Friday, July 27, 2012

Patutkah aku balik awal?

Sejak bulan puasa ni aku raasa seronok. Bukan sebab dapat makan banyak tapi sebab dapat balik awal. Selalunya bila dah malam baru aku sampai rumah, jadi bila nampak hari cerah, dengan sinaran matahari petang, aku rasa tenang.


Agaknya bila balik malam, fikiran yang memang dah memang serabut tu, jadi tepu. Tak boleh berfikir sebab gelap. Tapi bila balik awal, aku rasa kepala aku lapang. Tak berat. Ada satu masa, sinaran matahari itu membuat aku terkenang zaman aku belajar kat US.


Ialah masa tu musim sejuk. Lepas kelas dalam tengahari. Di luar sejuk bukan main. Badan di selubungi baju tebal, dan kereta pun terpaksa dipanaskan. Heh! Kadang-kadang bila angin bertiup, sejuk dia sampai ke tulang. Masa tu tak tunggu dah kereta panas ke tak. Terus masuk. Punggungpun bekulah.


Dalam sejuk-sejuk , bila mendapat sinaran matahari tu, rasa best sangat. Tapi yang membuat aku teringat waktu aku di Eau Claire, Wisconsin, ialah perjalanan balik dari kampus ke rumah. Aku tak pandu. Yang memandu, kawan serumah aku. Faridah. Dah arwah dia ni.


Dalam dia sebuk mengawal kereta, aku sibuk memandang keluar. Pantulan sinaran matahari ke atas salji tu berkilau dan menyakitkan mata. Apa lagi bergaya dengan cermin mata hitam lah. Bukan saja sinaran tu membuat suasana suram tu macam ceria, tapi ia juga memanaskan badan sedikit.


Jadi bila aku balik pada hari Rabu hari tu, langit biru. Awan tiada dan sinaran matahari yang tak berapa kuat memanah ke dalam kereta aku. Aku rasa hari Rabu hari tu cerah dan menenangkan fikiran aku. Aku rasa seolah-olah semua bebanan aku hilang dan aku rasa lega.


Apakah ini petanda yang aku kena balik awal selepas habis bulan puasa? Mungkin, tapi aku kena masuk awal pagilah. Macam ada satu bos kat ofis aku tu. Dia masuk dalam pukul 7.30am dan 5.30pm dia dah balik. Huh ada Work Life Balance. Tapi aku tidak. Kerja, kerja, kerja... no life. Kalau boleh hujung minggu pun nak suruh buat kerja. Tapi aku tak buat dah macam tu dah.


Hujung minggu aku sekarang ni untuk diriku, anak-anak ku dan keluargaku. Biarlah kerja melambak menunggu, aku tak kisah. Yang penting keluarga ku. Mereka lagi penting. Betul tak?

Wednesday, July 25, 2012

Enak di Buai Mimpi

Hah! Hari ini aku bangun lambat. Bukan lambat bangun sahur tapi bangun lambat nak pergi kerja. Sejak bulan puasa ni, aku  kurang tidur. Pada hari Selasa hari tu, aku tidur adalah dalam 4 jam. Lepas sahur, aku tak tidur langsung. Leka buat kerja rumah. Jadi  aku rasa mengantuk lah sangat pagi ini.


Di sebabkan tidak boleh buka mata, Selepas subuh, aku pun baring semula. Seperti biasa, aku set phone aku pukul 7.20am dan aku juga pesan pada suami aku supaya call aku. Aku pun tanpa melengah masa baring semula dan agaknya tak sampai lima minit aku pun sampai lah ke dunia lalalala.... 


Syok betul aku bermimpi. Aku mimpi aku berada di kampung. Mak aku ada, mak lang aku, sepupu aku ada, beberapa orang anak buah aku dan juga anak aku. 


Masa mimpi tu mula, aku sedang berehat di rumah mak aku bila sepupu aku datang berlari 


"Dia nak datang dah! Dia nak datang!," katanya tercungap-cungap.


Aku bingung. Siapa yang nak datang? Kenapa takut? Aku pun buat tak tahu ajalah dan terus berbaring. Tiba-tiba mak aku meluru pada ku, "Cepat, cepat lari." sambil menarik tangan ku.


"Eh! Mak kenapa?"
"Cepat. Tak ada masa ni," jawabnya  cemas.
"Nanti! nanti!  Nak kecutkan Aqi dulu," jawab ku sambil masuk semula ke bilik dan menarik anak aku keluar.


Tiba-tiba muncul orang yang di geruni. Muka dia nampak bukan macam muka melayu tulin. Semua orang berhenti dan berkumpul  di laman rumah mak Ngah aku sambil memandang si Gerun dan kuncu-kuncunya yang menaiki motosikal. 


Tiada siapa yang berani bertanya. Aku padang mak dan makcik-makcik aku (dia orang nampak muda masa tu). Mereka kaku dan mata tak berkelip-kelip memandang si Gerun. Muka mereka pucat. Aku biasalah konon nak jadi hero.


"Hey!" panggil aku yang tak sabar nak tahu kenapa semua orang takut. Si Gerun pandang aku.


 "Apa kau nak?" tanya aku sambil berjalan ke depan.  
Si Gerun ketawa besar. "Kau masih tak tahu apa aku nak?"


Aku diam sebab aku memang tak tahu. Aku pandang semua keliling ku. Senyap. Semua tunduk. Mereka nampak  takut dan gelisah.


"Kau semua akan aku bunuh."


Aku terperanjat. Aku pegang erat-erat anakku. "Kenapa?" 


"Sebab kau semua telah melanggar arahan aku. " Si Gerun ketawa dan terus beredar dan bila aku pusing semua telah menghilang diri. 


Tiba-tiba dalam mimpi itu, aku berada di dalam rumah, menyorok. Si Gerun datang membawa pisau dan parang. Dia masih tidak dapat membunuh sesiapa. Dia geram dan berjalan mencari mangsa. 


Dia berjalan dan berhenti hampir dengan tempat ku. Aku senyap dan tak bergerak langsung. Lama dia berdiri di situ dan tidak nampak aku. Mahu sahaja aku sergah dia tapi belum sempat aku buat, aku tersedar. 


Aku pandang tingkap di luar sudah cerah tapi aku masih tidak bangun. Yalah phone aku tak berbunyi lagi. Aku lelapkan mata semula dan bila aku terjaga hari dah betul betul cerah.


Cepat-cepat aku bangun dan terus menerpa ke arah phone aku. "Alamak! Dah pukul 7.47am," jerit ku. Cepat-cepat aku ke bilik sebelah. Di atas katil, anak aku masih sedap memelok bantal nya.  


"Eh, Bangun! Bangun! Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan tubuhnya.


Anakku terjaga dan bila melihat hari sudah cerah di luar dia bergegas hendak pergi mandi. Dia menoleh ke arah jam, dan langkah dia terhenti. Dia naik semula ke atas katil dan tidur.


"Kenapa tak mandi ni. Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan dia. 


"Tak nak. Dah lewat. Cikgu marah datang lambat. Aqi tak nak kena marah"


Aku terdiam dan masuk semula ke dalam bilik ku. Aku ambil phone aku dan periksa kenapalah dia  tak berbunyi. Aku menepuk dahi. Aku telah setkan phone aku pada 'Silent Mode.' Patutlah!!!


Hehehe...Salah siapa kat sini bila anak aku tak ke sekolah? Anak ku? Phone tak berbunyi atau ibunya yang enak di buai mimpi?







Tuesday, July 24, 2012

Bertemu kembali..

Oh! Setelah sekiam lama menyepi diri, aku kembali semula ke blog ini. Bukan aku lupakan mu wahai blog, tapi kerja aku yang berlambak-lambak membuat aku tak kesempatan nak mengupdate blog ku ini.


Tapi hari ini aku ada masa. Aku tak keluar makan. Maklumlah bulan puasa maka duduklah dalam pejabat buat kerja. Nanti boleh balik cepat. Betul tak?


Hari ini pun aku rasa aku rasa lega sikit. Setelah menyimpan perasaan geram, marah, sedih dan segala-gala perasaan negatif, tiba-tiba aku rasa lega, tak perlu memeningkan kepala aku memikir benda-benda duniawi ini. Baik aku banyakkah amalan ibadah aku terutama di dalam bulan yang maha suci ini, bulan Ramadan.


Eh! Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa aku marah, sedih dan sebagainya. Sebenarnya, aku marah sebab setelah lama bertungkus lumus, berkorban, aku di pinggirkan. Ada seorang dalam pejabat aku yang telah membantah pencalonan aku untuk naik pangkat. Kenapa ada manusia seperti itu? Aku tak tahu. Dengki? Mungkin.


Tapi aku redha. Prinsip aku senang. Setiap perbuatan ada balasanya. Kalau baik dapat baiklah, kalau tak baik, hanya Allah yang tahu balasannya. Bak kata orang, roda itu bulat. Kita tak selalu berada di atas. Satu masa kita akan kebawah juga. Biarlah dia gembira dengan apa yang dia buat.


Di sebabkan peristiwa ini, aku akan melebihkan fokus pada keluarga dan kesihatan aku. Yalah aku bukan nya muda lagi. Tambahan sejak balik dari menunaikan fardu Haji, aku tak berapa sihat. Baik aku fokus menyihatkan diri ku ini. Lagi baik. Betul tak?


Okaylah...aku taknak bercoloteh panjang. Cukuplah kat sini. Nanti kita jumpa lagi.