Showing posts with label Seremban. Show all posts
Showing posts with label Seremban. Show all posts

Wednesday, June 11, 2014

Bila lama tak memandu....

Sejak tak kerja ni, aku jarang bawa kereta jauh-jauh. Paling jauh aku bawa kereta ialah ke Alamanda, Putrajaya. Hah! Tu pun tak sampai dua puluh minit bawa kereta dah sampai. Rindu rasa nak redah jam... hehehehe....

Tapi hari Ahad hari tu dapat aku pergi bawa kereta jauh-jauh. Jauhnya tak lah sejauh ke Johor atau ke Perlis atau ke Pantai Timur, hanya ke Seremban aja. Dekatkan... tapi adalah dalam 4 jam perjalanan aku.. tapi tak semua dalam kereta.

Hari Ahad hari tu aku pergi jemput emak aku dari rumah adik aku kat Andalucia, Pantai HillPark dan hantar balik Seremban. Aku pergi dengan Syafiq dan Zaki. Zara dan Amir tinggal sama ayah dia orang.  Nak bawa dia orang balik, nanti bila mak aku dan Mus naik, memang tak muat lah kereta kecil tu.

Ingatkan dengan adanya anak bujang aku tu, dialah yang bawa kereta. Hmmmm... tak. Nak juga si ibu ini yang drive. So nak tak nak, aku kena bawalah kereta tu. Si abang duduk kat belakang. Main game dengar musik. Si Zaki dengan dunia Black Veil Bride dia. Tinggal lah si ibu seorang terkebil-kebil membawa kereta.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku pun pasanglah CD yang memang tersedia terpasang dalam kereta tu. Lagu As Simple As Death. Lagu Your Rise dan Paroxysm of Remininsce. Volume dia aku pasang  agak kuat. Tiba-tiba si abang cakap, "Bu, kecikkan sikit. Kuat sangat." "Eh!" jawabku, "bukankah selama ni memang Afiq dengar lagu kuat-kaut." "Yang ni kuat sangat. Tak dengar lagu ni hah...," jawab dia lagi." Aku kesian aku kecikkan.

Sampai kat rumah adik aku, aku naik kejap jumpa dia. Heh... cucu-cucu sedara ku sudah menunggu. Dia orang ingat Amir dan Zara pun ada. Nak ajak depa swimming. Bila tengok hanya Zaki yang datang, frust dia orang. Lagi pun aku tak boleh nak duduk lama-lama sebab aku ada destinasi lagi satu untuk di tuju sebelum ke Seremban.

Dari rumah adik aku, aku hala pula ke rumah anak buah aku yang tak jauh dari rumah adik aku. Lain fasa saja. Aku pergi sebab nak jumpa cucu terbaru aku, Muhammad Adam. Dah dekat sebulan baru aku dapat lawat mereka.

Sampai sana, si Adam sedang nyenyak tidur. Mama dia cakap selalunya dia senang jaga kalau orang bising. Tapi kali ini, memang susah betul. Di angkat dari tempat tidur dia, senyap. Syafiq dukung pun senyaP. Onyang dia dukung pun senyap. Uwan Teh dia dukung lagi dia nyenyak. Macam tidur kat tilam dunlopillo. Dekat balik baru dia jaga. Dapat tengok mata dia....

Dah minum dan puas main dengan Adam, kami gerak balik ke Seremban. Memandangkan aku tak tahu jalan jam ke tidak, aku ikut LEKAS. Memang lekas sangat lah sampai Seremban. Selepas solat Asar dan minum, hehe...minum lagi..., kami pun bertolak balik. Sebelum balik sempatlah aku tengok drama Pembantu Rumah, Tuan Rumah.

Ingatkan sempatlah sampai Bangi pukul 7 petang, tapi minyak pula tinggal satu bar. Memandangkan aku tak boleh nak gauge lagi minyak kereta Saga ni, aku berhenti isi minyak dulu. By the time aku meninggalkan Seremban, jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Memang sah tak akan sampai ke Bangi sebelum pukul 7 petang. 

Seperti yang di jangkakan, aku sampai pukul 7.10 malam dan sampai-sampai rumah berkunci. Cik Abang dah bawa Zara dan Amir pergi makan dan jemput mak dia. Nasib baik aku ada bawa kunci spare. Dapatlah masuk rumah..  Kalau tak mau bersapau di luar rumah...

Oleh kerana sepanjang petang itu aku berjalan, keesokkan harinya badan aku sakit-sakit dan penat tak terkata. Ni lah bila umur dah tua dan tak fit, cepat rasa penat. Nak muda balik tak mungkin kan? Jadi kenalah get fit.

Bilalah agaknya aku nak mula physical activity ni? Esok? Minggu depan? Bulan depan atau tak buat langsung? Nantilah... aku fikirkan...

Chao... dulu...

Sunday, August 25, 2013

Hmmm....Raya tahun ini....

Selamat Hari Raya! Dah 19 hari kita menyambut hari raya di bulan Syawal ni yea..Masing masing masih sibuk menghadiri Open house. Heheh... pergilah selagi terlarat, tapi ingat jangan makan banyak-banyak. Jangan bawa tupperware dan tapau pulak tau!
 
Bila masing-masing dah buat open house hujung minggu, jalanraya kat KL ni mula lah jam kan. Kadang-kadang malas la pulak nak jalan bila kenangkan kesesakan lalu lintas ni..Anyway, drive carefully and enjoy all the good foods ya.

Bagi saya, raya tahun ni kurang ooommmmppphhh nya.. Bila di kenang balik, tak da gambar di pagi raya. Padahal yang lelaki semua memakai baju melayu olive green dan yang perempuannya pula memakai pink. Tak tahu la kenapa tak tangkap gambar, Aisyhhhh rugi rasanya tak bergambar.

Pergi berjalan raya pun tak. Balik Seremban pada hari raya pertama dan pada petang raya kedua, dah balik  Bangi semula. Lepas tu terus tak pergi mana-mana. Aku pun tak tahu apa aku buat. Lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Yalah, keempat-empat orang bercuti, jadi dapatlah ibunya bermanja dengan anak-anak. Heh! bukan anak bermanja dengan ibu, tapi ibu bermanja dengan anak. Bila lagi kan????

Ingatkan nak pergi jalan hujung minggu, tapi aku pulak sakit. Masuk hospital... so berayalah di dalam hospital for four days. Nak buek macam mano...Dah nak sakit. Tapi elok gak.. Dapat aku rest betul-betul. 

Aku habiskan masa dengan membaca buku novel. Semua novel melayu. Sekarang ni musim membaca novel melayu. Sebabnya, English novel yang aku nak belum ada di pasaran. So, aku jumpalah tiga penulis novel melayu yang dah jadi favorite aku. Semua buku mereka aku dah habis baca. Sekarang ni tercari-cari, buku apa lagi yang best di baca.

Alangkah bagusnya kalau aku terjumpa websites yang buat review semua novel melayu ni dan juga bagi rating to the books. Senang sikit bila nak membeli. Sekarang ni aku main beli aja... sedap ke tak aku tak tahu. Baca je sinopsis kat belakang tu, kalau rasa best terus masuk bakul. Bila baca...hmmm macam penulis baru... not descriptive enough....

Okaylah... dah jauh malam ni. Aku nak masuk beradu pula. Selamat Malam... Jumpa lagi ya.