Wednesday, February 1, 2012

Aku lambat...


Hari ini aku geram betul. Aku keluar awal sungguh, iaitu pukul 7.30am. Hantar Zaki ke sekolah dan terus pergi kerja. Maklumlah ada mesyuarat pagi ni dengan orang besar besar.

Mula-mula aku tersangkut kat SILK highway. Masa tu tak hujan. "Ahh...Masih awal lagi," kata hati ku. Jadi aku pun tak kisah sangatlah kalau jam.

Sampai kat Kl-Seremban highway, hujan mula turun. "Alamak! Jangan jam cukup," aku bercakap sorang-sorang. Aku pun pecutlah dan bila sampai kat Sg Besi Tol, apa yang aku takutkan menjadi kenyataan. Berderet-deret kereta selepasa tol.

Aku garu kepala. Waktu dah menunjukkan pukul 8.10am. Aku pun pusing belakang, bagi signal dan terus celuk masuk lorong tengah. Ahh..dapat jalan tapi macamlah kura-kura. Sesampai aku di Stesen Petronas, aku nampak jalan menuju ke KL dah sesak. Jadi aku pun dengan pantas memberi signal dan menuju ke arah MEX highway

"Damn!!!!" jerit aku. Jalan nak masuk highway Mex sesak. Berbaris kereta. Waktu menunjukkan 8.30am. Akupun mula lah berdoa agar permudahkan perjalananaku ke pejabat. Alhamdulillah pergerakan lancar hinggalah sampai kat jalan keluar kat Kuchai Lama. Aku dengan perlahan menyusuri tepi jalanuntuk memasukki East-West link.

Walaupun sesak, tetapi ianya berjalan lancar dan Alhamdulillah aku sampai ke KL Sentral pukul 9.10am. Aku sms kawan aku tanya dah mula ke. Dia sms balik dah. Huh! Aku pun dengan menggunakan tongkat sakti aku berjalan dengan pantas menuju ofis aku.

Aku terus menuju tingkat enam dan menyimpan barang ku dulu, dan membawa buku nota turun. Memandangkan aku dah lewat aku pun masuk pintu belakang. Ahem! Aku bukan lah orang yang paling lambat. Bos aku lagi lambat.

Hmmm..di perjumpaan ini, aku dapat lah “recognition” untuk kerja yang aku lakukan tahun sudah. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Pengorbanan mereka akhirnya terbalas., Tapi aku mahukan ganjaran yang lebih besar dan bermakna.  Bukannya aku tak bersyukur dengan apa yang aku perolehi tapi dah lama rasanya seperti diperhambakan . Adakah akan dapat ku perolehi? Insya Allah!

Sekian.