Pagi ni mood kurang baik. Pertama aku lupa ada penutupan jalan sempena hari Merdeka. So stuck lah kejap dekat highway nak ke KL. Tapi aku tak lah risau sangat sebab ramai yang akan tersangkut. Memang betul lah sebab bila sampai ada keliling aku yang belum masuk lagi.
Masuk meeting, tengok-tengok budak aku kena present. Cis...at least cakap la apa benda dia nak present. Ada lima orang, dua orang jadi permerhati..salah sorang aku le.. Mengantuknya sebab baca novel Melur Jelita 'Awak Suka Saya Tak' sampai kul 1 pagi. Puas mata ni nak focus dekat screen.
Habis meeting, kepala pun pusing sebab tak cukup tidur. Duduk kat tempat aku, aku pandang aje skrin komputer. Ada excel file... Hmmm tak payah buat. Nanti semua salah. Buka email, rasa nak muntah. Berlambak-lambak email. Lantak lah... bila kepala okay aku baca lah. Kalau urgent, pandai pandai le cari aku.
Besok ada department meeting. Budak-budak ni tak bagi slide dia orang lagi. Heh.. aku pun belum buat lagi. Huh SAP ID kena revoke sebab salah password. Adui....ni nak kena minta reset id ni. Ayoooo... nak kena ayat mamat yang jaga password ni. Hehehe...selalunya dapat lah... sebabnya aku kan ex-boss dia.
Okaylah... aku nak pergi lunch. Mana pulak pergi lunch date aku ni? Tadi ada tiba-tiba hilang. Ish..ish..ish... nak kena lak call, tapi tak apa. Aku nak keluar lambat sikit hari ini.
Chao....
No comments:
Post a Comment