Monday, August 25, 2014

UWEC Reunion

Semalam aku pergi majlis perkahwinan anak perempuan Carlos dan Ana di Bukit Mewah, Kajang. Seronok sebab dapat jumpa member-member satu universiti dulu. Semalam tu kira mini reunion untuk kami yang belajar di UWEC dulu.
UWEC Malaysian Alumni Reunion

UWEC Malaysian Alumni Reunion

Aku sampai agak lewatlah bagi seorang yang duduk di Bangi. Bukan jauh pun Bangi ke Kajang tu tapi disebabkan aku kena pergi ambil anak aku dari sekolah dia dekat Jalan 4 tu, jadi terpaksa detour sikit. Lagipun ingatkan trafik okay, tapi 200m sebelum sampai sekolah, kereta dah berderet-deret. Masing-masing datang nak jemput anak balik sekolah. Semalam tu dia orang ada majlis Merdeka Raya. Semua kena pakai baju melayu atau jubah. Si Amir pakai baju melayu bersamping pergi majlis. Nasib baik warna baju tak sama dengan tuan rumah. Kalau tak kena bertugas dia menjadi penyambut tetamu.

Sampai-sampai aja jumpa Ana dan Carlos dulu dan Ana cakap ada Shott, Nor, Kone dan few more lah. Yarham dah balik dulu. Hish.. punyalah teruja nak jumpa depa. Kawan lama katakan.
Mula-mula ambil makanan dulu. Itu pentingkan. Lagipun dah pukul 2 petang. Dah lapar. Dah ambil nasi, mata pun melilau cari depa. Scan punya scan...zuuppp nampak Shott or Aishah yang sanggup turun dari Ipoh. Happylah pergi ke meja dia orang.

Ada Nor or Norhazizam or Farihah Iskandar, Kone or Wan Rohani, Eda or Siti Noraida, Sherry @ Saripah Noraslida. Sherry ni my housemate masa kat Eau Claire. Pastu ada Naz husband Eda. Borak-borak kejap lepas tu minta diri nak makan dulu.

Balik kat meja tengok anak-anak dan En Hubby dah makan, jadi kita pun bismillah lah dan terus makan. Tapi sebab nak cepat nak jumpa member, rasa makan pun tak lalu. Hati nak join depa aja yang meja hanya selang tiga meja dari meja aku.

Sedang makan cari lagi kalau ada lagi geng. Hah... nun tidak jauh dari meja Nor and the gang, nampak Jett or Rohizir, Saat, Kamdin or Kamarudin and Makri or Ahmad Fikri.

Bila dah habis makan, aku pun minta izin from hubby kata nak join the other group. Dia kata tak boleh lama sebab kita kena pergi ambil kereta kat KL. Adusss.... kenapa lah hantar kereta service kat KL. Dia bagi 20min aja. Dalam hati, haish... mana cukup? Kali ini ada Eton or Zaiton wife Kamdin dekat meja. Okay..banyaklah cerita yang disharekan.

Tak lama tu, masing-masing nak balik tapi sebelum tu sessi tangkap gambar dulu. So ramai-ramai pergi ke depan supaya Ana dan Carlos boleh join sekali. Puas lah bergambar. Bila nak dekat balik, abang Kamal dan wife datang. Tangkap gambar lagi. Tapi dalam phone aku ada satu gambar aja. Sebabnya photographer aku Zara. Dia malu.

Dah puas tangkap gambar so time to say goodbye. Insyaallah another reunion is plan in December. Seorang lagi nak sambut menantu. So dah kira empat orang dah bermenantu dan seorang lagi akan menyambut menantu in Disember. Aku dan yang lain-lain bila lagi? Hah! Anak masih bawah tanggungan FAMA macam mana nak kahwin. Biar habis belajar dulu ya....

Thursday, August 21, 2014

Novel-novel yang aku rasa best...


Seteguh Fayqa
Lama tak update blog ni. Dah bersawang dah. Bukannya tak nak  update tapi tak adamood. Seriously mood aku lari sejak aku masuk hospital pada dua Ramadhan hari tu. Baru ni mood aku ada balik semula... Heh! mungkin sebab aku ada baby baru kot .. my new MacBook Air. Rajin sikit lah kot
Sepanjang masa aku tak mood tu, aku habiskan membaca. Banyaklah juga buku yang habis aku baca tapi tak semua novel. Ada beberapa buah buku biografi-biografi tokoh-tokoh Islam dan juga wanita-wanita Islam. Buku-buku biografi ni ada yang khatam ada yang tidak Biasalah kan!
Dan selepas raya ni juga, banyak novel-novel baru dikeluarkan. Ada dua tiga yang aku memang dah tunggu lama. Apa lagi, seperti orang haus, aku pun orderlah buku-buku tu. Bila aku kira selepas raya ni aku beli 10 buah buku baru. Ada yang aku order direct dari penulis dan ada yang aku order dari penerbit dan ada yang aku beli dekat kedai buku dekat rumah aku.
Antara banyak-banyak buku baru yang aku baca ni, ini yang aku suka.. Seteguh Fayqa oleh Hanina Abdullah, Dia Cinta yang Dicari oleh Rehan Makthar, Dia Mr. Model oleh Wawa Taufik, Lelaki Sedingin dia oleh SyahSyah dan banyak lagi lah.
Hari itu, selepas aku baca Seteguh Fayqa, aku tag member-member ofis lama aku pasal buku ni. Heh! macam-macam komen tapi dia orang minta juga kat aku untuk recommendkan buku apa yang best... jadi kat bawah ni list buku-buku yang aku suka. Turutan tidak menunjukkan the ranking okay. So here it is.....
  1. Seteguh Fayqa - Hanina Abdullah
  2. Dia Cinta yang di cari - Rehan Makhtar
  3. Bicara Hati Kita - Rehan Makthar
  4. Dia Mr. Model - Wawa Taufik
  5. Lelaki Sedingin Dia - Syahsyah
  6. I Love you stupid - Melur Jelita
  7. My Precious Iris - Melur Jelita
  8. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah
  9. The Wedding Breaker - Evelyn Rose
  10. 13Jam di A380 - Evelyn Rose
  11. Jaja dan Din - Noor Suraya
  12. Wanita Lindungan Kaabah - Hana Ilhami
  13. Ya Maulana - Hana Ilhami
  14. Kerana Terpaksa Aku Relakam - Umie Nazirah
  15. Suami yang ku benci - Sufi Eman
  16. Sweet Sour - Nasz
  17. Lelaki Januari - HAfizah Iszahanid
  18. Laszuardi - Nasz
  19. Contengan Jalanan - Hlovate
  20. Anthem - Hlovate
  21. Aa + Bb - Hlovate
  22. 5 Tahun 5 Bulan - Hlovate
  23. Baju Melayu Hijau Serindit - Syud
  24. Untuk Segala Dosaku - Rin Ahmad
  25. Gadis Edisi Terhad - Rin Ahmad
  26. Arluna - Rin Ahmad
  27. Cinta Seorang Lelaki - PenaKayu
  28. Guy Next Door - Rose Harissa
  29. Kisah Naz dan Kaalish - Hanina Abdullah
  30. Yang Dia Pilih - Hani Fazuha.
Sebenarnya banyak lagi yang aku rasa best, tapi cukup lah sebanyak ni dulu. Mungkin bila aku rajin lagi aku naikkan lagi list yang aku rasa bestlah...  Best pada aku tak semestinya best pada kamu semua. Ianya subjektif.
Okaylah..berhenti sini dulu sebab hero tu dah ajak keluar. Lapar katanya dan tak nak makan makanan yang ada kat rumah ni.
Chao dulu.. Salam...

Wednesday, June 11, 2014

Bila lama tak memandu....

Sejak tak kerja ni, aku jarang bawa kereta jauh-jauh. Paling jauh aku bawa kereta ialah ke Alamanda, Putrajaya. Hah! Tu pun tak sampai dua puluh minit bawa kereta dah sampai. Rindu rasa nak redah jam... hehehehe....

Tapi hari Ahad hari tu dapat aku pergi bawa kereta jauh-jauh. Jauhnya tak lah sejauh ke Johor atau ke Perlis atau ke Pantai Timur, hanya ke Seremban aja. Dekatkan... tapi adalah dalam 4 jam perjalanan aku.. tapi tak semua dalam kereta.

Hari Ahad hari tu aku pergi jemput emak aku dari rumah adik aku kat Andalucia, Pantai HillPark dan hantar balik Seremban. Aku pergi dengan Syafiq dan Zaki. Zara dan Amir tinggal sama ayah dia orang.  Nak bawa dia orang balik, nanti bila mak aku dan Mus naik, memang tak muat lah kereta kecil tu.

Ingatkan dengan adanya anak bujang aku tu, dialah yang bawa kereta. Hmmmm... tak. Nak juga si ibu ini yang drive. So nak tak nak, aku kena bawalah kereta tu. Si abang duduk kat belakang. Main game dengar musik. Si Zaki dengan dunia Black Veil Bride dia. Tinggal lah si ibu seorang terkebil-kebil membawa kereta.

Untuk menghilangkan ngantuk, aku pun pasanglah CD yang memang tersedia terpasang dalam kereta tu. Lagu As Simple As Death. Lagu Your Rise dan Paroxysm of Remininsce. Volume dia aku pasang  agak kuat. Tiba-tiba si abang cakap, "Bu, kecikkan sikit. Kuat sangat." "Eh!" jawabku, "bukankah selama ni memang Afiq dengar lagu kuat-kaut." "Yang ni kuat sangat. Tak dengar lagu ni hah...," jawab dia lagi." Aku kesian aku kecikkan.

Sampai kat rumah adik aku, aku naik kejap jumpa dia. Heh... cucu-cucu sedara ku sudah menunggu. Dia orang ingat Amir dan Zara pun ada. Nak ajak depa swimming. Bila tengok hanya Zaki yang datang, frust dia orang. Lagi pun aku tak boleh nak duduk lama-lama sebab aku ada destinasi lagi satu untuk di tuju sebelum ke Seremban.

Dari rumah adik aku, aku hala pula ke rumah anak buah aku yang tak jauh dari rumah adik aku. Lain fasa saja. Aku pergi sebab nak jumpa cucu terbaru aku, Muhammad Adam. Dah dekat sebulan baru aku dapat lawat mereka.

Sampai sana, si Adam sedang nyenyak tidur. Mama dia cakap selalunya dia senang jaga kalau orang bising. Tapi kali ini, memang susah betul. Di angkat dari tempat tidur dia, senyap. Syafiq dukung pun senyaP. Onyang dia dukung pun senyap. Uwan Teh dia dukung lagi dia nyenyak. Macam tidur kat tilam dunlopillo. Dekat balik baru dia jaga. Dapat tengok mata dia....

Dah minum dan puas main dengan Adam, kami gerak balik ke Seremban. Memandangkan aku tak tahu jalan jam ke tidak, aku ikut LEKAS. Memang lekas sangat lah sampai Seremban. Selepas solat Asar dan minum, hehe...minum lagi..., kami pun bertolak balik. Sebelum balik sempatlah aku tengok drama Pembantu Rumah, Tuan Rumah.

Ingatkan sempatlah sampai Bangi pukul 7 petang, tapi minyak pula tinggal satu bar. Memandangkan aku tak boleh nak gauge lagi minyak kereta Saga ni, aku berhenti isi minyak dulu. By the time aku meninggalkan Seremban, jam menunjukkan pukul 6.45 petang. Memang sah tak akan sampai ke Bangi sebelum pukul 7 petang. 

Seperti yang di jangkakan, aku sampai pukul 7.10 malam dan sampai-sampai rumah berkunci. Cik Abang dah bawa Zara dan Amir pergi makan dan jemput mak dia. Nasib baik aku ada bawa kunci spare. Dapatlah masuk rumah..  Kalau tak mau bersapau di luar rumah...

Oleh kerana sepanjang petang itu aku berjalan, keesokkan harinya badan aku sakit-sakit dan penat tak terkata. Ni lah bila umur dah tua dan tak fit, cepat rasa penat. Nak muda balik tak mungkin kan? Jadi kenalah get fit.

Bilalah agaknya aku nak mula physical activity ni? Esok? Minggu depan? Bulan depan atau tak buat langsung? Nantilah... aku fikirkan...

Chao... dulu...

Sunday, June 8, 2014

Bila si kenit teruja....

Semalam jiran sebelah rumah buat kenduri. Kenduri menyambut menantu. Meriah sekali. Ini adalah  majlis perkahwinan yang kedua yang di buat oleh jiran sebelah. Tahun sudah anak lelaki dia yang nombor dua kahwin. Kahwin dengan orang Kedah. Kali ini, giliran si abang yang sulung. Dia berkahwin dengan orang Terengganu. Tinggal lagi dua orang yang belum kahwin tu. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dua-dua tu baru grad. Seorang graduan dari Australia dan seorang dari UITM. Si abang dalam kejuteraan sementara si adik pula kelulusan Charted Accountant. Mana tahu tak lama lagi giliran mereka berdua pula.

Hari Khamis hari tu, orang datang pasang khemah. Dari depan rumah aku, sampailah ke hujung jalan dan juga di padang permainan, khemah di pasang. Sejak hari Khamis tu juga Si Zara sibuk bercerita pasal perkahwinan. Dia yang lebih teruja. Ya lah... kat rumah  ni lambat lagi nak buat majlis perkahwinan.

Si Zara ni punyalah berkobar-kobar nak ada si kakak, dia sibuk buat speku. Speku pasal si abang sulung dia. Agaknya macam mana lah rupa si isteri Syafiq, suka tak isteri abang Syafiq ni dengan dia. Pakai tudung ke tidak. Sampai penat aku melayan.

Dia lupa yang si abang ni muda lagi. Belum pun masuk dua puluh tahun. Masih lagi belajar. Lagi pun, si abang tu mana ada girlfriend. Jadi tak payah lah nak berangan-angan nak dapat kakak dalam dua tiga tahun ni. Anyway, kita merancang tapi Allah yang menentukannya. Mana tahu tiba-tiba si abang jumpa dengan jodoh dia dalam tahun ni. Pengsan ibu dia...

Kali ini untuk majlis perkahwinan anak jiran, aku bagi dia orang buku. Aku beli di Dakwah Corner, Bangi Gateway. Hahaha.... buku macam mana nak memikat suami dan isteri. Satu buku untuk si suami dan suatu buku untuk si isteri. Adilkan? So pandai-pandai lah adapt yang mana patut untuk menghangatkan lagi hubungan mereka. Semoga mereka berbahagia dan berkekalan hingga ke Jannah.

Hahaha... masa aku pilih buku tu Zara pun sibuk memilih. Bila dia tengok buku kat tangan aku, dia pun sibuk nak tahu.

"Ibu, buku apa tu?"
"Buku untuk memikat suami dan juga untuk memikat isteri."
"Ada ya buku macam tu ibu?"
"Adalah... ini..." Aku hulur bagi dia tengok.
"Kalau macam tu Ya pun nak satu lah." Laju saja tangan dia mencapai buku tu.
"Buat apa?"
"Nanti untuk Ya lah."
"Eh... Ya kecik lagi. Letak balik. Besok dah besar nanti ada buku lain boleh beli."

Haha.... ni lah Zara yang perasan macam dia dah besar dan boleh kahwin. Aduhh... kena jaga dia ni betul-betul. Dah lah suka tengok drama cinta, nanti cepatlah dia bercinta.... Bercinta dengan Allah sekarang pun boleh... tapi kalau dengan budak lelaki... tunggu lah besar, ya. Not now when you are only eight years old.

Okay... gerak dulu... nak siap-siap nak jumpa mak.



Tuesday, June 3, 2014

Masa Rehat Dah Nak Tamat....

Lama rasanya aku tak update blog aku. Baik kat sini atau kat zairahman.blogspot.com . Bukan nya
aku sibuk pun. Aku banyak menghabiskan masa aku dengan membaca dan juga membuat research untuk next project aku.

Aku bagi enam bulan untuk aku rest dan hujung bulan Jun tamatlah aku punya masa berehat. Sebelum ini aku memang dah pelan nak buka sebuah kedai jual buku. Berangan nak jual buku sebabnya aku suka membaca.

Walaubagaimana pun bukan senang kan nak buka bisnes jual buku ini. Kat Bangi dan sekitar Kajang ni banyak kedai buku. Jadi aku kena betul-betul study samada feasible tak nak buka kedai buku ni. Kalau aku tak buka bisnes rasa-rasanya aku akan buat freelance lah. Nak duduk kat rumah lama-lama, hish.... tak boleh rasanya.

Anak-anak aku makin bertambah lemak dan mengada-ngada. Semua aktiviti depa, dia orang nak aku masuk gak. Kadang-kadang dia orang berkampung dalam bilik aku. Puas juga nak suruh keluar baru dia orang keluar.

Tadi aku saja aja borak dengan Zara. Tanya pendapat dia jika aku balik kerja. Apa jawab dia... "Ibu boleh kerja tapi kalau pergi pagi mesti balik tengahari. Kalau pergi tengahari balik petang. Tak boleh balik malam." Ish... fobia budak ni kena tinggalkan dengan aku selama tujuh tahun. Pergi pagi malam baru nampak mak dia. So sekarang ni kalau boleh mesti melekat kat mak dia...

Apa-apa pun aku dah cakap kat anak-anak aku jangan lah berharap sangat yang aku akan sentiasa ada kat rumah. Aku kena kerja. Kalau tak buntu otak ni duduk aja kat rumah. Nak juga challenge otak aku yang dah lama berehat ni. Paling challenging aku buat, heh... main words with friends and clash of clans.. dan juga buat analisis untuk projek aku. Kadang-kadang rindu gak nak solve the operational issues atau berdebat dengan vendor.

Walau apa-apa pun, selepas raya ni, aku kena mengorak langkah. Samada buat (a) bisnes aku atau (b) buat freelance as a consultant. Bukan nya CON tapi consultant.

Okaylah... aku nak chao dulu... Nak tengok drama Kerana Terpaksa Aku Relakan.

Bye....

Thursday, May 1, 2014

Pukulan Clash of Clan.

Haha... Selamat Hari Buruh pada semua warga kerja. April dah pun berlalu dan May pula bertandang. Hari ini juga merupakan
Inilah Clan aku....
1 Rejab dan tak lama lagi Ramadan akan kembali. Oh..Rindunya dengan Ramadan. Berlalunya April bermakna dah selamat dah kami menyambut birthday Inche Suami, Zaki dan juga untuk aku. Tak dalah sambutan besar-besaran. Kek pun tak ada. Hanya keluar gi makan kat restoran aje. Cukuplah kan, Tapi kesian lah kat Zaki tak ada kek tahun ini.

Kat rumah aku sekarang ni masing-masing gila main Clash of Clan. Kalau Candy Crush membuat aku, adik beradik  ku yang perempuan dan anak-anak along aku asyik dengan cabarannya, kali ini Clash of Clan buat aku dan anak-anak aku asyik dengan battlenya. Sibuk memperkuatkan clan aku, membina kubu aku, membeli senjata bagai dan menyerang pasukan lawan.

Tapi kami tak mainlah pistol, hand granade, senapang. Apa yang kami guna pedang, panah, meriam, mortar, giant, wizard, goblin... macam zaman harry porter pula rasanya. Mula-mula tu aku malas nak main walaupun dah banyak kali di pujuk oleh the boys. Sebabnya aku dah terjebak dengan Candy Crush and Words With Friends. Malaslah nak main banyak-banyak gamekan? Menghabiskan masa kadang-kadang.

Tetapi si Drama Queen telah mengdownloadkan game tu kat phone aku. Masa tu dia tak ada lagi iPod jadi phone aku tu jadi hak dia lah. Bila dah ada dalam phone aku, aku jengok-jengok juga lah. Tolong  mainkan selepas di ajar oleh anak-anak aku yang expert tu. Lama-lama aku yang syok main benda tu dan akhir sekali akulah yang empunya game dalam phone itu. Si Zara bila dapat iPod dia, dia tak pandang dah kat phone aku. Dia download game tu atas iPod dia dan tak usik dah Clash of the Clan dalam phone aku itu.

Game ni sebenarnya strategy game. Kita kena tahu bila dan upgrade the weapons. Bila nak upgrade the fences dan the army barrack. Heh... memandangkan aku ni 'noob' (term baru aku belajar dari anak-anak) maka si anak-anak banyak lah komen aku punya set up.

Haha.. dia orang memang terer main benda ni tapi dia orang lupa yang aku ada puchasing power. Hehe... beli aje gems tu kalau aku nak cepat siap dengan barang-barang yang aku beli atau upgrade. Zaki selalu marah dengan aku sebab beli gems. Lepas marah, merayu pada aku suruh belikan gems untuk dia pula. Bila beli untuk sorang, yang lain pun nak lah... Pastu bukan boleh control penggunaan gems tu. Sekelip mata habis. Yang pandai jimat Amir. Yang boros haha.... the big one.

Apa-apa pun game ni memang bestlah. Pertama dia buat aku dan anak-anak duduk berbincang pasal game ni. Kedua, dia mengajar aku erti bersabar. Bersabar menunggu upgrade siap. Kadang-kadang empat hari dan kalau tak sabar mahu aja aku cepatkan dengan menekan gems. Duit tu kan so sabar...sabar...sabar... tak nak boros dekat game. Yang ketiga, dia ajar aku macam mana nak pilih pihak lawan. Tengok kemampuan kita berbanding dengan pihak lawan. Yang kempat macam mana nak mantapkan pertahanan kita. Bak kata Syafiq..."ibu patut upgrade weapons tu dulu sebelum upgrade townhall tu. Pagar tu tak pakai hitam atau emas dah bila level  ibu ni."

Jadi untuk memastikan apa yang dia cakap tu make sense, maka dengan gigihnya aku google Clash of Clan Townhall Level 8. Aku nak tengok setup yang di buat orang... memang betul...apa yang Syafiq cakap. Jadi hari ini dekat sejam lebih aku membuat balik setup aku dan mengupgrade benda-benda yang aku patut upgrade. Haha... habis lah duit beli gems...

Ini lah pukulan Clash of Clan pada aku dan juga pada anak-anak aku. Tapi berbaloi di sebabkan kami banyak menghabiskan masa bersama.. berbincang macam mana nak menang.... Huhu... semangat nak menang memang kuat... Teruskan berjuang ya anak-anak...


Thursday, April 10, 2014

April datang dan aku pun matang.....

Salam khamis semua... Dah lama rasanya tak update blog ni.. Adakah kemalasan melanda? Oh tidak!!!! Tidak!!!!! Aku tidak boleh malas!

Sebenarnya aku sibuk dengan membaca. Penat menghadap buku, baca ebooks, penat ebooks, terjah blog orang....lama-lama kerja aku tak siap. Kerja apa ya??? Hmm... adalah. Walaupun tak bawa sebarang bayaran, tapi masih kerja kan?

Sekarang ni kita dah dalam bulan April. Apa signifikasinya bulan April ini pada aku? Sungguh significant! Sebabnya pada bulan ni lah, umur aku akan bertambah satu lagi. Huh dah jauh aku berjalan di dunia ni, tapi aku masih lagi rasa banyak kekurangan untuk menghadap Sang Pencipta.

Aku rasa bersyukur sangat bila aku berhenti pada awal tahun ini. Banyak hikmahnya. Kalau dulu mengaji seminggu sekali, sekarang alhamdulillah bolehlah di katakan setiap hari. Aku juga adalah  masa nak membaca tafsiran al-Quran walaupun bukan aku baca hari-hari. Next step aku nak cari Ustazah untuk ajar aku pula.

Hmm... bulan April ini juga birthday Zaki dan cik abangku. Zaki ni sebenarnya lahir pada hari lahirku. Instead of celebrating my birthday (tak payah lah tahu yang ke berapakan), aku bersenang lenang dalam bilik bersalin. Hadiah yang paling istimewa. Mendapat harta dunia dan akhirat. Harta yang menyenangkan dan menyusahkan hati aku. Betulkan?

Dah nak masuk sepuluh tahun dah dia. Dah besar. Besar dalam erti kan fizikal,intelektual dan juga umur. Dia ni very independent. Tak susah jaga dia ni. Dia akan pastikan barang-barang dia in order especially sebelum pergi sekolah. Homework tak payah nak diingatkan. Aku harap dia akan terus begini selama-lamanya. Tahu tanggungjawab dia.

Hujung bulan ni, birthday cik abang pula. Haha... dia ni kadang-kadang lupa birtday dia. Kalau kita sibuk-sibuk baru dia sedar. Busy semedang.....

Oh ya... aku juga nak share something yang baru siap hari ini. Dua hari sebelum birthday aku, Amir telah berjaya membuat robot. Haha...bukanlah robot macam R2D2 tu tapi robot lah. Punyalah semangat dia nak buat robot, sanggup belajar 'C Programming'.  Aku sokong aja minat dia tapi semua minat dia expensive. Tak apalah asalkan dia mencapai apa yang dicita-citanya. Kat bawah tu aku upload video dia demo robot dia pagi tadi.

Lagi satu aku nak beritahu, Zara dah tak ponteng sekolah. Sekarang ni dia semangat nak pergi sekolah. Sebabnya? Dapat kawan-kawan baru dalam kelas ni.  Bila dia naik kelas hari tu, dia seorang aja di masukkan dalam kelas tu, kawan yang lain masih di kelas lama, so dia yang memang susah nak berkawan, terseksa. Tiga bulan baru dapat kawan-kawan baru. Hih.... parahkan!


Okaylah.. nak chiao dulu... si Zaki mengacau ni...