Tuesday, October 8, 2013

Pengalaman Treasure Hunt ke Melaka

Penat! Itu saja yang aku boleh kata. Apa tak nya. Drive dari pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang. Macam orang gila, tapi itu kan adat main treasure hunt.

Ya..paham. Semalam our division buat teambuilding. Bukan yang going through all the tough course tapi treasure hunt. Satu team empat orang, tapi team aku tiga orang aja. Seorang tarik diri last minute sebabnya MIL dia kena operate. Apo nak buek...Tigo orang pun boleh lah.

Entah bila lah aku di lantik jadi kapten pun aku tak tahu. Tiba-tiba masa register aku jadi kapten pasukan 31 daripada 31 buah kereta. Hehe... the last team in the list.

Aku jadi driver sebab aku tak nak keluar masuk kereta dan berjalan ke hulu ke hilir mencari jawapan, tapi jadi driver lagi penat. Tapi apo nak buek... dah janji nak jadi driverkan!

Treasure hunt ini bermula dari Sungai Besi dan berakhir di Hotel Equatorial, Melaka. Memandangkan semua orang kena ada di SgB pada pukul 7.30pagi, masing-masing tak breakfast lah. Kami di bekalkan dengan roti bun, air milo kotak dan air mineral. Tapi aku dah breakfast dulu. En. Hubby tolong siapkan breakfast memandangkan isterinya nak kena makan ubat sebelum bertolak.  Dia tak lah prepare nasi lemak ke apa, tapi tolong rebus pau aja.. Haha jadilah kan. 

Pukul 7 pagi, En SB yang datang dengan BMW putihnya sudah sampai depan rumahku. Di sebabkan kami bertiga, seorang lagi team member EM,  tak overnight kat Melaka, jadi sesiapa yang nak ikut aku balik, last stop ialah kat Bangi. Jadi SB terpaksalah meninggalkan kereta barunya di luar pagar rumah ku dengan harapan tak hilang atau tak di conteng catnya. 

Aku bersyukur yang En. SB jadi team member aku. Dia dah ada experience main benda ni. Jadi dia tahu lah macam mana nak cari jawapan nya. Kalau harapkan aku dan EM, memang tak ada jawapan la..

Kami bertolak dari Sg Besi menghala ke selatan pada pukul 8.20pagi dan mesti sampai ke last stop pada pukul 4.50 petang. First stop, kat Bangi. Mula-mula kat Seksyen 8. Dua soalan aja. Lepas tu ke Seksyen 7. Heh... dah dekat rumah aku. 4 soalan aja kat tempat aku bermain, tapi jenuh juga nak cari jawapan.

Selepas Seksyen 7, Seksyen 4 dan Seksyen 3 sebelum menghala ke Nilai. Sini soalan dia susah juga. Aku park kereta pas tu duduk tunggu kat luar. Penat berdiri masuk balik dalam kereta baca buku cerita, EKsperimen Cinta oleh Anjell. Best gak. Lama juga lah kat Nilai sebelum kami bergerak ke Seremban.

Kat Seremban hari dah mula panas, tapi hati tak panas. Kami cool aja. Tak tahu jawapan tanya member. Dapat juga....  Dari Seremban, kami terus menghala ke Melaka. Masuk melalui Simpang Ampat. Tak ada soalan sepanjang ke Melaka. Soalan 4 yang akhir semua di bandar Melaka. Bila dah habis jawab baru terasa perut lapar.

Sebenarnya kami dah beli sandwiches kat Subway di Bangi tapi tak beli air. Jadi tak boleh makan dalam kereta. Bila jumpa restoran, kami masuk. Bukan beli makanan, beli air dan untuk melepaskan lelah aja. Nak ke hotel pun too early. Pukul 2 petang.

Lepas relax-relax kat restoran, kami pun pergi mencari hotel. Oleh kerana kami ni day tripper, jadi tak adalah bilik. Kena jadi setinggan dan tumpang bilik Miss Ju and Miss Aishah. Tak sangka yang Miss Aishah ni pun peminat novel-novel melayu. Apa lagi rancak lah perbualan kami berbincang pasal novel-novel yang kami minati.

Common consensus, novel-novel berikut memang best, Projek Memikat Suami by Hanina Abdullah, Jodoh itu Milik Kita by Sara Aisha, The Wedding Breaker by Evelyn Rose. Kalau dulu collection semua English novels, sekarang dah jadi collector novel melayu dan yang bestnya malam tu nak pergi cari buku lagi. Haha.. memang kemaruk lah especially Miss Aishah and me yang baru jadi pembaca novel melayu.

Leka berborak dah sampai masa untuk dinner. Masakan Nyonya tapi aku rasa biasa-biasa aja. Mungkin sebab penat jadi aku kurang sikit makan. Yang best bagi aku kopi dan bubur pulut hitam dia aja.

Cepat-cepat aku makan sebab nak (1) balik, (2) solat maghrib dan (3) nak tengok Love you Mr Arrogant. Aku janji dengan En SB, jumpa di lobby pukul 8, tapi biasalah kan terbabas sikit. Pukul 8.15 baru turun untuk bergerak balik ke KL.

Kali ini Cik Wan pun ikut serta balik. Meriah lah sikit. Masa jalan balik, kami ikut Air Keroh. Puas juga nak cari jalan ke Tol Air Keroh ni. Nasib baik masing-masing pakai smart phone jadi adalah applications yang boleh tolong cari direction. Walaupun pakai Waze ke, maps ke, tapi yang paling tepat, the signboard. Aku ikut aja signboard tunjuk highway. Selamat...

Kami sampai dalam pukul 9.55 malam. Aku turunkan si Em dan Cik Wan kat tepi tol Kajang sebelum aku ke rumah. Sampai kat rumah, pukul 10.05 malam dan aku pastikan En SB tu jalan dulu sebelum remote gate aku tekan.

Ingatkan boleh tidur awal, tapi mata ni dah biasa tidur lambat. Badan penat macam mana pun, pukul 12 lebih baru nak lelap. Pukul 5 pagi mata ni dah jaga...Aduh...rasa tak habis hilang penat lagi. Apa-apa pun memang best. Dapat new experience.







 
 

No comments:

Post a Comment