Saturday, January 10, 2015

Stress Gilerrrr

Salam. Hari ini baru rasa boleh bernafas. Baru rasa kepala ni ringan. Sungguh the last 3 weeks amat mencabar. Very stressful. Pagi ini, bila aku larikan jari-jariku di kepalaku, segenggam rambutku ikut melekat di jari-jari. Ughh... kalau macam ni habis semua rambut aku. Heh! Bila stress rambut aku tak tukar putih... dia gugur. Botak macam ni...
Sepuluh bulan aku rehat kat rumah. Aku memang dah pulih dah dari burned out dan kesihatan aku juga dah bertambah baik. Bila aku dapat offer kerja, suka juga sebab dapatlah juga aku menajamkan balik otak aku yang dah tumpul tu dan kerja yang ditawarkan pun senang gak. Jaga operasi dan juga fine tune operation. Dua minggu pertama memang itu aku buat. Hari-hari aku balik before 7pm. Anak-anak happy tengok ibu balik awal.
Tup..tup... bos aku kata big boss suruh aku run the testing for GST. Termenung juga aku fikirkan. Sesungguhnya aku taklah pernah manage testing ni tapi managing and guiding the team tu adalah. Tetapi memandangkan aku ada sikit pengalaman dan budak yang sepatutnya handle area ni masih junior, aku terima jugaklah walaupun bukan dalam skop kerja aku.

Bila aku setuju, terus aku terjerumus dalam projek mega ni. Projek yang akan membawa company aku ke hadapan. Dalam hati bekata apa yang aku tahu pasal retail ni. Yang aku tahu kedai dia banyak dan banyak benda yang di jual. Operasinya, sistemnya dan apa jua berkenaan aku tak tahu. Al maklum baru satu bulan tapi aku redah juga.

Tiga minggu selepas aku kata okay, aku duduk belajar pasal sistem pos dan sebagainya. Wow... memang banyak yang aku tak tahu. Rasa nak nangis sebab tak tahu mana satu nak cekau dulu. Usik yang ini salah usik itu salah tapi yang pasti aku ada methodology dan apa yang aku nak. Berdasarkan methodology tu, aku buat plan dan bermulalah era baru dalam testing di syarikat aku.

Mempunyai dua jeneral di kiri dan kanan, aku mulakan planning untuk testing. Memang pada asalnya aku rasa tenggelam sebab semua term yang di pakai adalah baru. Banyak benda aku belajar semasa menerajui testing ni. A real hard way tapi aku syukur aku tidak tenggelam. Masih timbul walaupun tercungap-cungap.

Semalam sepatutnya last day of testing tapi aku declare pada management IT yang we are not ready to go live yet. Banyak yang aku pertikaikan dalam ujian yang dibuat. Terduduk juga pihak vendor bila aku tidak luluskan ujian ini tetapi pihak management IT setuju dengan keputusan aku. Jadi ujian akan diteruskan minggu depan.
Pihak vendor ada dua hari ini nak solve all the issue dan come Monday, we will proceed with the testing. Hari Jumaat depan, aku kena update all the stakeholders, the Company Senior Management team whether it is a GO or NO GO. Aku berharap dapat di luluskan sebab aku dah tak larat. Aku nak rest. Baru masuk 10 minggu kerja tapi aku rasa dah macam bertahun aku di sini.

Apa tidaknya, masuk pagi malam baru balik. Sampai En. Hubby dan anak-anak mula komplain. Makan malam pun lewat dan lepas makan sambung buat kerja. Pukul 12 malam baru dapat rest. Setiap malam aku konon-konon nak baca buku tapi selalunya buku yang baca aku. Teruk sungguh.

Tapi aku tak menyesal. Banyak yang aku perolehi dari projek ni dan sesungguhnya banyak hikmah dalam menyertai projek ini. Aku kenal ramai orang. Dah jadi gang. Aku faham operasi retail dan insya allah akan menolong aku dalam Option B aku dan walau bagaimana stress pun aku masih cool lagi. Budak-budak aku pun cakap walau pun aku sibuk aku tidak marah-marah. Masih cool. Boleh jokes around lagi dan begitu jugalah bila aku run the UAT Forum. Aku cuba menceriakan keadaan walaupun memang heated kadang-kadang dengan vendor. Buat jokes sana sini biar hilang tension dan stress tu. Lagi pun aku bukan jenis suka belasah orang. I rather be someone who open up the gate rather than be the gate. Belasah aja pepatah tu...Betul ke salah ke lantak lah.. Janji maksudnya sampai.

Oh ya... semalam big boss cakap kat aku yang pihak user compliment yang testing di jalankan different and very structure.. Wah terangkat sikit rasanya.. Pas tu terus aku kena handle Release Management pula. Aduh... susah kalau the big boss tahu apa yang kita tahu. Hmmm... tapi aku tak agree lagi nak ambil skop tu bawah aku... Biarlah yang empunya kerja jalankan area itu...

Okay.. nak chao...En Hubby dah tunggu ajak keluar. Okay jumpa lagi...
 
 
 

No comments:

Post a Comment