Tuesday, September 3, 2013

Anthem By Hlovate

Salam.


Everybody has a past, Everybody lives a present and everybody deserves a future - Quotes from Anthem.

Thanks to Batrisya Amelia for the picture
Sekarang ni agak sibuk sikit kat office jadi tak dapat nak update selalu. Lagi pun mood nak menulis hilang sebab leka membaca buku Hlovate. Yup... she is now one of my favorite author.

It only took me within 24 hours to finish Anthem. Buku ini sesuai juga untuk remaja. Memang bagus perjalanan cerita bagaimana seorang anak diplomat yang boleh di katakan hidup nomad, yalah... berpindah randah, mencari ilmu ugama. 

 Buku ini mengisahkan Dash atau nama penuhnya Nor Dania Dashini Bt Johari yang di hantar oleh ibubapanya untuk bersekolah di Malaysia. Masa tu dia di dalam tingkatan empat. KDash menjadi outcast dekat sekolah kerana gayanya yang lebih kepada cara barat. The teachers like to pick on her. Walaupun begitu, Dash mempunyai bakat dalam muzik.Jadi dia pun join band sekolah main trombone dan juga main violin.

Dash mempunyai satu mentor atau ketua, Badlee atau Lee, dan Dash cukup tak suka dengan Lee yang suka mendenda mereka jika buat salah. Lee ni garang dan serious, jadi gelaran yang di beri oleh Dash pada Lee ialah Hitler. Lee juga merupakan seorang nomad seperti dia dan bila mereka bertemu semula di Delhi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di University of Aberdeen, they became closer. There's a chemistry between them.

Dalam buku ni, tak banyak pasal percintaan mereka. Sebalik, banyak cerita mengenai pencarian ilmu agama islam oleh Dash. Dash, yang asalnya bergaya goth, akhir mula menukar lifestylenya dengan memakai tudung, tetapi cabarannya agak besar bila dia balik kerumah ibu bapanya. Kedua-dua orang tuanya tidak tahu yang dia menutup aurat. Hanya adiknya, Haikal yang tahu. 

Haikal yang agak wild juga mula tertarik dengan kehidupan kakaknya dan akhir sekali dia pun bersama mencari ilmu agama islam

Hlovate berjaya menyampaikan dakwah secara halus. Hlovate juga tahu banyak pasal muzik  dan I can relate on that one. Now, Viopipe by Butterfinger menjadi kegemaran anak-anak ku. Adakah lagu ini akan mencabar Amir untuk serious belajar violin nya? Insya allah.

Since the book has not much loves stories between Dash and Lee , I gave the book to Amir to read. He is desperate for books to read, so I hope he will enjoy the book as I do.

Below is the song  Viopipe by Butterfinger, which becomes one of Dash favorites. Hope you enjoy the somng


 


 

No comments:

Post a Comment