Ah! Aku agak sibuk sejak akhir-akhir ini. Maklumlah sejak kawan sepejabat aku berhenti, kerja dia aku kena buat. Perghhh....bukan senang kerja dia. Ialah dia jaga finance dan budget untuk department ini. Tapi apa nak buat, dia nak sambung belajar tak bolehlah nak pujuk suruh dia jangan berhenti.
Aku tak tahu sampai bila aku kena buat benda ini. Aku dah beritahu boss aku sebelum kawan aku pergi yang aku tak nak buat budget. Stressful aku. Dulu aku dah buat. Tiga bulan lamanya dan selama tiga bulan itu hidup aku tak tentu haluan. Nampaknya, ianya berulang lagi.
Minggu sudah, kuranglah orang yang mencari aku, tapi pagi ini, melambak e-mel tanya pasal budgetla, reforecastlah...rasa nak muntah aku tengok benda tu. Yang lebih buat aku tension bila ada orang nak informasi masa tu juga. Macamlah aku buat benda-benda itu sebelum ni.
Bila dah tua-tua macam ni, aku rasa nak duduk rumah aja dan buat apa yang aku suka. Tapi apakan daya, anak-anak masih kecil. Kenalah berkerja lebih untuk mereka. Bukan untuk kesenangan sangat tapi sekurang-kurangnya, ada sedikit simpanan untuk kegunaan mereka bila hendak menyambung pelajaran.
Bercakap pasal menyimpan, aku selalu beritahu anak aku, jangan suka berbelanja sesuka hati. Duit yang lebih masuk tabung. Aku tak suka anak-anak aku beli gula-gula atau makanan ringan.
Kalau dulu, mereka nampak duit syiling, buat tak tahu aja tapi sekarang pantang nampak duit syiling, dia orang ambil lah masuk tabung mereka. Ada sekali, habis duit syilling aku dia orang ambil. Bagus juga tu, tak adalah berat beg aku.
Okaylah, sebelum aku pergi, menabung ni bukan untuk anak-anak kecil. Ia juga amat berguna untuk kita yang berkerja ini. Bak kata pepatah, 'Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.
Tak perlu simpan banyak-banyak. RM10 sebulan pun sudah memadai. Bila sesak-sesak ada juga tempat kita boleh korek..tapi jangan asyik mengorek aja. Nanti habuk pun tak ada...
Okayla...pesanan ku, simpan jangan tak simpan....salam.
Showing posts with label stress. Show all posts
Showing posts with label stress. Show all posts
Monday, May 9, 2011
Thursday, December 2, 2010
Cepatnya masa berlalu....
Eh! Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah bulan Disember. Kemana perginya masa sebelas bulan yang lalu aku pun tak tahu. Wow! Apakah aku berjaya dengan apa yang aku janji dengan diri aku pada awal tahun?
Heh! Tak semua kot. Yang pasti aku masih tak kurus-kurus. Apa yang berlaku sebaliknya. Naik lagi adalah badan aku. Macam mana agaknya nak kurus semula? Satu cabaran yang akan aku terus usahakan sampai berjaya.
Kalau hasrat aku nak menguruskan badan gagal, tapi aku telah berjaya mencapai sekurang-kurangnya dua dari tiga 'new year resolution aku'. Not badkan!.
Pertama, aku mula menulis.Aku dah bosan dengan kerja aku yang baca kontrak aje jadi aku cubalah menulis. Mula-mula aku tulis kat blog www.zairahman.blogspot.com, kemudian aku cuba tulis cerita fiksyen dan terhasil lah Dendam Bukit Putus. Penuh dugaan dan cabaran yang aku lalui bila menulis cerita ni. Kalau nak tau, sila ke http://zairahman.blogspot.com/2010/11/weird-things-that-happened-to-me-when-i.html dan seterusnya aku ada beberapa lagi cerita 'in the pipeline'lah. Tapi aku tulis untuk suka-suka aje.
Yang kedua, setelah bertahun-tahun aku kerja tak kira masa, tahun ini aku telah berjanji dengan diri aku dan juga anak-anak aku yang aku akan keluar office sebelum pukul 6.30 petang. Adakah aku berjaya sepenuhnya keluar sebelum 6.30 petang? Hmmm boleh dikatakan ya hanya sekali sekala aja aku kerja melepasai target aku.Yang pasti tahun ini aku tak lah stress gila macam tahun-tahun sebelumnya. Dapatlah aku meluangkan masa bersama anak-anak di sebelah malam.
Tahun ini juga dua berita kurang baik berlaku dalam keluarga ku. Abah dan mak aku, kedua-duanya kena kanser. Keadaan abah aku dalam keadaan kritikal dan pada masa ini dia masih di hospital. Mak aku pula, masih di tahap awal. Doakanlah bersama agar penderitaan abah aku diringankan dan mak aku pula sembuh dari kansernya..Amen!!!
Sekian..chao dulu..salam.

Labels:
kanser,
kurus,
new year resolution,
stress,
tulis
Subscribe to:
Posts (Atom)