Thursday, August 1, 2013

Baru tahu ya!!!!



Salam. Lama betul aku tak datang sini. Dah penuh dengan sarang labah-labah dan habuk. Apa nak buat, aku sibuk. Sibuk memajang aje… Bila masa aku tak sibuk. Ini pun aku curi-curi taip sebab dah bosan mengadap kerja.


                Nama aje ada staf tapi ended up aku juga yang kena buat. Kadang-kadang rasa frust. Tapi tak lama. Kejap aje Sebabnya aku sayang dengan kerja aku ni. Walaupun tak sehebat dulu-dulu. Aku beritahu budak-budak aku, aku dah mencapai peak aku dalam kerja. Sekarang aku di peringkat menurun sebelum bersara.


                Bersara???? Apa aku nak buat ya… Aku tak fikir lagi. Ish…kena fikir…tak lama lagi ni. Aku tengok kakak aku ada juga aktiviti dia. Dia ambil upah jahit beads. Cantik kerja tangan dia. Aku tak suka menjahit, so benda tu bolehlah di keluarkan dari list aku.


                Oh ya! Dengan bangganya aku nak beritahu, aku dah jatuh cinta dengan novel melayu. Aku baru dua-tiga bulan ni membaca novel melayu ni. Selalunya aku baca buku English. Aku  dah baca dalam sepuluh buah buku, tapi ada 4 sahaja yang aku benar-benar suka. Buku-buku tu ialah..tada….. Projek Memikat Suami, The Wedding Breaker, I Love You, Stupid and My Precious Iris.


                Dua buku terakhir tu buat aku gelak, nangis, geram, suka dan macam-macam feeling. Tak cukup tidur aku. Mamai aku  di buatnya. Ada sekali tu, vendor aku called. Aku jawab hello and lepas tu, aku tak tahu apa dia cakap. Aku tertidur…. Teruk betul kan..Itulah gara-gara marathon membaca buku I Love You Stupid and My Precious Irish by Melur Jelita. Best!


                                Okaylah…aku berhenti dulu…kepala pun dah pusing  and mata pun dah kecil…tinggal nak pergi cari landing port aje. Kalau jumpa port best, kalau tak tersenguk lah kat meja ni. …okay…see you soon…

No comments:

Post a Comment