Sunday, October 17, 2010

Panasnya hari ini...

Hari ini aku pergi Putrajaya. Melawat ayahanda tercinta yang masuk hospital sejak Jumaat lalu. Aku tak nak cerita pasal ayah aku. Sedih. Lain kali lah. Yang aku nak cerita betapa sejak dua tiga hari ini, panas terik.

Pooh, tadi pagi masa aku hantar anak aku kelas musik, aku dan anak aku ZAS pakai cermin mata hitam. Aku kalau terlampau panas dan tak pakai cermin mata hitam sakit kepala jadinya. Masa petang tadi, sedang aku memandu, aku pun mencarilah cermin mata hitam aku. Selalunya aku letak cermin mata tu kat sebelah kiri aku tu tempat letak air. Raba punya raba, cari punya cari tak ada. "Mana pula pergi benda ini," aku merungut seorang-orang dalam kereta. Sampai aku tulis blog ni, aku tak jumpa juga.

Kalaulah ada orang ambil cermin mata hitam aku tu, selamatlah. Cermin mata aku tu, brand Ray-Ban, dah aku customisekan ikut power mata aku. Heh! power cermin mata aku tinggi. Pakai kan tak nampaklah orang tu. Harap-harap dia tak pakai masa bawa motor atau kereta. Nyanya jadinya.

Eh! Melalut aku. Aku nak cerita panas terik dua-tiga hari ini. Tak tau bila hari nak hujan. Ada juga kebaikkan tak hujan hujung minggu ni. Kering baju semua tapi janganlah berpanjangan. Nanti kemarau susah pulakan. Sekarang ini susah nak teka bila hujan, bila panas, bila banjir, bila kemarau. Ini semua gara-gara global warming. Salah sapa? Salah manusia jugakan. Kita terlampau tamak, terlampau nak maju hingga kita lupa pasal dunia ni. Kita kena jaga juga muka bumi dan prihatin dengan alam sekitar. Jangan terlampau tamak semua hutan di tebang buat balak. Elok juga kalau barang-barang buangan tu di kitar semula. Aku rasa aku akan blog pasal kitar semula nanti.

Okaylah..aku chao dulu...Bila aku senang aku muncul semula okay. Salam...


3 comments:

  1. yup mmg panas dua tiga hari ni.marilah semua umat manusia kita selamatkan bumi! blog pasal kitar semula ya,i suka tu

    ReplyDelete
  2. Kalau hujan kita susah, panas pun kita susah. Mari kita salahkan tauke balak yang tamak tu.

    ReplyDelete