Wednesday, October 20, 2010

Sana Sini Jam

Hari ini aku ada appointment hantar kereta untuk servis. Biasalah kalau hantar kereta servis, dah tentu kena pergi pagi-pagi. Jadi aku hari ini siap awal dari biasa. Pukul 7 pagi dah siap tapi aku keluar rumah pukul 7.15pagi dengan harapan tak jam tapi jangkaan aku meleset.

Jam pertama aku jumpa, di lebuh raya SILK. Aku tersekat lebih kurang 20minit. Dah lepas jam kat SILK highway. jam dekat TOL Kajang. Smart tag rosak pagi ni jadi berpusu-pusu lah kereta masuk laluan lain. Dah sangkut lagi kat sini tapi tak lama dalam 5 minit.

Sampai kat Seremban-KL Highway, aku happy boleh pecut. Lepas Sg Besi TOL, dekat Desa Petaling, waduh...jam lagi. Terpampang kat signboard kata Laluan Sesak Menuju Bandaraya. Apa nak buat. Dah nasib aku. Sabar ajelah.

Sebab aku nak ke PJ, aku melenconglah mengambil laluan East-West Link, kat sini memang terkenalah dengan jamnya. Lama jugalah aku tersangkut kat sini tapi bila dah lepas exit Kg Kerinchi barulah aku dapat bergerak laju sikit. Aku lewat 10minit dari janji temu aku. Nasib baik tempat tu tak ramai orang hantar kereta servis jadi aku terus dilayan.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah kesesakan lalu lintas kat KL ini dan tol. Dari rumah aku, kalau nak KL, mesti kena bayar tol. Tak ada jalan yang tak kena tol. Jadi aku terpikir bayar tol sana-sini tapi jalan masih lagi sesak. Adakah sistem jalanraya kita ada kekurangan? Adakah dengan membina lebuhraya akan mengurangkan kesesakan jalanraya? Aku rasa tidak. Adakah perkhidmatan awam jawapan untuk kesesakan ini? Aku tak tahu sebab aku boleh blog pasal public transport ini.

Jadi apa yang harus kita buat sebagai pengguna jalanraya. Car pool? Aku rasa tak berapa effective. Jadi apa ya? Any suggestion?

3 comments:

  1. dah berbelas tahun kenapa la still ada lagi tol tu.. hutang tol gerenti dah selesai.. tapi masih lagi nak kena bayar.. pastue bukannya murah utk satu tol tue kan..

    ReplyDelete
  2. Betul tu Nadzmi. Kalau tengok jalan nak masuk KL tu semua ada tol. Bukalah sampai 10 lane tapi bila dah lepas tol, merge jadi dua lane. Jam sakan lah.

    ReplyDelete