Wednesday, August 28, 2013

Geram ngan lori hari ini...

Hari ini tiada apa yang istimewa berlaku. Baik di rumah mahu pun di office. Suasana tenang. Heh...tenang apanya. Sibuk hari ini membuat status update untuk meeting dengan bos.

Hari ini, bila aku sampai kat parkir office, banyak lagi kosong. Heeheehee... ramai yang tersangkut kat jalan raya. Ya lah... penutupan jalan raya. Oleh tu, dapat lah memilih parking mana aku nak. Rambang mata sat pagi tadi kat parkir. 

Makanan yang ada di atas meja ku
Hari ini, aku dengar setengah orang gembira teramat-amat dan setengah lagi sedih mengenangkan nasib. Bagi aku dan kawan-kawan jabatan aku, it was business as usual. Discussion, issues and meeting... nothing interesting.

Hari ini meeting start lambat tapi habis tetap on time. Pertama, dah ada orang book bilik tu dan yang kedua, bos ada meeting ngan vendor. So selamat lah... tak payah nak menjawab banyak-banyak. Di sebabkan dia keluar, kami pun macam tikus lah... mula membuka kuih-kuih dan makanan yang ada di atas meja aku.

Siap macam party lagi. Buat air kopi, makan kek, biskut dan keropok. Heh.. puas. Dah puas makan, nampak bos balik. Masing-masing terus duduk balik ke tempat masing-masing. Aku sengih aje sebab mereka berkumpul dekat meja aku.

"Apa cepat sangat dia balik? Kenapa tak balik terus kan?" tanya aku pada kawan aku yang sibuk minta update,

Tepat pukul 6 petang masing-masing pun tutup laptop dan angkat kaki. Tapi aku dan beberapa orang lagi masih duduk membuat kerja hinggalah pukul 6.45 petang. Air cond pun dah di tutup. Sebelum lemas kepanasan baik aku balik. Pack barang  dan aku terus menuju ke surau yang berada di tingkat satu untuk solat Asar. 

Selalunya pada waktu ni orang masih ramai buat kerja kat tingkat satu ni, tapi hari ini sunyi sepi. Aku pun seriau gak nak ke surau tapi alhamdulillah terserempak dengan officemate aku. So, lepas solat aku tunggu waktu maghrib, sebab hanya tinggal 20 minit lagi sebelum masuk waktu maghrib.

Aku jarang borak dengan cik puan ni, tapi sesekali dapat borak tu seronok gak. Usai solat maghrib, kami pun bergerak menuju ke parkir. Kawan aku tu meneruskan perjalanan ke keretanya yang di letakkan agak jauh dari bangunan office kami.

Seperti biasa, jalan kat KL ni mana ada tak jam. Tersangkut lah aku untuk beberapa seketika di Federal Highway dan juga NPE. Bila jalan clear, aku pun terus pacut ke arah KL-Seremban Highway. 

"Adui... jam, jam, jam.." kata ku perlahan bila melihat kereta yang berderet di atas jalan raya. Aku menyusur perlahan untuk memasuki  lane yang paling kiri. Baru nak masuk, tiba-tiba datang satu lori ni memecut dan tak nak beri aku ruang.

"Fine..." kata ku geram. Aku terus menyusur di emergency lane dan memotong kereta yang berada di depan lori tu. Aku terus bagi signal dan tukar ke lane tengah sebelum ke lane kanan.

Aku betul-betul bengang dengan pemandu lori tu tadi. Bukannya tak boleh bagi aku masuk pun. Tapi perasaan bengang tu tak lama. Aku terus memandu perlahan-lahan, macam kura-kura, menuju ke Tol Sg Besi. Lama gak lah tersangkut. Bila dah lepas dari MINT Hotel tu, baru lah boleh laju sikit.

Aku terus memandu laju ke arah Kajang, dan tak jauh dari Tol Kajang, tiba-tiba sebuah lori yang berada di lane kiri di depan ku, memotong masuk ke lane tengah. Nasib baik aku cepat brake. Kalau tak tau apa jadi.

Seminit kemudian, sebuah lori di belakang ku pula masuk lane tengah. Aku cuak gak dengan lori ni sebab dah uzur nampaknya. Ini berdasarkan dari kaca mata aku yang dah tua ni lah. Dah lah tua, lampu nya hidup sebelah aje. Yang buat aku betul-betul cuak, dia ikut rapat dengan kereta aku.

"Ishh... depan lori, belakang lori. Tak boleh jadi ni." Aku terus mengikuti lori tu yang mana ia di pandu agak laju. Bila aku dapat peluang masuk lane kiri, aku cepat-cepat swing kereta aku ke lane kiri.

Aku sebenarnya tak suka terperangkap between big vehicles. Aku rasa lemas especially kalau aku tak boleh nampak apa yang di depan aku. Lagi satu aku tak suka bila motosikal di depan atau di sebelah aku. Rasa kekok aku bawak kereta. Taku terlanggar dia orang.

Dulu aku tak kisah sangat tetapi bila umur makin meningkat, reflex tu agak slow sikit. Kalau dulu selamba aje aku boleh drive 130 - 140mph, sekarang ni dah kurang. Entah-entah tak lama lagi, aku bawak kat lane belah kiri aje. Yalah, kalau dah bawa 70kph,kat lane kiri tu lah duduknya kan.

Okay...aku nak chao ni... nak sambung menaip benda lain pula. 

Bye, salam.

No comments:

Post a Comment