Friday, September 20, 2013

Happy Habis....

Salam Jumaat.

Mushroom Soup in the cup
Hari ini rasa relax sikit. Walaupun pagi tadi bengang dengan traffic kat KL ni, tapi alhamdulillah dapat sampai ke office seperti yang di jangkakan. Heh! Semua orang lambat. Dalam perjalanan tadi sempat tengok enam buah fighter jet terbang dalam raptai untuk Hari Angkatan Tentera.

Ya pagi ini, aku juga sudah bergelak ketawa dengan staff-staff aku walaupun nak kena present dalam meeting. Tara takut punya sebab dah prepare sebelum ni. Lagi pun dah update tiap-tiap dua minggu, tak adalah nak jadi issue.

Mungkin hari ini hari Jumaat maka semua orang relax. Siap order kuih lagi untuk bawa masuk meeting. Sayangnya, tak sempat nak makan dah kena keluar. Boss aku suruh dia orang keluar dan tahan aku dan lagi tiga orang lagi. Cis... apa lagi dia nak. Rupa-rupanya dan discuss pasal satu issue yang melibatkan team aku. Discuss aje lah.... Sebelum tu, dia orang yang keluar tu bawa kuih lari.Terkulat-kulat aku tengok kuih tu di bawa keluar. Hey.. kuih tu sedap... Si boss siap lagi tanya siapa punya birthday. Heh! ingat birthday aje boleh bawa kuih. 

Habis meeting, aku dan geng pergi makan kat Barbara Cafe di Bangsar. Aku drive sebab kereta aku kat bawah. Senang. Sebab dah lambat keluar, maka tak ada parking kat situ. Kat Bangsar bukan banyak parking lot jadi terpaksalah park  tepi jalan yang tak jauh dari situ.

Ni bukanlah kali pertama aku datang ke Barbara Cafe. Ini agak-agaknya yang ke tiga atau ke empat tapi menu dah bertukar. Puas lah mencari makanan yang aku suka dulu tapi tak jumpa. Menu pula dalam bahasa Italian. Berbelit lidah nak menyebutnya. Pilih punya pilih order mushroom soup dan ribeye set. Dapat coffee sekali. Yeay! Lepas rindu nak minum latte.

Ingatkan portion yang datang kecil, tapi besar. Puas nak habiskan..... tapi hehehe...habis jugak. Kenyang sungguh dan bila balik office mata pun dah mula mengecil. Aku ingat aku boleh relax tapi lupa yang aku ada meeting pukul 2.30pm dengan bintang Bollywood aku. Nak tak nak pergi jugalah sebab dia dah tunggu.  Hehe berbaloi meeting dengan dia ni sebab senyum Bollywood tu amatlah sweet. Hilanglah mengantuk ku. Pandang muka dia ajelah. Tapi setakat tu aja kan sebab terlampau muda lagi. Aku dan staff aku gelak aje bila tahu umur dia. Tak padan umur dengan muka.

Perasaan relax dan happy ni berterusan sampai petang. Ada sebab. Yalah ...minggu depan kami merdeka.... Yeah!!! sebab boss cuti seminggu. Apa lagi tikus pun mula membuat plan masa kucing tak ada. Tapi tak adalah sampai mengabaikan kerja kan....Aku kena tunjuk contoh yang baik pada staff kan?

Okaylah... sampai sini aja... Happy Weekend.
 

No comments:

Post a Comment