Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Thursday, November 21, 2013

Kenangan...

Sekolah lama ku yang dah berubah
wajah dan nama

Salam. Hari ini aku cuti lagi. Cuti sakit. Doktor bagi aku cuti dua hari sebab belakang dan kaki aku sakit. Jalan pun macam robot.

Hari ni dah okay sikit dah, Not as bad as yesterday. Boleh jalan dah. No more walking like robot. Kalau semalam aku tidur saja sebab makan pain killer tu, hari ini aku tak ada lah duduk baring atas katil. Boleh lah aku mengadap komputer

Tapi nak buat kerja tu tak dapat lah. Sebab aku ni kan gula, Maka semut semut itu akan duduk di sekeliling aku. Kalau aku duduk kat meja aku, dia orang duduk kat lantai atau atas katil. Kalau aku baring, semua nak naik katil sekali. Haru macam ni.

Daripada dapat rest langsung dapat stress. Anyway, stress aku terubat sikit sebab tengok gambar zaman sekolah, Haish,... lawak tengok muka semua. Toyaa je.. Tapi masa tu kami lah rock. Di sekolah kami lah taiko.. Siapa tak kenal. Memang terkenal sebab kami kelas antara yang top and kami kaki sukan. Wakil sekolah dalam acara track and field dan juga hoki. Game lain aku  main juga tapi bila dah tingkatan tiga aku kurangkan main. Atas arahan Mem Besar.. mak aku.

Sebenarnya dia suruh aku jangan masuk satu pun acara sukan, tapi aku rayu dan rayu dan rayu... akhirnya dia benarkan lah main satu dua sukan. Darah sukan kuat mengalir kat badan mana boleh tak masuk kan. Bila tengok orang practice aku macam nak pergi aja join, tapi bila dengar arahan mem, terus mati perasan itu.

Walau bagaimana pun aku syukur sebab dapat juga masuk sukan. Kalau tak mati kutu aku masa tingkatan tiga, Bila naik tingkatan empat, aktif balik dan dapatlah main hoki bersama pasukan musuh tradisi kami masa tingkat tiga.

Oh ya.. masa tingkatan tiga kami kat SMR SiRusa. Sekolah tu sampai tingkat 3 aja. Jadi PD High School tu musuh kami. Bila naik tingkatan empat, kena pergi PD High School, so buat tak tau lah. Pergi training hockey and got selected.. Tapi aku kejap aja kat PD HS. Satu tahun aja. Pastu kena pindah KGV or King George V. Mati kutu aku kat sekolah ni.

Aku ni bukan jenis peramah jadi agak susah nak buat kawan. Pastu nak pergi training hockey, malas sebab aku duduk jauh sangat... kat Tg Ipoh so arahan mem sekali lagi terpaksa di patuhi. No sport tapi aku pergi juga, Tak adalah masuk hoki tapi wakil rumah dalam track and field adalah juga.

Di sebabkan darah hoki mengalir kuat dalam badan ni, masa kat Uitm pun aku main lagi. Tapi tak adalah mewakili Uitm hanya wakil School of Math and Science aja. Itu pun cukup lah... Itu lah kali terakhir aku main hoki.

La ni kayu hoki pun tak ada kat rumah aku. None of my kids are into hockey. Takut nanti kena bola hoki yang keras tu..ish..ish..ish... ibu dia orang lagi tough dari dia orang...

Anyway, aku harap reunion untuk Sek Men SiRusa ni jadilah.. Rindu nak jumpa teman seperjuangan. Setengah dah ada cucu, dah ada menantu tapi aku masih gitu gitu...

Chiao...




Wednesday, July 25, 2012

Enak di Buai Mimpi

Hah! Hari ini aku bangun lambat. Bukan lambat bangun sahur tapi bangun lambat nak pergi kerja. Sejak bulan puasa ni, aku  kurang tidur. Pada hari Selasa hari tu, aku tidur adalah dalam 4 jam. Lepas sahur, aku tak tidur langsung. Leka buat kerja rumah. Jadi  aku rasa mengantuk lah sangat pagi ini.


Di sebabkan tidak boleh buka mata, Selepas subuh, aku pun baring semula. Seperti biasa, aku set phone aku pukul 7.20am dan aku juga pesan pada suami aku supaya call aku. Aku pun tanpa melengah masa baring semula dan agaknya tak sampai lima minit aku pun sampai lah ke dunia lalalala.... 


Syok betul aku bermimpi. Aku mimpi aku berada di kampung. Mak aku ada, mak lang aku, sepupu aku ada, beberapa orang anak buah aku dan juga anak aku. 


Masa mimpi tu mula, aku sedang berehat di rumah mak aku bila sepupu aku datang berlari 


"Dia nak datang dah! Dia nak datang!," katanya tercungap-cungap.


Aku bingung. Siapa yang nak datang? Kenapa takut? Aku pun buat tak tahu ajalah dan terus berbaring. Tiba-tiba mak aku meluru pada ku, "Cepat, cepat lari." sambil menarik tangan ku.


"Eh! Mak kenapa?"
"Cepat. Tak ada masa ni," jawabnya  cemas.
"Nanti! nanti!  Nak kecutkan Aqi dulu," jawab ku sambil masuk semula ke bilik dan menarik anak aku keluar.


Tiba-tiba muncul orang yang di geruni. Muka dia nampak bukan macam muka melayu tulin. Semua orang berhenti dan berkumpul  di laman rumah mak Ngah aku sambil memandang si Gerun dan kuncu-kuncunya yang menaiki motosikal. 


Tiada siapa yang berani bertanya. Aku padang mak dan makcik-makcik aku (dia orang nampak muda masa tu). Mereka kaku dan mata tak berkelip-kelip memandang si Gerun. Muka mereka pucat. Aku biasalah konon nak jadi hero.


"Hey!" panggil aku yang tak sabar nak tahu kenapa semua orang takut. Si Gerun pandang aku.


 "Apa kau nak?" tanya aku sambil berjalan ke depan.  
Si Gerun ketawa besar. "Kau masih tak tahu apa aku nak?"


Aku diam sebab aku memang tak tahu. Aku pandang semua keliling ku. Senyap. Semua tunduk. Mereka nampak  takut dan gelisah.


"Kau semua akan aku bunuh."


Aku terperanjat. Aku pegang erat-erat anakku. "Kenapa?" 


"Sebab kau semua telah melanggar arahan aku. " Si Gerun ketawa dan terus beredar dan bila aku pusing semua telah menghilang diri. 


Tiba-tiba dalam mimpi itu, aku berada di dalam rumah, menyorok. Si Gerun datang membawa pisau dan parang. Dia masih tidak dapat membunuh sesiapa. Dia geram dan berjalan mencari mangsa. 


Dia berjalan dan berhenti hampir dengan tempat ku. Aku senyap dan tak bergerak langsung. Lama dia berdiri di situ dan tidak nampak aku. Mahu sahaja aku sergah dia tapi belum sempat aku buat, aku tersedar. 


Aku pandang tingkap di luar sudah cerah tapi aku masih tidak bangun. Yalah phone aku tak berbunyi lagi. Aku lelapkan mata semula dan bila aku terjaga hari dah betul betul cerah.


Cepat-cepat aku bangun dan terus menerpa ke arah phone aku. "Alamak! Dah pukul 7.47am," jerit ku. Cepat-cepat aku ke bilik sebelah. Di atas katil, anak aku masih sedap memelok bantal nya.  


"Eh, Bangun! Bangun! Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan tubuhnya.


Anakku terjaga dan bila melihat hari sudah cerah di luar dia bergegas hendak pergi mandi. Dia menoleh ke arah jam, dan langkah dia terhenti. Dia naik semula ke atas katil dan tidur.


"Kenapa tak mandi ni. Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan dia. 


"Tak nak. Dah lewat. Cikgu marah datang lambat. Aqi tak nak kena marah"


Aku terdiam dan masuk semula ke dalam bilik ku. Aku ambil phone aku dan periksa kenapalah dia  tak berbunyi. Aku menepuk dahi. Aku telah setkan phone aku pada 'Silent Mode.' Patutlah!!!


Hehehe...Salah siapa kat sini bila anak aku tak ke sekolah? Anak ku? Phone tak berbunyi atau ibunya yang enak di buai mimpi?







Friday, January 14, 2011

Berani anak-anak sekarang!

Huh! Lama betul aku tak update blog ni. Bukan apa, aku agak sibuk sikit akhir-akhir ni. Apa taknya, aku pindah rumah dan juga sibuk dengan persiapan budak-budak sekolah. Lagi pun, Disember kan mood cuti, jadi otak aku pun slow sikitla.


Tahun ini, anak ketiga aku masuk darjah satu, Dia relax aja. Tak ada takutnya. Pada hari pendaftaran dan orientasi, anak akulah yang tak ready. Rambut panjang, pergi masuk kelas dengan bawa 2 batang pencil, 1 pemadam dan pembaris dan sekotak pensil warna. Tak ada bekas pensel.  Ini semua gara-gara pindah rumah seminggu sebelum sekolah mula. Semua barang dalam kotak. Nasib baiklah anak aku kaki lepak, tak kisah. Masuk dia dalam kelas, jawab soalan dan happy keluar. Tak takut. Aku tak adalah tunggu dia di tepi kelas. Aku sibuk dengar taklimat untuk ibu bapa.


Masa hari pertama, aku risau juga. Abang dia pergi tengok dia masa rehat. Pandai dia. Tak ada maasalah. Budak zaman sekarang ni memang tak takut. Kalau dulu, ramai ibu bapa yang duduk kat sekolah, duduk tepi tingkap tunggu anak, ramai budak-budak yang menangis takut tapi sekarang ni sikit sangat bilangan yang macam tu. Masing-masing dah sekurang-kurangnya dua tahun di taska. Tak jadi masaalah untuk anak-anak ini berinteraksi dan mencari kawan. Jauh bezanya sosial skill mereka kalau dibandingkan sepuluh tahun lalu.Budak-budak sekarang ini pun lagi advance daripada setengah-setengah kita ini. Dengan pendedahan pada internet, komputer dan tv, pemikiran mereka lebih matang. Tak macam zaman aku dulu. Apa yang ada hanya radio. TV tak ada.


Tetapi dengan pendedahan pada internet dan tv ini, kalau tidak di pantau akan boleh membawa masaalah sosial pada anak-anak kita. Sebagai ibu, rajin-rajinlah pantau penggunaan internet anak-anak kita.


Okaylah, sebelum aku lupa aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru. Apa azam tahun baru anda? Sharelah.