Monday, October 18, 2010

Pagi-pagi lagi aku dah bengang!

Pagi ini, aku bangun tidur tengok air tak ada. Bengang betul! Bilik air adalah sebab air tangki tapi air kat dapur elek. Bila aku buka paip pagi ini, bunyinya "sshhhh". Aku tutup. Aku buka balik air masih tak ada. Geram aku. Kena lah masuk bilik air ambil air.

Aku tak tau lah dengan syarikat yang mengurus air kat tempat aku. Ini bukan kali pertama aku bangun pagi tak ada air. Minggu sudah pun macam tu. Dah pukul 11 pagi baru air ada. Kalau nak tutup air, sekurang-kurangnya berilah tahu. Hantarlah surat supaya orang ramai tahu air tak ada. Ini tak buat orang stress aje pagi-pagi.

Apa yang aku tenguk kurang sikit ialah menghargai pelanggan. Kalau dia tahu menghargai pelanggan dia takkan biarkan pelanggan begini. Entahlah mungkin dia rasa dia seorang yang mengurus air kat sini, jadi dia bolehlah tidak mengendahkan pelanggan. Salah konsep ni. Seeloknya lah jangan ada monopoli.Kita mesti ada satu lagi syarikat yang dapat menawarkan penrkhidmatan dan pengurusan air yang baik. Baru lah mereka sedar macam mana nak jaga hati pelanggan.

Tengok telekomunikasi. Berapa banyak syarikat yang bersaing. Jadi persaingan hebat. Tiada monopoli. Aku tak suka Celcom aku lari ke Maxis, tak suka Maxis aku lari ke Digi. Jadi banyak pilihan asalkan syarikat itu dapat memenuhi cita rasa aku.

Jadi macamana agaknya kita nak sedarkan syarikat yang menopoli ini. Susahkan nak menyedarkan mereka supaya meningkatkan servis mereka. Any idea?

2 comments:

  1. tak berapa syabas lah pekerjaan mereka yer di area sana... issue air takde kat my area mmg blom pernah kot. nasib baik dowh.

    ReplyDelete
  2. Kalau sekali okaylah tak marah tapi kalau dah dua tiga kali tu marah lah juga.

    ReplyDelete