Showing posts with label hlovate. Show all posts
Showing posts with label hlovate. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Hari yang sungguh slow......

Ahhh.... Bengong rasanya hari ni. Tak tau kenapa. After seminggu MC, hari ini  baru masuk kerja. Perghhhhh... email punya lah banyak... tapi banyak yang tak relevant lah kan. So, sort, pick and delete. Senang. Half of the mail gone...gone...and gone. Yeahhhhhh!!!!

Memandangkan dah lama injin sejuk, amatlah slownya nak buat kerja. Pandang-pandang, belek-belek mana email yang patut di attend dulu. Sikit aje yang urgent. Yang not SO urgent, nantilah ya bila ada mood baru ku attend.

Dahlah otak slow, badan pun slow sebab tak cukup tidur maka semuanya serba tak kena. Last-last aku buka e-Novel, buka buku cerita, dan apa saja yang boleh membuat ku segar, tersenyum dan panas. Tapi masih gagal....

Aduh... seksa tul. Nasib baik Encik Boss training, kurang juga pressure. Tapi hari ini kelas dia habis awal pula. Pukul empat dah tercongok kat meja dia, so masih sempat lah dia nak menanya aku dengan soalan yang aku tak ada jawapan. Belum sempat aku duduk, dia dah panggil aku. Ngeeee..... geramnya. Soalan dia senang aje tapi disebabkan benda yang di diskus tu, dulu aku tak campur, maka jawapan yang aku bagi agak vague lah.  Nasib baik dia terima juga explanation aku, kalau tak haru aku nak menjelaskan kat dia tu. Ya lah sebab benda ni dah jadi issue, nak tak nak terpaksa aku masuk campur gak lah. Kalau tak, hmmmm.... lambat lah nak resolve. Poning dennnn....

Masuk petang sikit, office ni macam freezer. Masing-masing dalam office ini beku. Siaplah dengan baju sejuk, pashmina, and whatever yang boleh memanaskan badan di salut di badan. Heh! Caramel Latte aku dari Gloria Jeans itu pun cepat sejuk. Ingatkan nak panas badan minum coffee, tapi minum coffee suam. Sungguh tak best.

Memandangkan aku hari ini agak off maka aku menghadapi masalah sikit. I was technically challenge by technology. Tersangkut sekejap sebab tak boleh nak order buku online. Selalunya sekejap aje aku buat tapi kali ini dekat sejam juga aku baru dapat beli buku dari Jemari Seni. Buku apa lagi... Buku-buku karya si Hlovate. Aku harap aku akan dapat buku tu dalam minggu ni. Bolehlah menghabiskan hujung minggu tu nanti dengan membaca buku yang aku order.

Alamak... aku dah lupa apa id yang aku pakai. Selalunya aku guna standard id, tapi di sebabkan aku tersangkut masa registration kat Jemari Seni website, standard id aku dah di guna. Cehh... terpaksa lah aku memerah otak ni memikir apa id yang aku guna tadi. InsyaAllah bila dah relax kat rumah nanti, mesti ingat.

Hahaha... satu lagi nak update. Aku dah hadiahkan kat staff aku buku 13 Jam A380. Dia dah habis baca, dia pas pada staff aku yang lagi satu tu. Maka pagi tadi kami ada perbincangan. Siap staff aku kata, "Emma tak setuju dengan pilihan Puan." 

"Hah?" jawap aku yang masih slow.
"Ni ha." Di angkatnya buku tu. Tak tau sapa yang nampak.
"Saya geng Fawwaz." Member yang lagi satu pun jawap.. "Ya, Ju pun Fawwaz."
 "Tak pa lah... Saya Haidar."

Maka berbincanglah kami. Instead of focusing on the work in front of us, kami bincang karya nukilan Evelyn Rose yang kedua itu. Pastu si Emma sempat cakap lagi. "Saya dah promote ke Roshdi tu baca."

Aku senyum. Jarang dengar lelaki baca novel-novel begini... Biarlah dia pergi mencari novel tu. Tak jauh office dia dari Kinokuniya tu...

Okaylah... aku nak balik dah... bila aircond dah tutup banyak juga idea aku nak tulis... Hehehe.... okay. 

Salam.



 

 

Saturday, September 7, 2013

Hari yang Selebet

Arghhhh...... Dah dekat nak habis makan baru aku perasan yang aku berpakaian palinglah selekeh. Yalah makan kat luar dan orang ramai pula tu...
 
Hmmmm.... sebenarnya masa tu aku baru keluar dari hospital. Sepatutnya cik abang datang awal tetapi dia datang lepas Isya'. Dah lah lambat, lepas tu bawak pulak budak-budak ni. Heh mungkin dia bawak sebab nak suruh angkat barang aku kot.

Dahlah dia datang lambat, dia bawa pula anak-anak dan MIL. Ini aku dah nak balik ni. Sebelum tu mana dia nak bawa. Aku pun tak bagi sebab bising.

Dia datang dengan membawa kereta kegemaran dia. Kereta yang dah berumur sama dengan anak kedua aku. Pergh.... bengang. Macam mana nak muat ni. Ya lah kalau empat dari enam orang saiz masing-masing besar, boleh ka muat?

Sebab tak puas hati, aku pergi tanya. "Muat ke ni?" 
"Muat. Tengoklah macam mana I buat."

Aku pun dengan selamba dog, buka pintu depan masuk dan perhatikan macam mana dia nak buat. Lepas sorang-sorang dia atur masuk. Muat. Memang muat tapi macam sardin le. Budak-budak tu pun bisinglah. Tak selesa.Tak dapat duduk dan berbagai jenis komen boleh dengar.

Sebab kesian dengan budak-budak tu, dan kepala pun dah pusing, aku pun selamba membuat satu statement yang memang tidak di gemarinya.

"Grandis kat rumah tu buat hiasan ke?" 

Member nampak bengan walaupun tersengeh. Dia pun memandu perlahan-lahan menuju ke Bangi dari Kajang. Kenalah kan sebab dah sarat dan lagi pun kereta dah uzur.  Kalau laju-laju kan ada yang terantuk ke, terlambung ke atau kereta tu patah ke. Halfway kat Bangi dia decided nak pergi makan. Oklah. Aku pun nak makan gak. Walaupun dah di beri makan kat hospital tadi tapi mana lah sedap. Makanan hospital. 

"Kita pergi Seksyen 15 ya." Tak da bantahan so perjalanan di teruskan ke Seksyen 15, his favorite mamak restoran.  Aku ingatkan, malam-malam Jumaat orang tak ramai tapi sangkaan ku meleset. Restoran tu hampir penuh. Penuh dengan students. Kami pun carilah tempat duduk dan dapatlah duduk kat dalam.

Duduk aje, bau bawang. Sudah.. Aku bukan suka pun bawang, tapi dah tak ada tempat aku duduk je. Seperti biasa aku akan di kelilingi oleh anak-anak aku. Masing-masing sibuk bagi update. Yalah ibunya tak ada kat rumah dari hari Rabu lagi. Lepas dengar update dia orang aku pun menatap skrin talipon aku balik. Aku tak peduli orang dah.

Halfway through, aku tersedar yang aku berpakaian amat lah tak sesuai untuk berada di restoran. Kat rumah oklah. 


"Ya Allah!!!Ibu pakai macam ni aje?" 

Aku pandang sekeliling ku, semua pakai kemas dan cantik. Tak macam aku. Selebet. Zaki, anak aku yang suka membahan orang pun menyampuk. "Selekeh. Palinglah  selekeh."

Rasa aku nak luku aje kepala dia. Nasib baik dia duduk across dari aku. Kalau tak memang dah kena.

Apa taknya. Pakai seluar sukan yang paling lusuh, t-shirt berlengan pendek di cover dengan kemeja lusuh. Tudung pulak main pakai aje. Sebenarnya tudung tu je aku bawak ke hospital. Tak pakai anak tudung. Jadi rambutku pun mula lah nak melihat dunia. Amatlah tak matching dan tak selesa.

 Aku langsung hilang selera nak makan. Maggie sup yang aku idamkan aku bagi pada Amir yang memang sedang menunggu.

Bila nak balik, segan juga aku nak jalan keluar. Tapi nasib baik masa tu pinggang aku memang tengah sakit, jadi aku jalan perlahan-lahan. Bukan berlakon tapi memang kenyataan. Silap pusing terus kaku - sakitttttttttttt.......

So bila sampai rumah, aku telan pain killer dua biji dan terus naik katil. Ingat kan terus tidur tapi mata aku tak mau berkerjasama. Terkebil-kebil memandang siling. Nak tak nak, aku capai buku Hlovate aA+bB dan bacalah sampai pukul 3 pagi. Bila mata dah mula nampak double and triple baru lah dapat tidur. Tapi tak lama kan... Subuh pun menjelma. Lepas subuh, aku sambung tidurku... Happynya......

Tuesday, September 3, 2013

Anthem By Hlovate

Salam.


Everybody has a past, Everybody lives a present and everybody deserves a future - Quotes from Anthem.

Thanks to Batrisya Amelia for the picture
Sekarang ni agak sibuk sikit kat office jadi tak dapat nak update selalu. Lagi pun mood nak menulis hilang sebab leka membaca buku Hlovate. Yup... she is now one of my favorite author.

It only took me within 24 hours to finish Anthem. Buku ini sesuai juga untuk remaja. Memang bagus perjalanan cerita bagaimana seorang anak diplomat yang boleh di katakan hidup nomad, yalah... berpindah randah, mencari ilmu ugama. 

 Buku ini mengisahkan Dash atau nama penuhnya Nor Dania Dashini Bt Johari yang di hantar oleh ibubapanya untuk bersekolah di Malaysia. Masa tu dia di dalam tingkatan empat. KDash menjadi outcast dekat sekolah kerana gayanya yang lebih kepada cara barat. The teachers like to pick on her. Walaupun begitu, Dash mempunyai bakat dalam muzik.Jadi dia pun join band sekolah main trombone dan juga main violin.

Dash mempunyai satu mentor atau ketua, Badlee atau Lee, dan Dash cukup tak suka dengan Lee yang suka mendenda mereka jika buat salah. Lee ni garang dan serious, jadi gelaran yang di beri oleh Dash pada Lee ialah Hitler. Lee juga merupakan seorang nomad seperti dia dan bila mereka bertemu semula di Delhi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di University of Aberdeen, they became closer. There's a chemistry between them.

Dalam buku ni, tak banyak pasal percintaan mereka. Sebalik, banyak cerita mengenai pencarian ilmu agama islam oleh Dash. Dash, yang asalnya bergaya goth, akhir mula menukar lifestylenya dengan memakai tudung, tetapi cabarannya agak besar bila dia balik kerumah ibu bapanya. Kedua-dua orang tuanya tidak tahu yang dia menutup aurat. Hanya adiknya, Haikal yang tahu. 

Haikal yang agak wild juga mula tertarik dengan kehidupan kakaknya dan akhir sekali dia pun bersama mencari ilmu agama islam

Hlovate berjaya menyampaikan dakwah secara halus. Hlovate juga tahu banyak pasal muzik  dan I can relate on that one. Now, Viopipe by Butterfinger menjadi kegemaran anak-anak ku. Adakah lagu ini akan mencabar Amir untuk serious belajar violin nya? Insya allah.

Since the book has not much loves stories between Dash and Lee , I gave the book to Amir to read. He is desperate for books to read, so I hope he will enjoy the book as I do.

Below is the song  Viopipe by Butterfinger, which becomes one of Dash favorites. Hope you enjoy the somng