7 petang. 

Seperti yang di jangkakan, aku sampai pukul 7.10 malam dan sampai-sampai rumah berkunci. Cik Abang dah bawa Zara dan Amir pergi makan dan jemput mak dia. Nasib baik aku ada bawa kunci spare. Dapatlah masuk rumah..  Kalau tak mau bersapau di luar rumah...

Oleh kerana sepanjang petang itu aku berjalan, keesokkan harinya badan aku sakit-sakit dan penat tak terkata. Ni lah bila umur dah tua dan tak fit, cepat rasa penat. Nak muda balik tak mungkin kan? Jadi kenalah get fit.

Bilalah agaknya aku nak mula physical activity ni? Esok? Minggu depan? Bulan depan atau tak buat langsung? Nantilah... aku fikirkan...

Chao... dulu...

Sunday, June 8, 2014

Bila si kenit teruja....

Semalam jiran sebelah rumah buat kenduri. Kenduri menyambut menantu. Meriah sekali. Ini adalah  majlis perkahwinan yang kedua yang di buat oleh jiran sebelah. Tahun sudah anak lelaki dia yang nombor dua kahwin. Kahwin dengan orang Kedah. Kali ini, giliran si abang yang sulung. Dia berkahwin dengan orang Terengganu. Tinggal lagi dua orang yang belum kahwin tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua tu baru grad. Seorang graduan dari Australia dan seorang dari UITM. Si abang dalam kejuteraan sementara si adik pula kelulusan Charted Accountant. Mana tahu tak lama lagi giliran mereka berdua pula.

Hari Khamis hari tu, orang datang pasang khemah. Dari depan rumah aku, sampailah ke hujung jalan dan juga di padang permainan, khemah di pasang. Sejak hari Khamis tu juga Si Zara sibuk bercerita pasal perkahwinan. Dia yang lebih teruja. Ya lah... kat rumah  ni lambat lagi nak buat majlis perkahwinan.

Si Zara ni punyalah berkobar-kobar nak ada si kakak, dia sibuk buat speku. Speku pasal si abang sulung dia. Agaknya macam mana lah rupa si isteri Syafiq, suka tak isteri abang Syafiq ni dengan dia. Pakai tudung ke tidak. Sampai penat aku melayan.

Dia lupa yang si abang ni muda lagi. Belum pun masuk dua puluh tahun. Masih lagi belajar. Lagi pun, si abang tu mana ada girlfriend. Jadi tak payah lah nak berangan-angan nak dapat kakak dalam dua tiga tahun ni. Anyway, kita merancang tapi Allah yang menentukannya. Mana tahu tiba-tiba si abang jumpa dengan jodoh dia dalam tahun ni. Pengsan ibu dia...

Kali ini untuk majlis perkahwinan anak jiran, aku bagi dia orang buku. Aku beli di Dakwah Corner, Bangi Gateway. Hahaha.... buku macam mana nak memikat suami dan isteri. Satu buku untuk si suami dan suatu buku untuk si isteri. Adilkan? So pandai-pandai lah adapt yang mana patut untuk menghangatkan lagi hubungan mereka. Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Hahaha... masa aku pilih buku tu Zara pun sibuk memilih. Bila dia tengok buku kat tangan aku, dia pun sibuk nak tahu.

"Ibu, buku apa tu?"
"Buku untuk memikat suami dan juga untuk memikat isteri."
"Ada ya buku macam tu ibu?"
"Adalah... ini..." Aku hulur bagi dia tengok.
"Kalau macam tu Ya pun nak satu lah." Laju saja tangan dia mencapai buku tu.
"Buat apa?"
"Nanti untuk Ya lah."
"Eh... Ya kecik lagi. Letak balik. Besok dah besar nanti ada buku lain boleh beli."

Haha.... ni lah Zara yang perasan macam dia dah besar dan boleh kahwin. Aduhh... kena jaga dia ni betul-betul. Dah lah suka tengok drama cinta, nanti cepatlah dia bercinta.... Bercinta dengan Allah sekarang pun boleh... tapi kalau dengan budak lelaki... tunggu lah besar, ya. Not now when you are only eight years old.

Okay... gerak dulu... nak siap-siap nak jumpa mak.



Tuesday, June 3, 2014

Masa Rehat Dah Nak Tamat....

Lama rasanya aku tak update blog aku. Baik kat sini atau kat zairahman.blogspot.com . Bukan nya
aku sibuk pun. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca dan juga membuat research untuk next project aku.

Aku bagi enam bulan untuk aku rest dan hujung bulan Jun tamatlah aku punya masa berehat. Sebelum ini aku memang dah pelan nak buka sebuah kedai jual buku. Berangan nak jual buku sebabnya aku suka membaca.

Walaubagaimana pun bukan senang kan nak buka bisnes jual buku ini. Kat Bangi dan sekitar Kajang ni banyak kedai buku. Jadi aku kena betul-betul study samada feasible tak nak buka kedai buku ni. Kalau aku tak buka bisnes rasa-rasanya aku akan buat freelance lah. Nak duduk kat rumah lama-lama, hish.... tak boleh rasanya.

Anak-anak aku makin bertambah lemak dan mengada-ngada. Semua aktiviti depa, dia orang nak aku masuk gak. Kadang-kadang dia orang berkampung dalam bilik aku. Puas juga nak suruh keluar baru dia orang keluar.

Tadi aku saja aja borak dengan Zara. Tanya pendapat dia jika aku balik kerja. Apa jawab dia... "Ibu boleh kerja tapi kalau pergi pagi mesti balik tengahari. Kalau pergi tengahari balik petang. Tak boleh balik malam." Ish... fobia budak ni kena tinggalkan dengan aku selama tujuh tahun. Pergi pagi malam baru nampak mak dia. So sekarang ni kalau boleh mesti melekat kat mak dia...

Apa-apa pun aku dah cakap kat anak-anak aku jangan lah berharap sangat yang aku akan sentiasa ada kat rumah. Aku kena kerja. Kalau tak buntu otak ni duduk aja kat rumah. Nak juga challenge otak aku yang dah lama berehat ni. Paling challenging aku buat, heh... main words with friends and clash of clans.. dan juga buat analisis untuk projek aku. Kadang-kadang rindu gak nak solve the operational issues atau berdebat dengan vendor.

Walau apa-apa pun, selepas raya ni, aku kena mengorak langkah. Samada buat (a) bisnes aku atau (b) buat freelance as a consultant. Bukan nya CON tapi consultant.

Okaylah... aku nak chao dulu... Nak tengok drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Bye....