Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Saturday, September 7, 2013

Hari yang Selebet

Arghhhh...... Dah dekat nak habis makan baru aku perasan yang aku berpakaian palinglah selekeh. Yalah makan kat luar dan orang ramai pula tu...
 
Hmmmm.... sebenarnya masa tu aku baru keluar dari hospital. Sepatutnya cik abang datang awal tetapi dia datang lepas Isya'. Dah lah lambat, lepas tu bawak pulak budak-budak ni. Heh mungkin dia bawak sebab nak suruh angkat barang aku kot.

Dahlah dia datang lambat, dia bawa pula anak-anak dan MIL. Ini aku dah nak balik ni. Sebelum tu mana dia nak bawa. Aku pun tak bagi sebab bising.

Dia datang dengan membawa kereta kegemaran dia. Kereta yang dah berumur sama dengan anak kedua aku. Pergh.... bengang. Macam mana nak muat ni. Ya lah kalau empat dari enam orang saiz masing-masing besar, boleh ka muat?

Sebab tak puas hati, aku pergi tanya. "Muat ke ni?" 
"Muat. Tengoklah macam mana I buat."

Aku pun dengan selamba dog, buka pintu depan masuk dan perhatikan macam mana dia nak buat. Lepas sorang-sorang dia atur masuk. Muat. Memang muat tapi macam sardin le. Budak-budak tu pun bisinglah. Tak selesa.Tak dapat duduk dan berbagai jenis komen boleh dengar.

Sebab kesian dengan budak-budak tu, dan kepala pun dah pusing, aku pun selamba membuat satu statement yang memang tidak di gemarinya.

"Grandis kat rumah tu buat hiasan ke?" 

Member nampak bengan walaupun tersengeh. Dia pun memandu perlahan-lahan menuju ke Bangi dari Kajang. Kenalah kan sebab dah sarat dan lagi pun kereta dah uzur.  Kalau laju-laju kan ada yang terantuk ke, terlambung ke atau kereta tu patah ke. Halfway kat Bangi dia decided nak pergi makan. Oklah. Aku pun nak makan gak. Walaupun dah di beri makan kat hospital tadi tapi mana lah sedap. Makanan hospital. 

"Kita pergi Seksyen 15 ya." Tak da bantahan so perjalanan di teruskan ke Seksyen 15, his favorite mamak restoran.  Aku ingatkan, malam-malam Jumaat orang tak ramai tapi sangkaan ku meleset. Restoran tu hampir penuh. Penuh dengan students. Kami pun carilah tempat duduk dan dapatlah duduk kat dalam.

Duduk aje, bau bawang. Sudah.. Aku bukan suka pun bawang, tapi dah tak ada tempat aku duduk je. Seperti biasa aku akan di kelilingi oleh anak-anak aku. Masing-masing sibuk bagi update. Yalah ibunya tak ada kat rumah dari hari Rabu lagi. Lepas dengar update dia orang aku pun menatap skrin talipon aku balik. Aku tak peduli orang dah.

Halfway through, aku tersedar yang aku berpakaian amat lah tak sesuai untuk berada di restoran. Kat rumah oklah. 


"Ya Allah!!!Ibu pakai macam ni aje?" 

Aku pandang sekeliling ku, semua pakai kemas dan cantik. Tak macam aku. Selebet. Zaki, anak aku yang suka membahan orang pun menyampuk. "Selekeh. Palinglah  selekeh."

Rasa aku nak luku aje kepala dia. Nasib baik dia duduk across dari aku. Kalau tak memang dah kena.

Apa taknya. Pakai seluar sukan yang paling lusuh, t-shirt berlengan pendek di cover dengan kemeja lusuh. Tudung pulak main pakai aje. Sebenarnya tudung tu je aku bawak ke hospital. Tak pakai anak tudung. Jadi rambutku pun mula lah nak melihat dunia. Amatlah tak matching dan tak selesa.

 Aku langsung hilang selera nak makan. Maggie sup yang aku idamkan aku bagi pada Amir yang memang sedang menunggu.

Bila nak balik, segan juga aku nak jalan keluar. Tapi nasib baik masa tu pinggang aku memang tengah sakit, jadi aku jalan perlahan-lahan. Bukan berlakon tapi memang kenyataan. Silap pusing terus kaku - sakitttttttttttt.......

So bila sampai rumah, aku telan pain killer dua biji dan terus naik katil. Ingat kan terus tidur tapi mata aku tak mau berkerjasama. Terkebil-kebil memandang siling. Nak tak nak, aku capai buku Hlovate aA+bB dan bacalah sampai pukul 3 pagi. Bila mata dah mula nampak double and triple baru lah dapat tidur. Tapi tak lama kan... Subuh pun menjelma. Lepas subuh, aku sambung tidurku... Happynya......

Sunday, August 25, 2013

Hmmm....Raya tahun ini....

Selamat Hari Raya! Dah 19 hari kita menyambut hari raya di bulan Syawal ni yea..Masing masing masih sibuk menghadiri Open house. Heheh... pergilah selagi terlarat, tapi ingat jangan makan banyak-banyak. Jangan bawa tupperware dan tapau pulak tau!
 
Bila masing-masing dah buat open house hujung minggu, jalanraya kat KL ni mula lah jam kan. Kadang-kadang malas la pulak nak jalan bila kenangkan kesesakan lalu lintas ni..Anyway, drive carefully and enjoy all the good foods ya.

Bagi saya, raya tahun ni kurang ooommmmppphhh nya.. Bila di kenang balik, tak da gambar di pagi raya. Padahal yang lelaki semua memakai baju melayu olive green dan yang perempuannya pula memakai pink. Tak tahu la kenapa tak tangkap gambar, Aisyhhhh rugi rasanya tak bergambar.

Pergi berjalan raya pun tak. Balik Seremban pada hari raya pertama dan pada petang raya kedua, dah balik  Bangi semula. Lepas tu terus tak pergi mana-mana. Aku pun tak tahu apa aku buat. Lebih banyak menghabiskan masa dengan anak-anak. Yalah, keempat-empat orang bercuti, jadi dapatlah ibunya bermanja dengan anak-anak. Heh! bukan anak bermanja dengan ibu, tapi ibu bermanja dengan anak. Bila lagi kan????

Ingatkan nak pergi jalan hujung minggu, tapi aku pulak sakit. Masuk hospital... so berayalah di dalam hospital for four days. Nak buek macam mano...Dah nak sakit. Tapi elok gak.. Dapat aku rest betul-betul. 

Aku habiskan masa dengan membaca buku novel. Semua novel melayu. Sekarang ni musim membaca novel melayu. Sebabnya, English novel yang aku nak belum ada di pasaran. So, aku jumpalah tiga penulis novel melayu yang dah jadi favorite aku. Semua buku mereka aku dah habis baca. Sekarang ni tercari-cari, buku apa lagi yang best di baca.

Alangkah bagusnya kalau aku terjumpa websites yang buat review semua novel melayu ni dan juga bagi rating to the books. Senang sikit bila nak membeli. Sekarang ni aku main beli aja... sedap ke tak aku tak tahu. Baca je sinopsis kat belakang tu, kalau rasa best terus masuk bakul. Bila baca...hmmm macam penulis baru... not descriptive enough....

Okaylah... dah jauh malam ni. Aku nak masuk beradu pula. Selamat Malam... Jumpa lagi ya.


 

Tuesday, November 16, 2010

Sedihnya aku

Semalam aku pergi melawat abah aku kat Hospital Putrajaya. Keadaan ayah aku ini sudah kritikal dan dia masuk sebab nak mengeluarkan air dari perut dia. 


Aku keluar pejabat tepat pada waktunya tetapi disebabkan banjir kilat yang berlaku kat KL semalam, aku lewat sampai. Aku sampai pukul 7.30 malam. Sesampai aku kat sana, aku nampak adik dan mak aku sahaja yang ada. Bila aku tanya adik aku, dia jawab memang dia tak cakap kat semua orang sebab ini dah macam rutin pulak. Bilik pun di bilik dan wad yang sama.


Bila aku masuk, aku tengok ayah aku masam aje. Tidak seperti selalunya dia ceria bila nampak kami. Keadaan fizikal dia pun dah lemah, Badannya kurus dan yang besar hanya perutnya. Aku tengoh ada dua orang student nurse tengah mengambil tekanan darahnya. Lama juga lah mereka nak dapatkan tekanan darah abah aku. Abah aku cakap penat dan tak dapat tidur sebab ramai yang datang mengambil melawat dan mengambil bacaan yang perlu. Kesian aku tengok dia.


Sebab mungkin dia penat, dia moody. Aku pun kena sebijik dengan dia bila aku nak tolong picitkan kakinya. Sakit katanya. Adik-adik aku rupanya sudah kena dari hari Jumaat lagi. Semua tak kena. Adik bongsu aku yang boleh dikatakan yang rajin melayan kerenah ayah aku pun takut. Dia kata dia kena pagi semalam semasa menghantar makanan pagi pada abah dan mak aku.


Aku terdiam bila mendengar kata kata adik aku. Abah aku tak pernah marah kita orang. Tinggikan suara pun tak ada. Tiba-tiba bila dia buat macam ni, rasa takut dan sayu juga ada. Mungkin masanya sudah hampir. Apa yang aku boleh lakukan ialah berdoa agar Allah ringankan penderitaannya dan membaca Surah Yaasin.


"Ya Allah. Ringankan lah penderitaan ayah ku dan sihatkan ibuku." Amen.