Showing posts with label tonton. Show all posts
Showing posts with label tonton. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Drama Queen

Ahhh.... semalam hari bersama tv. Lama dah rasanya tak menghabiskan masa depan tv, rasa best pulak. Heh.. bukan selalu kan.
 
Semalam episode terakhir Cinta Jannah. Aku memang dah tunggu since Saturday nak tengok the last two episode ni. Kecewa? Ada lah sikit. Sebab banyak konflik yang aku rasa tak berjawab.

Macam Tengku mummy dengan Suffian dan Razak. Rasanya kalau ada 2 episodes lagi mungkin okay kot. Entah that my assumption aje. There must be a reason why it was left unanswered.

Aku juga bengang sebab iklan punya lah banyak dan lama pulak tu. Boleh solat dan balik semula masih tak start. Ishh... cerita yang bagus tapi ending little bit weak and too many iklan.

Tapi kekecewaan tak lama. Dandria telah dapat membuatku lupa pada Cinta Jannah. Heh... aku ingat tak dapat tengok. Yalah... cik Suami dah ambil remote dan off tv. Study time. Nak tak nak, si ibu terpaksalah duduk sekali kat meja makan. Si Amir dah menunggu dengan homework maths.. Suruh aku ajar... hmmm... 

Si Zaki pula terhangguk-hangguk mendengar lagu... Headset aku tersumbat kat telinganya dan di sambung pada iPad. Apa lagi, lagu Avenged Sevenfold lah... lagak main drum.... sementara si Zara sudah mula buat drama. Yes, my little drama Queen. Air mata drama queen sudah meleleh sebab nak tengok Dandria tak dapat. Si Ayah dah suruh tengok TV kat atas, ok tapi nak si ibu teman. Hehehe... aku dah senyum dalam hati... peluang untuk tengok Diandra makin cerah...

Tapi...baru si Ibu nak happy, konflik berlaku.... Amir nak juga suruh ajar maths, dan si drama queen berkeras ajak tengok tv. Siap ugut lagi... tak bagi tengok tv, tak nak buat homework. Pening...pening...

Heh! Si Ayah yang asalnya garang, akhirnya cair dengan air mata anak perempuan dia yang sorang ni.. Lalu remote di hulurkan. Apa lagi Zara pun happylah  and the rest is history.....

Bila si Ibu duduk depan tv, semua duduk depan tv.. Ingatkan dapat duduk dengan aman tapi banyak gangguan. Sekejap-kejap soalan matematik Form 1 sampai, sekejap-sekejap soalan matematik darjah 1 dan sekali-sekala si Zaki menari depan tv... sabar aje lah... www.tonton.com.my kan ada...

Pelan nak tengok Jodoh ini Milik Kita pada pukul 10 malam, terpaksa di cancel. Yalah.. si drama Queen nak tengok Diandra aje so, habis Diandra, tv di tutup dan semua sambung belajar kat meja semula.. Si Ibu tak boleh nak komplain. Dapat tengok 2 out 3 pun dah okay tu...

Hah... hari Ahad ni rasa-rasanya aku akan menapak ke Perpustakaan Rakyat di Seksyen 7 tu. Sebab dah miss banyak episode, jadi jalan terbaik ialah membeli Jodoh ini Milik Kita dan juga mungkin few other books... Mana tau kalau ada yang menarik....

Okay...chao...




  

Monday, September 23, 2013

Produktif ke ni?

Eeeeee.... Geram dengan blogger hari ini. Puas aku mencuba untuk nak create new post tapi tak dapat. Lepas dekat sepuluh minit baru lah dapat ke compose page. Hih... orang IT apa macam ni kan?

Hari Jumaat hari tu kan aku rasa lega dan relax, jadi ianya berlarutanlah hingga ke hujung minggu ni. Aku harap ianya akan terus relax dan stress free sampai bila-bila lah kan. Insya allah.

Hari Sabtu ku di mulakan dengan menghadiri majlis perkahwinan anak jiran aku. Sebelah rumah sebenarnya. Meriah. Aku pergi malam sebelum tu untuk tolong-tolong dan on Saturday tu tak adalah aku ambil bahagian menyambut tetamu.

Sebabnya 1 - sakit pinggang kembali. Pinggang aku ni manja. Nak kena duduk betul-betul. Bukan sebarang kerusi boleh pakai. 2 - aku manalah kenal orang-orang kat area aku sangat. Aku kenal lah dalam 10 orang aje kot. Ni lah akibatnya keluar pagi balik malam. Tambah-tambah aku ini super introvert. Memang susah nak bercampur sama orang.

Balik dari wedding, aku decided to tengok Cinta Jannah. Kalau dah selalu sampai rumah pukul 8 malam, memang tak berkesempatan lah nak tengok kat TV. Jadi, apa lagi. Logon to tonton.com.my lah.

Mula-mula tengok kat iPad. Huh.. sampai episode 14, cik Zaara sudah hijack iPad sebab dia nak tengok Kampung Girl. Dia ajak aku tengok sekalu tapi aku kurang minat sebab hero kurang handsome compare to Airel Zafrel.

Lepas tu, aku masuk bilik, pasang aircond, switch on my MacBook and terus tengok sampai episod 20. Itu pun berhenti sebab nak solat Asar dan hari dah petang. Malam minggu tu juga my husband nak tengok Ironman 3. Jadi, orderkan tuk dia orang on Astro Best dan aku dengan gembiranya menyambung menonton Cinta Jannah di dalam bilik.

Halfway through episode 21, si Zaara again ganggu. Nak suruh teman tidur dalam bilik dia. Ughh.... aku bawak MacBook aku sekali ke bilik sebelah dan sampai habis episode 22 baru aku masuk bilik aku semula. Begitu hebat kan tamparan Cinta Jannah.

Esok dan lusa, the last two episode. Memandangkan yang aku selalu sampai lewat, aku sudah suruh Amir record episode 23 dan 24. On top of that ada tonton kan and also Astro On the Go on my ipad. So kalau terlepas tak lah lama sangat.

Aku taknak sangat review about the cerita. Memandangkan aku jarang menonton tv, jadi aku tak boleh nak kata ni paling best. Yalah orang dok cerita Adam dan Hawa, aku tak tahu dan banyak lagi yang aku miss. Bukannya aku tak tengok cerita melayu, tapi tv rumah aku dari puluk 8.30 sampai 10.30 malam tutup.

Aku kena duduk dengan anak-anak kat meja makan untuk memastikan dia orang belajar. Hah! Dengan ibunya manalah dia orang takut. 10 minit aje dia orang belajar, lepas tu main. Kadang-kadang kat office tak stress, balik rumah stress dengan kerenah dia orang. Sabar..sabar...

Aku rasa slot Akasia ni akan jadi favorite show aku sebab lepas Cinta Jannah ada cerita Love you, Mr Arrogant. Ni adaptasi dari novel. Beberapi kali aku masuk kedai buku, ini lah antara buku yang mengamit aku.. Belilah saya... belilah saya... Haha... Kalau aku tak tahan nak tahu apa terjadi, mungkin aku akan menapak ke kedai buku hujung minggu depan.

Sementara itu, on Astro on The Go ada Juduh itu Milik Kita. Ini satu lagu yang akan jadi pet project hujung minggu ku.  Tapi kalau staff aku dah beli buku nya, aku pinjamlah dari dia. Kan sharing is caring. Anyway we alway share books among us. No harm done kan!

Okaylah... melalut dah ni. Nak tidur tapi mata masih tak mengantuk...Paksa jugalah kan. Otherwise masuk lambat esok kena balik lambat. Melepas Cinta Jannah. Nak? Tak mau....