Sunday, June 8, 2014

Bila si kenit teruja....

Semalam jiran sebelah rumah buat kenduri. Kenduri menyambut menantu. Meriah sekali. Ini adalah  majlis perkahwinan yang kedua yang di buat oleh jiran sebelah. Tahun sudah anak lelaki dia yang nombor dua kahwin. Kahwin dengan orang Kedah. Kali ini, giliran si abang yang sulung. Dia berkahwin dengan orang Terengganu. Tinggal lagi dua orang yang belum kahwin tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua tu baru grad. Seorang graduan dari Australia dan seorang dari UITM. Si abang dalam kejuteraan sementara si adik pula kelulusan Charted Accountant. Mana tahu tak lama lagi giliran mereka berdua pula.

Hari Khamis hari tu, orang datang pasang khemah. Dari depan rumah aku, sampailah ke hujung jalan dan juga di padang permainan, khemah di pasang. Sejak hari Khamis tu juga Si Zara sibuk bercerita pasal perkahwinan. Dia yang lebih teruja. Ya lah... kat rumah  ni lambat lagi nak buat majlis perkahwinan.

Si Zara ni punyalah berkobar-kobar nak ada si kakak, dia sibuk buat speku. Speku pasal si abang sulung dia. Agaknya macam mana lah rupa si isteri Syafiq, suka tak isteri abang Syafiq ni dengan dia. Pakai tudung ke tidak. Sampai penat aku melayan.

Dia lupa yang si abang ni muda lagi. Belum pun masuk dua puluh tahun. Masih lagi belajar. Lagi pun, si abang tu mana ada girlfriend. Jadi tak payah lah nak berangan-angan nak dapat kakak dalam dua tiga tahun ni. Anyway, kita merancang tapi Allah yang menentukannya. Mana tahu tiba-tiba si abang jumpa dengan jodoh dia dalam tahun ni. Pengsan ibu dia...

Kali ini untuk majlis perkahwinan anak jiran, aku bagi dia orang buku. Aku beli di Dakwah Corner, Bangi Gateway. Hahaha.... buku macam mana nak memikat suami dan isteri. Satu buku untuk si suami dan suatu buku untuk si isteri. Adilkan? So pandai-pandai lah adapt yang mana patut untuk menghangatkan lagi hubungan mereka. Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Hahaha... masa aku pilih buku tu Zara pun sibuk memilih. Bila dia tengok buku kat tangan aku, dia pun sibuk nak tahu.

"Ibu, buku apa tu?"
"Buku untuk memikat suami dan juga untuk memikat isteri."
"Ada ya buku macam tu ibu?"
"Adalah... ini..." Aku hulur bagi dia tengok.
"Kalau macam tu Ya pun nak satu lah." Laju saja tangan dia mencapai buku tu.
"Buat apa?"
"Nanti untuk Ya lah."
"Eh... Ya kecik lagi. Letak balik. Besok dah besar nanti ada buku lain boleh beli."

Haha.... ni lah Zara yang perasan macam dia dah besar dan boleh kahwin. Aduhh... kena jaga dia ni betul-betul. Dah lah suka tengok drama cinta, nanti cepatlah dia bercinta.... Bercinta dengan Allah sekarang pun boleh... tapi kalau dengan budak lelaki... tunggu lah besar, ya. Not now when you are only eight years old.

Okay... gerak dulu... nak siap-siap nak jumpa mak.



No comments:

Post a Comment