Sunday, September 15, 2013

Relax tapi pening

Hari ini cuti so relax sikit. Selalu kalau hari Ahad banyak benda nak buat, tetapi since esok cuti, bolehlah di tunda kerja tu sikit ke Isnin. Heh.. Best besok cuti. Oh Ya... sebelum lupa... SELAMAT HARI MALAYSIA.

Bercakap pasal cuti, seronok rasanya. Dah seminggu aku tak ada mood kerja. Mr Mood and Mr. Motivator memang lari dari aku sejak aku balik dari cuti sakit. Mungkin dia suruh aku rest kot. Tapi... Mr Devil a.k.a Mr Boss kat office tu tak bagi chan langsung. Ada aja yang dia nak. Nasib baik budak-budak ni ada. Boleh cover. 
 
Tapi balik hari Selasa ni aku kena kerja extra sikit. Hari Rabu ada meeting, jadi kenalah present apa yang dia nak. Boss aku macam Jekyll and Hyde. Faham-faham lah maksudnya kan. Okayla... tak nak cerita pasal office. Sakit jiwa aja. Agak-agaknya bila lah aku boleh berhenti dan relax kat rumah, atau pun boleh work from home... Insyaallah satu hari nanti.

Hmmm petang tadi masa minum petang, anak-anak aku mengomel kat ayah dia orang. 
"Dah lama dah tak pergi bercuti. Asyik-asyik duduk kat rumah aje." 
"A ah... lama tak mandi laut."
 "Zara tak pernah pergi Zoo." and on and on and on lah dia orang punya komplain.

Aku yang duduk sebelah senyum aja.. sebab aku pun kadang-kadang kesian tengok budak-budak ni bila cuti. Asyik belegar dalam rumah. Aku pun pening dengan dia orang. Last-last dia orang tengok Astro, main ipad, baca buku, gaduh, makan, minum. Rutin yang sama. Kesian tengok ibu dia melayan kerenah anak....

Tapi sememang nya lah bila cuti aku lebih suka duduk rumah. Dapat buat apa yang aku nak  especially bila weekdays sibuk sokmo...tak ada masa. Yang best aku boleh golek-golek sambil membaca buku-buku yang di dalam TBR aku. Kalau tak ada apa yang nak baca tu, aku mula lah gelisah. Nak tengok tv, hmmm.... cerita asyik yang sama. Nak tengok movie, hmmm.... susah sikit, jadi buku ajalah teman ku. 
 
Kalau aku dah desperate tak ada buku, maka tangan ni ringan aje pergi online and beli ebooks. Tapi sayangnya tak banyak novel melayu dalam format ni. Bila lah Malaysian publishing industry and our writers nak publish their books in ebook format. Tak payah ke kedai dah. Tengah malam pun boleh beli....

Hari ini aku baca buku Kisah Naz and Khilash by Hanina Abdullah. Best juga jalan cerita dia. Tapi belum habis lagi ini. Banyak kali kena interrupt! 

Okaylah... ni kena interrupt lagi.. Nak pergi jemput my eldest son kat Unipark and makan sama dia. Dia tengak exam so nak bagi support dan tanya dia camno exam dia.

Okay... Chao...


No comments:

Post a Comment