Thursday, December 26, 2013

Sakit Tapi Gembira...

Whoa.... ternganga aku...hari ini aku baru tahu betapa mahalnya ubat yang aku ambil.  Selama ini aku tak kesah sebab company yang bayar. Bila sendiri kena bayar baru sibuk nak tau berapa harga sebiji.

Mula-mula aku ingat tak nak tanya, tapi bila budak yang dispense tu cakap jumlah dalam seribu lebih, ternganga aku.  Satu biji ubat harga RM6 dan aku punya supply adalah sebanyak 180 biji. Kau orang kira lah sendiri... itu baru satu ubat. Yang lagi satu harga RM5 satu biji.  Parah...parah....parah kalau tiap-tiap bulan kena macam ni.

Walaubagaimana pun, aku berharap aku akan dapat kurangkan bergantung pada ubat-ubat ini yang generally are pain killers. Baru-baru ini aku cubalah tak nak makan ubat-ubat ni, hari pertama okay. Hari kedua dah mula rasa sakit belakang dan kaki. Sampai hari ketiga terus KO.

Walaupun KO, aku tak makan ubat. Aku sapu aja BioFreeze tu kat tempat yang sakit-sakit tu... ada kurangnya, tapi hari ini aku surrender. Terpaksa pergi cari ubat. Makan aja ubat tu, tak sampai satu jam, everything back as normal. Sakit sikit-sikit aja... Alhamdulillah ada kurangnya.

Masa aku baring bagi belakang aku lurus, Amir datang tunjuk video yang dia ambil. Zaki and Zara sebagai pelakon. Ada beberapa video yang dia ambil tapi yang menggelikan hati aku ialah yang Zaki jadi kucing dan juga Zaki berada di dalam dunia kucing. Haha... kucing aku, si kitty gedik pun berlakon..


Memandangkan dia orang tak kemana dan gembira yang ibu dia orang ada di rumah, jadi akitivit minggu ni banyak berlakon. Siap dengan story line lagi untuk Amir mengarah video tu. Siap dia suruh aku fikir satu cerita pendek untuk dia, Zaki dan Zara lakonkan... Eh..eh..eh.... dia dah lupa RC Plane dia tersadai lagi tu... tak siap... ini pula nak buat video... Tak apa lah kan... biar otak dia berkembang... technical ke, seni ke doesn't matter.  As long as he used his brain and creativity in the right way....

Wednesday, December 25, 2013

Hi-Tea di Majestic Hotel

Semalam aku pergi hi-tea kat Majestic Hotel dengan mak dan adik-adik aku. Adik aku yang bongsu tak join sebab dia kerja. Memandangkan anak-anak aku dah lama tak jumpa Wan Motor dia, aku bawalah dia orang sekali. Teruja dia orang.

Maklumlah dah lama aku tak bawa dia orang ke tempat macam ni. Aku tak tahu bila last kali aku bawa dia orang pergi makan kat hotel, but it was sometimes this year.

Nama aja aku kerja kat KL, tapi kalau suruh merayau kat KL tu jangan haraplah aku tahu. Aku tahu pergi KL Sentral, Mid Valley, Bangsar, KLCC and Ampang. Lain tempat minta maaf. So nak pergi ke Hotel Majestic ni pun aku terpaksa pergi rumah adik aku dan ikut dia dari belakang.

Bukan aku tak pernah dengar hotel ni. Banyak kali iklan dia keluar dalam radio, tapi sebab aku tak ada rasa nak pergi ke situ, jadi aku buat tak tahu.  Memandangkan aku tak tahu lokasinya, maka aku berjanji dengan adik aku untuk jumpa dia di rumah dia. Sebelum itu, aku pergi ke KL Sentral dulu. Aku pergi ambil iPhone 5s yang aku order dulu dari Roslinda. Sempat berbual dulu lah dengan dia sebelum aku ke Pantai Hill Park.

Sampai kat Pantai Hill Park, aku tak masuk. Aku call adik aku kata aku tunggu tepi jalan dan ikut dia dari situ. Leceh nak masuk situ. Kena lalu guard house dia. Actually from Pantai Hill Park to Majestic Hotel, it was not that far. It was about less than 10 minutes. Mungkin sebab kereta tak banyak. Sampai sana terus masuk basement parking.

Maka bermulalah episod keterujaan anak-anak aku dan termasuklah ibunya sekali. Mula-mula anak aku nama orang kerdil yang berdiri kat depan pintu tu. Pakaian dia macam zaman british dulu. Seluar pendek, stoking tinggi dan topi macam mandur tu.

Lepas tu bila pergi ke tempat minum, kami melalui satu bilik yang penuh dengan bunga orkid. Memang cantik. Siap kami dok cakap, kalau masuk bilik ni mak mesti sibuk tengok bunga aja. Memandangkan tempat tu dah penuh, tak da chan lah dapat masuk situ. Siap lagi janji, next time....

Memandangkan tempat dah banyak penuh, kami di bawa ke bilik yang di kenali sebagai Drawing Room. Memang cantik bilik tu. So cozy.  Memandangkan kami ada lapan orang, kami bahagi kepada dua group. Adults and Kids group. Satu meja untuk kami dan satu meja untuk budak budak,tapi aku pastikan dekat dengan kamilah. Senang nak pantau. Charges dia pula RM48 for one stand dan dalam satu stand berbagai bagai kuih lah.

Kami order 5 teh dan 3 hot chocolate for the kids. Dan untuk makanan tiga. Bukan itu saja makanan yang di hidangkan, ada juga makanan yang di panaskan seperti Quiche, cheese ball. Ingatkan itu saja tapi ada red velvet cake and pai tee juga. Sampai adik aku tanya, "Ada lagi ke?" Sebabnya masing masing dah kenyang.



Dalam kenyang kenyang, banyak juga makanan yang habis. Apa taknya, sambil berborak sambil makan. Tak cukup air teh, order pula kopi. Sampai malam aku tak makan dek kekenyangan. Tapi lain pula ceritanya dengan  Zaki dan Zara. Mereka tak kenyang. Dia orang tak berapa suka makanan itu. Kek aja yang dia orang makan. Makanan yang tak habis tu pihak hotel telah berbaik hati dan tolong pack kan untuk kami bawa balik.

Berborak sakan kami. Ialah bukan selalu aku jumpa mak aku. Borak punya borak, akhirnya hari hujan. Hendak tak hendak kenalah balik. Lagi pun hari dah petang.  Lagi pun hari ini mak aku dan adik aku Zura dan Arda  pergi bercuti ke Sabah. Berjalan saja Mam tu. Biar lah asalkan dia bahagia.

Ini sebahagian gambar gambar yang aku ambil di dalam Drawing Room di Majestic Hotel.

Monday, December 23, 2013

Nak Kahwin Cepat

Hari ini beberapa kali aku gelak sebab Zaki. Nak kata dia kelakar, tak juga tapi dia ni little bit cheeky. Umur dia baru sembilan tahun tapi sejak umur tujuh tahun dah pasang cita cita. Cita-cita apa? Nantilah aku cerita sebentar lagi.

Dia ini selalu confident. Totally different than Amir yang kurang yakin dengan diri sendiri. Mungkin bukan kurang yakin, tapi pemalu. Terlampau pemalu. Sampai bila nak jadi pemalu, aku tak tahu.

 Aku ambil dua orang tutor untuk ajar anak-anak aku, dan kedua-dua perempuan. Muda lagi lah dalam lingkungan 21 tahun. Sepanjang Amir belajar, dia tak akan pandang muka tutor dia. Tunduk aja. Sanggup paksa aku duduk dekat meja tu sekali. Bukan dia seorang kat situ ada Zaki dan Zara juga. Tapi tak selesa katanya.  Tapi jangan pulak budak ZZ berdua ni memang tak segan lah, especially Zara. Aku harap Amir dapat lah menyesuaikan diri dengan Kak Nad dan Kak Azah dia.

Kalau si Amir pemalu, si Zaki ini pula mat confident. Bila belajar dia confident aja betul, tapi bila tengok, hmmm banyak yang salah. Nak cepat siap aja. Bila tanya macam mana belajar, jawab dia ..."Basic aja." Cita-cita dia tinggi tapi biarlah jadi rahsia kami aja. Insya Allah, dia akan berjaya mencapai cita-cita dia.

Tadi petang, masa balik dari keluar beli barang, aku dan Encik Suami bercerita pasal majlis perkahwinan. "Huh! Lama lagi anak kita nak kahwin kan? " Aku cakap pada En Suami. Seperti biasa tak ada ya, huh atau any response from him. Hanya dengar aja...

Aku pun mula lah mengira bila agaknya boleh terima menantu. Paling cepat dalam enam tahun. Itu pun, kalau si abang yang sulong ada partner. Dia pun pemalu, tapi tak lah seteruk Amir. Kawan perempuan kat universiti tu adalah kurang dari 10 orang walaupun dah dekat dua tahun di UNITEN tu.

Risau juga aku bila tak ada kawan perempuan ni. Zaman sekarang ni tak boleh percaya. Bila aku tanya kenapa tak ada kawan perempuan, dia jawab leceh. Kena bawa keluar lah, beli bunga lah, belanja makan lah dan adalah lagi yang di sebut nya. Baik simpan duit untuk diri sendiri katanya. Terkedu aku kejap.

Selepas Syafiq, aku membebel pula bila agaknya Amir kahwin. Aku target lagi 13 tahun. Senyap aja Amir. Tak komen. Mungkin buat buat tak dengar apa yang aku cakap. Kemudian aku cakap lagi yang Zaki mungkin dalam 17 tahun lagi. Ia lah aku anggap yang dia orang akan habis belajar dan kerja dulu baru kahwin. So dalam 25 ke 28 tu just a nice age to get married for man lah...

Tapi Zaki telah menyampuk.  "Aki kahwin umur 21 tahun."
"Hah? 21 tahun," tanya aku.
"A'ah.. lambat lambat leceh. Aki nak kahwin cepat."

Terkedu aku sekejap dan begitu juga Encik Suami. Dalam hati aku cakap kena habis belajar dulu nak ooiiii. Kalau tak nak bagi anak orang makan apa.

Actually ini bukan pertama kali dia cakap dia nak kahwin muda. Last year pun dia ada cakap macam tu. Risau aku bila dia tanam semangat macam ni. Kecil kecil dah pandai minat perempuan. Jika dua abang di atas dia tak pernah cerita pasal perempuan, si Zaki ni selalu cerita pasal budak budak perempuan dalam kelas dia. Ada yang di minatinya, tapi aku buat buat tak dengar la. Kalau di layan lagi menjadi dia.. Better not to encourage him yet.

Haish.... adakah Zaki akan kahwin dulu dari Syafiq dan Amir? Marilah kita tengok dalam sepuluh tahun lagi. Syafiq, Amir atau Zaki?




Thursday, December 19, 2013

Hari Pertama Dah Pening

Hari ini hari pertama bergelar pesara... Baru setengah hari duduk rumah dah pening kepala dengan kerenah anak anak aku, especially si Zaara. Ada aja yang tak kena dan yang dia nak. Agaknya dia nak balas dendam kot.

Pagi lagi dia dah masuk bilik aku, Siap tanya hari ini kita nak buat apa, nak pergi mana dan macam macam lagi. Aku jawab, "Nak duduk rumah. Ibu penat."

Dia tak puas hati. Siap ambil kertas tulis akitiviti akitiviti yang dia nak buat. Last sekali duduk rumah. Tak kemana. Keluar pun kejap beli aiskrim kat MacDonald.

Si Zaki dan Amir pun bising. Cuti sekolah dah nak habis, kita tak pergi mana mana pun. Jom lah kita keluar. "Kita pergi main bowling nak?" saran Amir. Aku diam sebab aku tahu memang tak lepas lah nak keluar ke shopping mall atau ke mana mana. Menteri Dalam Negeri akan menggunakan vetonya.

Satu hari ini aku tengok memang kesian budak budak tu. Penat tengok tv, keluar main dengan kucing, penat main kucing, tengok tv balik. Tak pun naik atas main PS3 sekejap. Pastu turun balik tengok tv. Aku yang tengok dia orang pun pening. Restless.

Nak ke padang petang tadi tak boleh. Hari gelap dan hujan.  Kalau tak boleh lah dia orang main bola ke atau main whatever to release their energy. Ini tidak. Terperap dalam rumah. Last sekali tengok drama kat TV3. Kalau macam ni aku pun boleh terjerat tengok tv. Oh No... I need to do something to avoid watching all these dramas.

Sesungguhnya, baru sehari aku dah mula rasa bosan duduk rumah. Bosan sebab mungkin aku hari ini betul betul lepak. Tak buat apa. Yang best aku rasa dapat tidur petang. Lama tak rasa nikmat tu... tapi tak boleh di amalkan.

Aku juga kena mula start my plan for my project. Idea dah melimpah ruah, dah buat mind mapping tinggal nak convert to proposal aja. Yang ini aku ada malas sikit. Sebabnya aku tak tahu macam mana nak tulis. Susah.. Kena minta Ami atau Bang Ngah tolong bagi idea macam mana nak buat ni.

Doa doakan lah aku berjaya menyiapkan proposal aku dan dapat mereliasasikan impian aku. Doakan aku tak bosan duduk rumah dan doakan aku rajin nak update resume aku yang dah lama tak di update. Oh my memories... can I remember what I have done in 17 years?

Okaylah
... chao dulu..


Monday, December 16, 2013

Selepas 34 tahun....

Hari ini aku ada mini reunion. Reunion dengan kawan yang dah lama tak jumpa. Last time kita orang jumpa ialah pada tahun 1979 iaitu 34 tahun dulu, di mana masing-masing masih lagi sweet 17 dan kurus.

Puziah or Jee kawan satu kelas aku. Orang eh, kurus tinggi dan senyum selalu. Salah seorang yang masih ingat akan nama gelaran glamour ku. So, nama tu hanya boleh di panggil bila orang tak ada. Seorang lagi yang masih ingat nama glamor ku, Wati. Tapi hari ini dia tak ada. Next gathering, nak ajak dia tapi kena pergi Seremban lah jawab nya...

Seorang lagi yang ada sama tadi ialah Rohana atau Ana. Ini kawan satu bas, Kami travel sama-sama dari Kuala Pilah ke Seremban. Kami selalu kena tinggal dengan bas yang membuat kami selalu kena tahan dengan pengawas. Tapi Allah maha kaya, abang aku dapat kerja kat Seremban and dialah yang membawa aku ke sekolah hari-hari.

Untuk pengetahuan semua, Jee dan Ana ini pelajar terpilih. Dia orang ni pelajar luar bandar yang pandai-pandai dan ditempatkan di Sekolah Menengah King George V, Seremban or KGV. The students are known as Georgian. Jee duduk asrama puteri sedang Ana, dia berulang alik dari rumahnya ke Seremban.

Aku pula, pelajar baru dari PD High School. Memasukki KGV masa aku di tingkatan lima dan aku bersyukur kerana berjumpa dengan dia orang yang tua satu tahun dari aku. Kira kakak lah kan, tapi untuk tak nak nampak tua, panggil nama aja. Dia orang terima aku masuk kumpulan mereka.

 Heh....34 tahun kemudian, masing-masing dah memasukki lima series dan badan pun dah berubah tapi gila-gila masih macam dulu. Sebenarnya ni boleh consider impromptu gathering. Hari Jumaat duduk balas-balas comment kat FB dan kemudian beralih ke Whatsapp dan hari ini terus berjumpa di Bangi. Ceh wah,,, senang buat perancangan kan...

Banyaklah cerita keluar. Lepas satu nama satu nama keluar. Setengah aku kenal, setengah tidak. Apa taknya aku bukan nya famous pun masa sekolah. Aku kenal gitu-gitu aja some of the name, tapi seronok dengar cerita pasal mereka dulu-dulu. Si Ana yang paling banyak cerita. Memang dari dulu lagi aku suka dengar dia bercoloteh. Kalau dia diam memang payah lah aku nak ngam dengan dia sebab aku ni pun pendiam juga. Lambat nak warmup....

Masa kat Bangi tadi, dia orang sesat lah. Sepatutnya jumpa kat parking lot Mc Donald tapi boleh lah terbabas sampai ke Giant. Nasib baik lah rumah aku tak jauh dari situ. From Giant aku bawa dia orang makan kat PappaRich. Sejam lebih kami kat PappaRich sebelum bergerak ke rumah aku.

Hehe....one common thing that we have, semua sakit lutut. Baik yang kurus mau pun yang gemuk. Lepas tu dok pakat nak sama-sama kayuh basikal petang-petang. Kata Ana eh, "Buek sorang sorang tak best. Ada kawan baru semangat."

Aku sengih dan Jee jawab. "Buek eh den update kata kayuh basikal tapi sobonar duduk tengok tv. Macam mana?"   Yang pasti tiada jawapan. Plan untuk kayuh basikal itu amat lah bagus. Mana tau boleh hilang sakit lutut dan turun berat badan...

Dia orang tak lama kat rumah aku. Pukul dua lebih, dia orang dah gerak nak balik ke Subang Jaya and Kelang. Memandang mereka tak tahu jalan, aku bawa dia orang halfway sehingga ke Silk Highway. From there they know how to reach their destination.

Ana, Jee thanks for coming to Bangi. It was a pleasure to have both of you to my humble abode. Hope to see you again and you are always welcome to my house. Y
up...Till we meet again...

Salam.








Friday, December 13, 2013

Kesian nya Dia...

Aku kesian betul dengan siDia tu. Cukuplah aku panggil dia sebagai siDia. Mungkin setengah orang
akan kenal siapa dia sebab tak susah nak tahu siapa orangnya.

Aku kesian tengok tak ada siapa pun yang bagi farewell kat dia. Bila petang tadi aku dapat dua invitation, satu untuk aku dan satu lagi untuk kawan aku, aku rasa tak sedap hati. Lalu aku bertanya pada sidekick aku, "Bila nak belanja si Dia lunch?"

Lepas tu baru lah masing masing sibuk berdiskusi bila nak bawa si Dia lunch. Ada yang kata dah bagi hari tu, Aku jawab balik, itu bukan kah department meeting cum lunch? Akhirnya masing-masing setuju untuk bawa dia makan.

Aku juga cakap kat depa, si Dia last day hari Isnin, tapi hari Isnin dia orang nak bawa aku makan. Aku kata kat dia orang, bagi lah slot aku. Aku tak kisah... tapi dalam hati mau tak kisah..

Maka si mata biru pun teruslah  call si Dia untuk confirmkan samada dia available tak Isnin nanti. Member jawab ok, so setlah lunch dengan si Dia hari Isnin nanti.

So untuk aku bila pula?...... ada someone bagi brilliant idea... kita buat makan-makan sambil karaoke. Ah....plan nak berkaraoke ni dah lama tapi masing-masing sibuk maka tak berkesempatan nak pergi. Jadi Isnin petang tu, kalau jadilah pergi kami akan ke Red Box untuk makan-makan cum menyanyi.

Hah... aku bukan pandai pun menyanyi. Merosakkan lagu adalah tapi memandang ini mungkin kali terakhir kami berkumpul maka aku turutkan. Lagu apa nak nyanyi aaa?

Berbalik pada si Dia, dia ni sebenarnya baik orangnya. Tegas dan tak suka kerja cincai bocai.  Ramai orang tak suka dia sebab ketegasan dia. Aku mula-mula dulu bengang juga dengan dia tapi dah empat tahun bersama, jadi tahu lah aku macam mana nak handle dia.

Pernah dua tahun yang sudah, dia jerit kat aku sebab proses tak betul. Satu floor dengar tapi aku sengih aja sebab benda baru. Macamano nak buek. Tak ada siapa yang tahu macam mana nak handle exception to the process. Bila ditanya no response so tak ada lah aku buat. Lagi pun dia stress masa tu..berlambak-lambak masalah kat meja dia tu.

Tapi dia datang minta maaf kat aku lepas tu. Aku ni jauh lebih tua dari dia dan dia juga tahu aku ni macam walking library kat tempat aku tu. Semua orang kalau tak pasti pasal process ke, mesti datang cari tanya aku. Kadang-kadang rimas  aku sebab kena menjelaskan perkara yang sama berulang kali.

SiDia ni sebenarnya banyak backup staff dia. Orang tak tahu apa dia dah buat untuk tolong staff dia. Macam mana dia fight untuk kepentingan staff dia. Aku tahu sebab aku work closely with him on some of the mattes. Jarang aku jumpa boss macam ni.

Setengah boss huha huha dengan staff tapi bila sampai kepentingan staff, buat-buat tak tahu. Lepaskan tempolok sendiri. Tapi boss macam ni lah menjadi kesukaan staff-staff sebab boleh bergurau senda tapi hakikatnya, boss ni amat tak boleh di harapkan.

Apa-apa pun aku harap siDia akan terus berjaya dalam kerjayanya. Aku tahu dia banyak contact, jadi aku tahu dia pasti boleh dapat jawatan yang di idamkannya. Bagi aku, aku nak relax dulu.. Nak bermain dengan anak-anak dan menjadi fulltime housewife. Boleh ke ni, Zai? Insya Allah.....

Good Luck, boss... May our path cross again.




Wednesday, December 11, 2013

Apa nak buat.....


Hmmm... tak tahu apa nak buat. Nak kemas barang, rasa macam tak best.  Awal lagi. Tapi,,, memang tak ada benda nak buat. Tak datang tak boleh. Baru negotiate last day.. Insya allah 18hb Dec hari akhir aku kerja kat sini.

Hehe... nak handover pun tak ada benda nak handover. Aku dah ajar anak-anak buah aku buat kerja aku dari dulu lagi. Senang bila aku cuti dia orang tahu apa nak buat. Tapi kalau untuk buat decision tu masih dia orang tak boleh lah.

Jadi aku jadi naughty sikit. Semua decision making aku bagi pada colleague aku yang jaga Finance. Member bengang. Siap cakap "bagi semua lah to me." Aku gembira tepuk tangan tengok muka dia yang bengang tu.

Bukan aku tak nak bagi kat orang lain, tapi sebenar-benarnya dia yang layak. Nak bagi kat sorang lagi tu, memang tak ada kena mengena dengan finance.. so he is the best available candidate that I can handover my work to. Pandai-pandai lah dia how to manage this additional load.

Nak bagi kat boss, boss pun dapat surat tawaran. So team aku ni kehilangan dua boss. Boss besar a.k.a kucing and small boss a.k.a mak tikus. Aku suka panggil boss aku kucing sebab bila dia ada semua senyap macam tikus. Bila dia cuti, hiruk pikuk budak-budak ni. Siap buat potluck. Hishh... aku part buat potluck tak lah beberapa agree.

Bukan aku kaki bodek. Aku kenal kucing ni since 2008 masa buat outsourcing. Dia lead the project, aku jadi macai dia. Habis projek, aku masih tersangkut dengan dia. So aku basically kenal dia dah lama. Tu sebab aku tak kisah kalau nak 'dush dush' dia. Lagi pun aku lebih lama makan garam dari dia, baik dari segi kehidupan atau alam pekerjaan di sini.

Memandangkan aku ramai juga member kat sini, hari-hari ada aja orang nak belanja makan. Okaylah tu kan sebab bukan senang nak dapat orang belanja. Tapi aku tak nak lah makan belanja breakfast, lunch, tea and dinner. Tak larat. Aku limitkan to lunch aja. Kena jaga kesihatan...'

Okaylah.. merapu aku ni. Ni nak pergi lunch meeting. Department aku bagi farewell lunch..sambil meeting. Aku...haha..akan cakap no updates.



Monday, December 9, 2013

Hmmm.... tak tau nak letak tajuk apa


Susah betul...
Bila otak beku...
Hendak tulis....
Semua kaku....
Mood begini...
Sejak Sabtu...

Aissshhh...
Susah...
Kalau Mr. Mood lari...
Susah....
Kalau Vitamin M lebih....
Susah
Kalau Vitamin R hilang...
 
Jadi...
Apa aku kena buat...
Fikir... fikir...fikir...
Panggil Mr Mood?
Cari Vitamin R?
Atau...
Biarkan macam ini...

Ahhhhh...
Tak mahu aku...
Berterusan begini...
Aku kena usaha....
Usaha hingga semua...
Balik ke asalnya...

p/s hahaha.... tajuk pun tak boleh fikir... parah...parah...parah...

Tuesday, December 3, 2013

Jakarta...aku teringat mu...

Taken using my old Sony Ericsson phone
Hari ini tak tahu kenapa aku tiba-tiba  teringat kat Jakarta. Yalah, dah tujuh tahun aku tinggalkan
Jakarta setelah di hantar bertugas selama 8 bulan. Yup, aku balik bulan Disember tahun 2006. Masa aku balik tu, anak aku yang kecil dah berumar 11 bulan. Banyak aku miss perkembangan dia semasa baby.

Aku pergi Jakarta ketika anak aku yang bongsu berumur 3 bulan. Belum habis pantang dah masuk call nak aku cepat ke sana, tapi aku bertahan untuk sampai 3 bulan. Tak kan nak tinggalkan anak yang masih merah tu... Lagi pun, anak ketiga aku masa tu baru nak mencecah dua tahun. Sebak dada ni masa meninggalkan mereka.

Walaupun begitu, hampir setiap dua minggu aku balik. Kos sendiri. Lantaklah kalau duit habis. Yang penting aku dapat jumpa keluarga tersayang.

Sepanjang aku kat sana, aku tak lah merayau sangat. Bila ada member ajak baru aku pergi. Hotel aku duduk pun bukan kat tengah tengah Jakarta, tapi tak juga di pinggiran Jakarta. Ianya lebih dekat dengan kantor ku.

Mula2 aku duduk kat Crown Princess. Selama dua bulan aku duduk situ dan selama dua bulan aku makan breakfast kat hotel tu... Mula-mula excited lah. Lama-lama jemu. Akhir sekali aku minta tukar duduk Aston Hotel.

Dapatlah aku masak sebab dia macam service apartment. Dan apartment tu tiga bilik. Bilik ada tetamu dari Malaysia datang, riuh lah rumah aku, kalau tak sunyi. Masa tu aku rasa best juga sebab dapat lots of 'me time'. Tapi yang pasti tiap tiap malam aku call Malaysia. Melepaskan rindu pada anak2.

Kalau weekend aku tak balik, aku suka merayau kat Plaza Semanggi. Sambil cari makanan sambil melihat ada apa-apa yang menarik. Di sebabkan aku bukan kaki shopping, jadi Plaza Semanggi tu okay pada aku. Tapi kalau kaki shopping mesti tak puas dengan PS tu.

Kadang aku keluar juga dengan member Malaysia yang lain. Pergi Tanah Abang lah, Mangga 2, Blok M dan banyak tempat lagi. Tapi yang best, travel ke Bandung for day trip. Penat nak gila pergi shopping, tapi aku tak ada lah banyak membeli. Aku suka tengok permandangan sepanjang perjalanan ke Bandung. Sawah yang menghijau dan luas itu buat aku rasa fresh.

Selain dari Bandung, aku ada juga travel ke Surabaya. Tengok matahari terbit di atas puncak mana aku tak ingat. Sejuk gila. Kena pakai winter jacket. Pastu naik menggunakan kuda ke puncak gunung berapi menunggang kuda. Kesian aku kat kuda tu sebab berat bawa aku. Aku pergi sekerat  jalan sebab bau sulphur tu buat aku semput. Tapi aku suka traveling macam tu. 

Tempat lain tak berkesempatan nak pergi. Mana nak sempat kan sebab asyik balik KL aja. Mungkin lain kali aku boleh pergi Jogja, satu tempat memang aku nak pergi masa dulu tapi tak sempat. Tapi selama lapan bulan duduk di sana , aku tak pernah nak ke Bali. Tak tau kenapa. Mungkin aku kurang minat dengan pantai jadi tak lah aku berniat nak pergi sana.

Tujuh tahun meninggalkan Jakarta, rasa rindu nak ke sana, tapi tak sure bila lagi dapat melihat bandaraya yang sibuk itu. Mungkin satu hari dengan anak anak dan my dear hubby. In sya allah...