Friday, October 18, 2013

Moody



Hari ini
Kepala pusing
Tak tahu kenapa
Aku jadi pening

Pagi ni
Semua okay
Siap berbalas
Mesej lagi
Dengan member
Gelak-gelak
Penuh dengan teaser

Masuk office
Masih senyum
Masih mengusik
Anak buah ku
Ahh… inikan hari Jumaat
Relax lah sikit

Dengan senyum
Buka email
Senyum lagi
Dapat mesej
Dari seseorang

Tiba-tiba
Nafas ku sesak
Senang-senang
Suruh ku buat.

Heh!
Bila masa
Jadi kerja ku
Pandai betul kau kan
Taici kerja mu

Hah… ini lah dia
Dunia koperat
Atau dunia keparat
Asyik kerja
Mengampu orang
Asalkan
Dirinya senang

Tapi
Bukannya aku
Untuk jadi
Kaki mengampu

Kerana bengang
Otak ku
Terus shutdown
Tak mahu berfikir lagi
Lalu
Ku tinggalkan kerja ku…

Biarlah aku
Melayan mood ku
Ahh... inikan hari Jumaat...
Relax lah

Tuesday, October 8, 2013

Pengalaman Treasure Hunt ke Melaka

Penat! Itu saja yang aku boleh kata. Apa tak nya. Drive dari pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang. Macam orang gila, tapi itu kan adat main treasure hunt.

Ya..paham. Semalam our division buat teambuilding. Bukan yang going through all the tough course tapi treasure hunt. Satu team empat orang, tapi team aku tiga orang aja. Seorang tarik diri last minute sebabnya MIL dia kena operate. Apo nak buek...Tigo orang pun boleh lah.

Entah bila lah aku di lantik jadi kapten pun aku tak tahu. Tiba-tiba masa register aku jadi kapten pasukan 31 daripada 31 buah kereta. Hehe... the last team in the list.

Aku jadi driver sebab aku tak nak keluar masuk kereta dan berjalan ke hulu ke hilir mencari jawapan, tapi jadi driver lagi penat. Tapi apo nak buek... dah janji nak jadi driverkan!

Treasure hunt ini bermula dari Sungai Besi dan berakhir di Hotel Equatorial, Melaka. Memandangkan semua orang kena ada di SgB pada pukul 7.30pagi, masing-masing tak breakfast lah. Kami di bekalkan dengan roti bun, air milo kotak dan air mineral. Tapi aku dah breakfast dulu. En. Hubby tolong siapkan breakfast memandangkan isterinya nak kena makan ubat sebelum bertolak.  Dia tak lah prepare nasi lemak ke apa, tapi tolong rebus pau aja.. Haha jadilah kan. 

Pukul 7 pagi, En SB yang datang dengan BMW putihnya sudah sampai depan rumahku. Di sebabkan kami bertiga, seorang lagi team member EM,  tak overnight kat Melaka, jadi sesiapa yang nak ikut aku balik, last stop ialah kat Bangi. Jadi SB terpaksalah meninggalkan kereta barunya di luar pagar rumah ku dengan harapan tak hilang atau tak di conteng catnya. 

Aku bersyukur yang En. SB jadi team member aku. Dia dah ada experience main benda ni. Jadi dia tahu lah macam mana nak cari jawapan nya. Kalau harapkan aku dan EM, memang tak ada jawapan la..

Kami bertolak dari Sg Besi menghala ke selatan pada pukul 8.20pagi dan mesti sampai ke last stop pada pukul 4.50 petang. First stop, kat Bangi. Mula-mula kat Seksyen 8. Dua soalan aja. Lepas tu ke Seksyen 7. Heh... dah dekat rumah aku. 4 soalan aja kat tempat aku bermain, tapi jenuh juga nak cari jawapan.

Selepas Seksyen 7, Seksyen 4 dan Seksyen 3 sebelum menghala ke Nilai. Sini soalan dia susah juga. Aku park kereta pas tu duduk tunggu kat luar. Penat berdiri masuk balik dalam kereta baca buku cerita, EKsperimen Cinta oleh Anjell. Best gak. Lama juga lah kat Nilai sebelum kami bergerak ke Seremban.

Kat Seremban hari dah mula panas, tapi hati tak panas. Kami cool aja. Tak tahu jawapan tanya member. Dapat juga....  Dari Seremban, kami terus menghala ke Melaka. Masuk melalui Simpang Ampat. Tak ada soalan sepanjang ke Melaka. Soalan 4 yang akhir semua di bandar Melaka. Bila dah habis jawab baru terasa perut lapar.

Sebenarnya kami dah beli sandwiches kat Subway di Bangi tapi tak beli air. Jadi tak boleh makan dalam kereta. Bila jumpa restoran, kami masuk. Bukan beli makanan, beli air dan untuk melepaskan lelah aja. Nak ke hotel pun too early. Pukul 2 petang.

Lepas relax-relax kat restoran, kami pun pergi mencari hotel. Oleh kerana kami ni day tripper, jadi tak adalah bilik. Kena jadi setinggan dan tumpang bilik Miss Ju and Miss Aishah. Tak sangka yang Miss Aishah ni pun peminat novel-novel melayu. Apa lagi rancak lah perbualan kami berbincang pasal novel-novel yang kami minati.

Common consensus, novel-novel berikut memang best, Projek Memikat Suami by Hanina Abdullah, Jodoh itu Milik Kita by Sara Aisha, The Wedding Breaker by Evelyn Rose. Kalau dulu collection semua English novels, sekarang dah jadi collector novel melayu dan yang bestnya malam tu nak pergi cari buku lagi. Haha.. memang kemaruk lah especially Miss Aishah and me yang baru jadi pembaca novel melayu.

Leka berborak dah sampai masa untuk dinner. Masakan Nyonya tapi aku rasa biasa-biasa aja. Mungkin sebab penat jadi aku kurang sikit makan. Yang best bagi aku kopi dan bubur pulut hitam dia aja.

Cepat-cepat aku makan sebab nak (1) balik, (2) solat maghrib dan (3) nak tengok Love you Mr Arrogant. Aku janji dengan En SB, jumpa di lobby pukul 8, tapi biasalah kan terbabas sikit. Pukul 8.15 baru turun untuk bergerak balik ke KL.

Kali ini Cik Wan pun ikut serta balik. Meriah lah sikit. Masa jalan balik, kami ikut Air Keroh. Puas juga nak cari jalan ke Tol Air Keroh ni. Nasib baik masing-masing pakai smart phone jadi adalah applications yang boleh tolong cari direction. Walaupun pakai Waze ke, maps ke, tapi yang paling tepat, the signboard. Aku ikut aja signboard tunjuk highway. Selamat...

Kami sampai dalam pukul 9.55 malam. Aku turunkan si Em dan Cik Wan kat tepi tol Kajang sebelum aku ke rumah. Sampai kat rumah, pukul 10.05 malam dan aku pastikan En SB tu jalan dulu sebelum remote gate aku tekan.

Ingatkan boleh tidur awal, tapi mata ni dah biasa tidur lambat. Badan penat macam mana pun, pukul 12 lebih baru nak lelap. Pukul 5 pagi mata ni dah jaga...Aduh...rasa tak habis hilang penat lagi. Apa-apa pun memang best. Dapat new experience.







 
 

Thursday, September 26, 2013

Two-In-One

 Salam. 

Perbualan semalam antara aku dengan office mate aku membuat aku berfikir sejenak. Yalah especially bila umur pun dah meningkat, maka banyak lah perubahan yang patut di buatkan.

Selalunya, aku akan solat Asar awal so that bila waktu balik, boleh terus balik. Yalah selalu practice solat two in one. Lambatkan zuhur awalkan  Asar. Tapi semalam tak macam tu.. Semalam awal zuhur. Awal tak awal dalam pukul tiga lah...

Ingatkan nak buat Asar dalam kul lima, tapi dek ralit buat kerja, ralit mengadap FB dan twitter and whatsoever dekat lappy tu, tiba-tiba jam dah kul 6 petang. 

"Eh.. dah kul enam," kata seorang member.
"Aku nak balik lambat sikit hari ini," jawab ku perlahan.

Aku pun continue dengan kerja ku. Tak sedar hari dah nak masuk senja. Yalah mana nak sedar, jam tak ada, tingkap pun jauh. Eh! Mana nak tengok jam. Tak pakai pun jam. 

Sedang aku leka mengupdate FB aku, tiba-tiba Cik Wan tanya. "Dah solat Asar, Zai?"
Aku tengok jam kat phone aku dah pukul 6.40petang tapi orang masih ramai kat office.

Aku jawab, "Belum. You?"
"Belum juga. Jom."
"Okay, give me 5 mins to finish this."

Lima minit jadi 10 minit dengan nak shutdown and pack my lappy. Aku tengok jam dah 6.50 petang.

 "Wan, maghrib sekali?"
"Ahh...," sambil tengok jam, "kena ni. Tak sempat kalau balik."

Kemudian, Cik Wan yang berdiri sebelah Cik Jue datang kat aku.

"Kita ni hajah apa aa, Zai. Asyik 2 in 1 aja. Either Zuhur dengan Asar atau Asar ngan Maghrib."
Satu soalan pada ku. Aku pandang Hajah Yati di depan ku. Sengeh sebab memang kebiasaan kami.

"A'ah,Wan. Bila kita nak berubah ni... Hajah apa lah kita ni," sambil geleng kepala.

Terasa selama ini lebih mementingkan kerja dari melaksanakan tugas dan tuntutan illahi. Patutnya itu yang kena dahului. Ini tak. Kerja, meeting dan ntah apa-apa yang di pentingkan. Konon nya nak jimat masa bila buat two-in-one ni. Memang jimat lah di dunia tapi kat akhirat, selamat ke?

Bila fikir-fikirkan kena berubah immediately ni. Tak boleh main-main dah. Umur pun dah tua, rumah kat pergi, kubur kata mari...

So kawan-kawan yang suka buat two-in-one, ayuh kita tukar. Kita buat one at a time. Lagi berbaloi kan. Setiap tapak menuju surau akan mendapat ganjarannya, dan tiada gosip yang boleh membuat kita dapat negative points. Abis solat, terus bangun dan menapak semula ke meja kita. 

Jomm.....








Wednesday, September 25, 2013

Drama Queen

Ahhh.... semalam hari bersama tv. Lama dah rasanya tak menghabiskan masa depan tv, rasa best pulak. Heh.. bukan selalu kan.
 
Semalam episode terakhir Cinta Jannah. Aku memang dah tunggu since Saturday nak tengok the last two episode ni. Kecewa? Ada lah sikit. Sebab banyak konflik yang aku rasa tak berjawab.

Macam Tengku mummy dengan Suffian dan Razak. Rasanya kalau ada 2 episodes lagi mungkin okay kot. Entah that my assumption aje. There must be a reason why it was left unanswered.

Aku juga bengang sebab iklan punya lah banyak dan lama pulak tu. Boleh solat dan balik semula masih tak start. Ishh... cerita yang bagus tapi ending little bit weak and too many iklan.

Tapi kekecewaan tak lama. Dandria telah dapat membuatku lupa pada Cinta Jannah. Heh... aku ingat tak dapat tengok. Yalah... cik Suami dah ambil remote dan off tv. Study time. Nak tak nak, si ibu terpaksalah duduk sekali kat meja makan. Si Amir dah menunggu dengan homework maths.. Suruh aku ajar... hmmm... 

Si Zaki pula terhangguk-hangguk mendengar lagu... Headset aku tersumbat kat telinganya dan di sambung pada iPad. Apa lagi, lagu Avenged Sevenfold lah... lagak main drum.... sementara si Zara sudah mula buat drama. Yes, my little drama Queen. Air mata drama queen sudah meleleh sebab nak tengok Dandria tak dapat. Si Ayah dah suruh tengok TV kat atas, ok tapi nak si ibu teman. Hehehe... aku dah senyum dalam hati... peluang untuk tengok Diandra makin cerah...

Tapi...baru si Ibu nak happy, konflik berlaku.... Amir nak juga suruh ajar maths, dan si drama queen berkeras ajak tengok tv. Siap ugut lagi... tak bagi tengok tv, tak nak buat homework. Pening...pening...

Heh! Si Ayah yang asalnya garang, akhirnya cair dengan air mata anak perempuan dia yang sorang ni.. Lalu remote di hulurkan. Apa lagi Zara pun happylah  and the rest is history.....

Bila si Ibu duduk depan tv, semua duduk depan tv.. Ingatkan dapat duduk dengan aman tapi banyak gangguan. Sekejap-kejap soalan matematik Form 1 sampai, sekejap-sekejap soalan matematik darjah 1 dan sekali-sekala si Zaki menari depan tv... sabar aje lah... www.tonton.com.my kan ada...

Pelan nak tengok Jodoh ini Milik Kita pada pukul 10 malam, terpaksa di cancel. Yalah.. si drama Queen nak tengok Diandra aje so, habis Diandra, tv di tutup dan semua sambung belajar kat meja semula.. Si Ibu tak boleh nak komplain. Dapat tengok 2 out 3 pun dah okay tu...

Hah... hari Ahad ni rasa-rasanya aku akan menapak ke Perpustakaan Rakyat di Seksyen 7 tu. Sebab dah miss banyak episode, jadi jalan terbaik ialah membeli Jodoh ini Milik Kita dan juga mungkin few other books... Mana tau kalau ada yang menarik....

Okay...chao...




  

Monday, September 23, 2013

Produktif ke ni?

Eeeeee.... Geram dengan blogger hari ini. Puas aku mencuba untuk nak create new post tapi tak dapat. Lepas dekat sepuluh minit baru lah dapat ke compose page. Hih... orang IT apa macam ni kan?

Hari Jumaat hari tu kan aku rasa lega dan relax, jadi ianya berlarutanlah hingga ke hujung minggu ni. Aku harap ianya akan terus relax dan stress free sampai bila-bila lah kan. Insya allah.

Hari Sabtu ku di mulakan dengan menghadiri majlis perkahwinan anak jiran aku. Sebelah rumah sebenarnya. Meriah. Aku pergi malam sebelum tu untuk tolong-tolong dan on Saturday tu tak adalah aku ambil bahagian menyambut tetamu.

Sebabnya 1 - sakit pinggang kembali. Pinggang aku ni manja. Nak kena duduk betul-betul. Bukan sebarang kerusi boleh pakai. 2 - aku manalah kenal orang-orang kat area aku sangat. Aku kenal lah dalam 10 orang aje kot. Ni lah akibatnya keluar pagi balik malam. Tambah-tambah aku ini super introvert. Memang susah nak bercampur sama orang.

Balik dari wedding, aku decided to tengok Cinta Jannah. Kalau dah selalu sampai rumah pukul 8 malam, memang tak berkesempatan lah nak tengok kat TV. Jadi, apa lagi. Logon to tonton.com.my lah.

Mula-mula tengok kat iPad. Huh.. sampai episode 14, cik Zaara sudah hijack iPad sebab dia nak tengok Kampung Girl. Dia ajak aku tengok sekalu tapi aku kurang minat sebab hero kurang handsome compare to Airel Zafrel.

Lepas tu, aku masuk bilik, pasang aircond, switch on my MacBook and terus tengok sampai episod 20. Itu pun berhenti sebab nak solat Asar dan hari dah petang. Malam minggu tu juga my husband nak tengok Ironman 3. Jadi, orderkan tuk dia orang on Astro Best dan aku dengan gembiranya menyambung menonton Cinta Jannah di dalam bilik.

Halfway through episode 21, si Zaara again ganggu. Nak suruh teman tidur dalam bilik dia. Ughh.... aku bawak MacBook aku sekali ke bilik sebelah dan sampai habis episode 22 baru aku masuk bilik aku semula. Begitu hebat kan tamparan Cinta Jannah.

Esok dan lusa, the last two episode. Memandangkan yang aku selalu sampai lewat, aku sudah suruh Amir record episode 23 dan 24. On top of that ada tonton kan and also Astro On the Go on my ipad. So kalau terlepas tak lah lama sangat.

Aku taknak sangat review about the cerita. Memandangkan aku jarang menonton tv, jadi aku tak boleh nak kata ni paling best. Yalah orang dok cerita Adam dan Hawa, aku tak tahu dan banyak lagi yang aku miss. Bukannya aku tak tengok cerita melayu, tapi tv rumah aku dari puluk 8.30 sampai 10.30 malam tutup.

Aku kena duduk dengan anak-anak kat meja makan untuk memastikan dia orang belajar. Hah! Dengan ibunya manalah dia orang takut. 10 minit aje dia orang belajar, lepas tu main. Kadang-kadang kat office tak stress, balik rumah stress dengan kerenah dia orang. Sabar..sabar...

Aku rasa slot Akasia ni akan jadi favorite show aku sebab lepas Cinta Jannah ada cerita Love you, Mr Arrogant. Ni adaptasi dari novel. Beberapi kali aku masuk kedai buku, ini lah antara buku yang mengamit aku.. Belilah saya... belilah saya... Haha... Kalau aku tak tahan nak tahu apa terjadi, mungkin aku akan menapak ke kedai buku hujung minggu depan.

Sementara itu, on Astro on The Go ada Juduh itu Milik Kita. Ini satu lagu yang akan jadi pet project hujung minggu ku.  Tapi kalau staff aku dah beli buku nya, aku pinjamlah dari dia. Kan sharing is caring. Anyway we alway share books among us. No harm done kan!

Okaylah... melalut dah ni. Nak tidur tapi mata masih tak mengantuk...Paksa jugalah kan. Otherwise masuk lambat esok kena balik lambat. Melepas Cinta Jannah. Nak? Tak mau....

Friday, September 20, 2013

Happy Habis....

Salam Jumaat.

Mushroom Soup in the cup
Hari ini rasa relax sikit. Walaupun pagi tadi bengang dengan traffic kat KL ni, tapi alhamdulillah dapat sampai ke office seperti yang di jangkakan. Heh! Semua orang lambat. Dalam perjalanan tadi sempat tengok enam buah fighter jet terbang dalam raptai untuk Hari Angkatan Tentera.

Ya pagi ini, aku juga sudah bergelak ketawa dengan staff-staff aku walaupun nak kena present dalam meeting. Tara takut punya sebab dah prepare sebelum ni. Lagi pun dah update tiap-tiap dua minggu, tak adalah nak jadi issue.

Mungkin hari ini hari Jumaat maka semua orang relax. Siap order kuih lagi untuk bawa masuk meeting. Sayangnya, tak sempat nak makan dah kena keluar. Boss aku suruh dia orang keluar dan tahan aku dan lagi tiga orang lagi. Cis... apa lagi dia nak. Rupa-rupanya dan discuss pasal satu issue yang melibatkan team aku. Discuss aje lah.... Sebelum tu, dia orang yang keluar tu bawa kuih lari.Terkulat-kulat aku tengok kuih tu di bawa keluar. Hey.. kuih tu sedap... Si boss siap lagi tanya siapa punya birthday. Heh! ingat birthday aje boleh bawa kuih. 

Habis meeting, aku dan geng pergi makan kat Barbara Cafe di Bangsar. Aku drive sebab kereta aku kat bawah. Senang. Sebab dah lambat keluar, maka tak ada parking kat situ. Kat Bangsar bukan banyak parking lot jadi terpaksalah park  tepi jalan yang tak jauh dari situ.

Ni bukanlah kali pertama aku datang ke Barbara Cafe. Ini agak-agaknya yang ke tiga atau ke empat tapi menu dah bertukar. Puas lah mencari makanan yang aku suka dulu tapi tak jumpa. Menu pula dalam bahasa Italian. Berbelit lidah nak menyebutnya. Pilih punya pilih order mushroom soup dan ribeye set. Dapat coffee sekali. Yeay! Lepas rindu nak minum latte.

Ingatkan portion yang datang kecil, tapi besar. Puas nak habiskan..... tapi hehehe...habis jugak. Kenyang sungguh dan bila balik office mata pun dah mula mengecil. Aku ingat aku boleh relax tapi lupa yang aku ada meeting pukul 2.30pm dengan bintang Bollywood aku. Nak tak nak pergi jugalah sebab dia dah tunggu.  Hehe berbaloi meeting dengan dia ni sebab senyum Bollywood tu amatlah sweet. Hilanglah mengantuk ku. Pandang muka dia ajelah. Tapi setakat tu aja kan sebab terlampau muda lagi. Aku dan staff aku gelak aje bila tahu umur dia. Tak padan umur dengan muka.

Perasaan relax dan happy ni berterusan sampai petang. Ada sebab. Yalah ...minggu depan kami merdeka.... Yeah!!! sebab boss cuti seminggu. Apa lagi tikus pun mula membuat plan masa kucing tak ada. Tapi tak adalah sampai mengabaikan kerja kan....Aku kena tunjuk contoh yang baik pada staff kan?

Okaylah... sampai sini aja... Happy Weekend.
 

Sunday, September 15, 2013

Relax tapi pening

Hari ini cuti so relax sikit. Selalu kalau hari Ahad banyak benda nak buat, tetapi since esok cuti, bolehlah di tunda kerja tu sikit ke Isnin. Heh.. Best besok cuti. Oh Ya... sebelum lupa... SELAMAT HARI MALAYSIA.

Bercakap pasal cuti, seronok rasanya. Dah seminggu aku tak ada mood kerja. Mr Mood and Mr. Motivator memang lari dari aku sejak aku balik dari cuti sakit. Mungkin dia suruh aku rest kot. Tapi... Mr Devil a.k.a Mr Boss kat office tu tak bagi chan langsung. Ada aja yang dia nak. Nasib baik budak-budak ni ada. Boleh cover. 
 
Tapi balik hari Selasa ni aku kena kerja extra sikit. Hari Rabu ada meeting, jadi kenalah present apa yang dia nak. Boss aku macam Jekyll and Hyde. Faham-faham lah maksudnya kan. Okayla... tak nak cerita pasal office. Sakit jiwa aja. Agak-agaknya bila lah aku boleh berhenti dan relax kat rumah, atau pun boleh work from home... Insyaallah satu hari nanti.

Hmmm petang tadi masa minum petang, anak-anak aku mengomel kat ayah dia orang. 
"Dah lama dah tak pergi bercuti. Asyik-asyik duduk kat rumah aje." 
"A ah... lama tak mandi laut."
 "Zara tak pernah pergi Zoo." and on and on and on lah dia orang punya komplain.

Aku yang duduk sebelah senyum aja.. sebab aku pun kadang-kadang kesian tengok budak-budak ni bila cuti. Asyik belegar dalam rumah. Aku pun pening dengan dia orang. Last-last dia orang tengok Astro, main ipad, baca buku, gaduh, makan, minum. Rutin yang sama. Kesian tengok ibu dia melayan kerenah anak....

Tapi sememang nya lah bila cuti aku lebih suka duduk rumah. Dapat buat apa yang aku nak  especially bila weekdays sibuk sokmo...tak ada masa. Yang best aku boleh golek-golek sambil membaca buku-buku yang di dalam TBR aku. Kalau tak ada apa yang nak baca tu, aku mula lah gelisah. Nak tengok tv, hmmm.... cerita asyik yang sama. Nak tengok movie, hmmm.... susah sikit, jadi buku ajalah teman ku. 
 
Kalau aku dah desperate tak ada buku, maka tangan ni ringan aje pergi online and beli ebooks. Tapi sayangnya tak banyak novel melayu dalam format ni. Bila lah Malaysian publishing industry and our writers nak publish their books in ebook format. Tak payah ke kedai dah. Tengah malam pun boleh beli....

Hari ini aku baca buku Kisah Naz and Khilash by Hanina Abdullah. Best juga jalan cerita dia. Tapi belum habis lagi ini. Banyak kali kena interrupt! 

Okaylah... ni kena interrupt lagi.. Nak pergi jemput my eldest son kat Unipark and makan sama dia. Dia tengak exam so nak bagi support dan tanya dia camno exam dia.

Okay... Chao...