Wednesday, July 25, 2012

Enak di Buai Mimpi

Hah! Hari ini aku bangun lambat. Bukan lambat bangun sahur tapi bangun lambat nak pergi kerja. Sejak bulan puasa ni, aku  kurang tidur. Pada hari Selasa hari tu, aku tidur adalah dalam 4 jam. Lepas sahur, aku tak tidur langsung. Leka buat kerja rumah. Jadi  aku rasa mengantuk lah sangat pagi ini.


Di sebabkan tidak boleh buka mata, Selepas subuh, aku pun baring semula. Seperti biasa, aku set phone aku pukul 7.20am dan aku juga pesan pada suami aku supaya call aku. Aku pun tanpa melengah masa baring semula dan agaknya tak sampai lima minit aku pun sampai lah ke dunia lalalala.... 


Syok betul aku bermimpi. Aku mimpi aku berada di kampung. Mak aku ada, mak lang aku, sepupu aku ada, beberapa orang anak buah aku dan juga anak aku. 


Masa mimpi tu mula, aku sedang berehat di rumah mak aku bila sepupu aku datang berlari 


"Dia nak datang dah! Dia nak datang!," katanya tercungap-cungap.


Aku bingung. Siapa yang nak datang? Kenapa takut? Aku pun buat tak tahu ajalah dan terus berbaring. Tiba-tiba mak aku meluru pada ku, "Cepat, cepat lari." sambil menarik tangan ku.


"Eh! Mak kenapa?"
"Cepat. Tak ada masa ni," jawabnya  cemas.
"Nanti! nanti!  Nak kecutkan Aqi dulu," jawab ku sambil masuk semula ke bilik dan menarik anak aku keluar.


Tiba-tiba muncul orang yang di geruni. Muka dia nampak bukan macam muka melayu tulin. Semua orang berhenti dan berkumpul  di laman rumah mak Ngah aku sambil memandang si Gerun dan kuncu-kuncunya yang menaiki motosikal. 


Tiada siapa yang berani bertanya. Aku padang mak dan makcik-makcik aku (dia orang nampak muda masa tu). Mereka kaku dan mata tak berkelip-kelip memandang si Gerun. Muka mereka pucat. Aku biasalah konon nak jadi hero.


"Hey!" panggil aku yang tak sabar nak tahu kenapa semua orang takut. Si Gerun pandang aku.


 "Apa kau nak?" tanya aku sambil berjalan ke depan.  
Si Gerun ketawa besar. "Kau masih tak tahu apa aku nak?"


Aku diam sebab aku memang tak tahu. Aku pandang semua keliling ku. Senyap. Semua tunduk. Mereka nampak  takut dan gelisah.


"Kau semua akan aku bunuh."


Aku terperanjat. Aku pegang erat-erat anakku. "Kenapa?" 


"Sebab kau semua telah melanggar arahan aku. " Si Gerun ketawa dan terus beredar dan bila aku pusing semua telah menghilang diri. 


Tiba-tiba dalam mimpi itu, aku berada di dalam rumah, menyorok. Si Gerun datang membawa pisau dan parang. Dia masih tidak dapat membunuh sesiapa. Dia geram dan berjalan mencari mangsa. 


Dia berjalan dan berhenti hampir dengan tempat ku. Aku senyap dan tak bergerak langsung. Lama dia berdiri di situ dan tidak nampak aku. Mahu sahaja aku sergah dia tapi belum sempat aku buat, aku tersedar. 


Aku pandang tingkap di luar sudah cerah tapi aku masih tidak bangun. Yalah phone aku tak berbunyi lagi. Aku lelapkan mata semula dan bila aku terjaga hari dah betul betul cerah.


Cepat-cepat aku bangun dan terus menerpa ke arah phone aku. "Alamak! Dah pukul 7.47am," jerit ku. Cepat-cepat aku ke bilik sebelah. Di atas katil, anak aku masih sedap memelok bantal nya.  


"Eh, Bangun! Bangun! Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan tubuhnya.


Anakku terjaga dan bila melihat hari sudah cerah di luar dia bergegas hendak pergi mandi. Dia menoleh ke arah jam, dan langkah dia terhenti. Dia naik semula ke atas katil dan tidur.


"Kenapa tak mandi ni. Pergi sekolah," kata ku sambil mengerakkan dia. 


"Tak nak. Dah lewat. Cikgu marah datang lambat. Aqi tak nak kena marah"


Aku terdiam dan masuk semula ke dalam bilik ku. Aku ambil phone aku dan periksa kenapalah dia  tak berbunyi. Aku menepuk dahi. Aku telah setkan phone aku pada 'Silent Mode.' Patutlah!!!


Hehehe...Salah siapa kat sini bila anak aku tak ke sekolah? Anak ku? Phone tak berbunyi atau ibunya yang enak di buai mimpi?







No comments:

Post a Comment