Sunday, January 12, 2014

Penat layan mereka....

Dah dekat dua minggu aku duduk rumah, aku masih lagi tak jumpa rentak untuk membuat kerja aku. Bukan kerja apa pun, some personal thing yang aku nak buat. Sebenarnya, kena buat.


Bukan aku tak cuba, tapi aku penat. Lagi penat rasanya kerja jadi fulltime housewife dari kerja kat ofis. Kat ofis macam mana sibuk pun, aku tak lah kena ganggu dengan rengekan rengekan dan suara-suara yang meminta macam-macam.

Tapi kat rumah, rengekan dan perminataan lah yang selalu bermain di tepi telinga ku. Kalau tak minta anything, dia orang akan sentiasa mengelilingi aku. Tak ada privasi. FB aku, twitter aku, instagram semua dia orang baca. Pastu iPad dan phone memang dengan dia orang lah.

Hish....rasa-rasanya, anak-anak aku memang melepas dendam dengan ketiadaan ibunya sejak mereka lahir. Pergi pagi dan malam pukul tujuh setengah atau lapan malam baru sampai rumah. Dapat mengadu, merengek dalam sejam dua sebelum tidur.

Sekarang ni, ada 24 jam untuk mereka membalas dendam.  Pagi hari masa aku di monopoli oleh Si Tuan Puteri dan Si Techie. Selain melayan kerenah mereka, masak dan berkemas tak boleh lari kan. Dah habis masak, dah siap bagi makan, kadang-kadang ada pula minta hantar ke sekolah. Oh.... jadi driver pula walaupun ini tidak ada dalam job description. Tapi sebab anak, layan aja lah kan. Kalau anak orang mungkin tak semua aku layan....

Kalau Si Techie dan Tuan Puteri waktu pagi, si Joker pula memonopoli waktu aku sebelah petang. Ini lagi haru... sebab dia seorang di rumah, ke mana aku duduk, di situ dia ada. Kadang-kadang nak baring pun tak boleh sebab dia akan mengacau.

Tak cukup si Joker, kadang-kadang si Pemuzik pun mengada-ngada minta tolong gosok baju. Aku hairan macam mana dia pergi kelas selama ini. Baju dia bergosok tak? Hmmm kena tanya dia ni.

Masa melayan berlarutan hinggalah pukul sebelas. Tapi aku masih ada tugasan sebelum aku boleh ada 'Me-Time'.... yup...aku kena susun buku si Tuan Puteri dan Si Joker.

Sebenarnya kalau buat kerja rumah dan masak tu, tidak lah penat sangat. Yang penat melayan kerenah anak-anak yang boleh membuat darah aku naik. Alhamdulillah, setakat ini darah aku masih okay dan aku harap kekal begitu.

Apabila aku dah dapat masa 'Me-Time' tu, otak dan badan aku dah tak look forward to me-time. Badan dan otak aku lebih suka menyahut panggilan sang katil. Tapi di sebabkan si hati kuat, maka si hati menghantar signal pada si otak memaksa si badan duduk di kerusi ini dan menghadap komputer.

Heh... memang aku pandang komputer, tapi si otak tak mahu kerjasama. Bila aku buka kerja aku, otak aku kosong... maka untuk mendapat idea, si tangan dengan pantas menekan mouse untuk buka facebook. Apa lagi, si mata yang tadi kuyu, tiba-tiba terbuka luas membaca komen-komen di fb.

Dari FB berjangkit ke twitter dan kemudian ke blog... sedar sedar dah pukul satu pagi. Kerja masih lagi kosong dan tak siap-siap lagi.. Hish... tak tahu lah sampai bila macam ni, tapi aku kena buat sesuatu untuk membolehkan aku menyiapkan kerja aku yang terbengkalai itu.

 Tetapi hari ini aku jumpa tempat yang aku enjoy buat kerja. Jangan marah... aku rasa pada ketika ini dapur lah tempat yang boleh bagi aku banyak ilham untuk buat kerja. Tetapi aku perlukan kipas dulu sebelum aku duduk membuat kerja ku, kalau tak boleh mandi sauna... Berpeluh peluh....

Haha..inilah dia buah hati pengarang jantung ku.... tengok tu gaya ntah apa apa yang di buat dek mereka...




Okay...chao dulu... salam.

No comments:

Post a Comment