Pada petang Selasa lalu, hari hujan. Huh! Aku balik agak awal dari biasa sebab hari itu 'Birthday' aku. Ingatkan boleh sampai awal tapi al maklumlah, KL kalau hujung memang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas la.
Bila hari hujan semua orang bawa kereta perlahan. Berhati-hati. Jarang yang memandu dengan laju. Manalah tahu kalau laju nanti tak sempat nak elak lobang besar yang penuh dengan air. Terjerumus tayar dalam lobang besar pulak nanti.Susah. Nak sampai cepat langsung lambat.
Dalam aku memandu perlahan-lahan itu, adalah sebuah kereta yang agak tualah. Macam mana aku boleh kata tua sebab nombor plate kereta dia ada dua alphabet dan bermula dari huruf...jeng..jeng..jeng...'W'.
Aku tak tahu lah samada pemandu kereta tu perasan. Tayar belakang sebelah kiri kereta dia bergoyang sebab skru dia tak ketat. Aku yang ikut belakang dia risau mana tau tayar dia tercabut.
Bayangkan bila tayar dia tercabut, apa yang berlaku. Pertama, tayar tu akan bergolek sama ada arah ke depan atau ke belakang. Tayar tu boleh kena pada kenderaan lain, kan? Kalau kereta tak apa juga tapi bayarkan kalau kena penunggang motosikal. Boleh terbang penunggang motosikal.
Kedua, kereta tu mesti terhempas kat jalan raya. Aku yang ikut kat belakang aku menghentam kereta itu kan. Heh! Kereta dia rosak, kereta aku juga rosak dan mungking beberapa buah kereta yang lainkan. Bertambahlah kesesakan jalan raya lagi bila berlaku kemalangan.
Sebab itu, kita kenalah jaga dan selenggara kereta kita. Bukan lanyak aja. Kereta kita pun nak dalam keadaan tip-top , bersih dan selamat juga. Macamlah kita manusia, kalau kesihatan tak di jaga, mesti tak larat kan? Silap hari bulan, masa jalan pun boleh tumbang.
Jadi jagalah kesihatan kita dan juga jagalah kereta kita supaya tiada kemalangan berlaku.
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, April 14, 2011
Bila Tayar Bergoyang....
Friday, April 8, 2011
Pergilah periksa sebelum terlambat!
Minggu ni terlewat sikit nak post kat blog ini. Sepatutnya aku nak postkan update pada hari Isnin tapi disebabkan oleh beberapa sebab baru hari ini aku boleh.
Bukan apa, pada hari Isnin hari itu, aku cuti. Asalnya nak bawa mak aku pergi Hospital Pantai tapi bila aku sampai rumah adik aku, dia tak jadi pergi sebab dia kata buang duit saja.
Heh! Mak aku ada kanser payu dara. Dia suruh aku rasa tempat yang ada ketumbuhan itu. Memang betul, terasa dan agak besar jugalah. Memandangkan aku dah tak jadi pergi hospital, aku duduk layan mak aku sampai tengahari.
Pukul 12 tengahari, kamipun pergi makan kat Chili di Mid Valley. Seronok aku tengok dia makan walaupun dalam kegirangan itu, aku teringat arwah ayah aku yang memang suka makan makanan western.
Aku habiskan sehari dengan mak aku dan aku hantar dia balik ke Seremban kerana pada hari Selasa tu dia ada temujanji dengan doktor kat Putrajaya.
Sah bila kakak aku hantar, doktor akan lakukan pembedahan pada mak aku pada hari Sabtu ni. Habis di buang walaupun belum tahap kritikal sebab doktor kata jika buang semua tak perlu buat 'chemo'.
Bila aku fikirkan semula, kanser ini dah macam satu kebiasaan. Ramai yang aku kenal pernah menghidap kanser. Ada yang dapat mengalahkannya dan ada juga yang kecundang. Ngeri bila mendengar seseorang kena.
Memandangkan kedua-dua orang tua aku penghidap kanser, aku dan adik-beradik aku lebih berhati-hati sekarang. Kami dah berada dalam golongan risiko tinggi dan kami kena buat buat pemeriksaan kesihatan dan mammogram setiap tahun. Huh! Tak boleh ambil ringan sekarang.
Aku juga sarankan, semua kaum wanita tak kira umur dan bangsa, pergilah buat pemeriksaan kesihatan ini. Jangan malu dan jangan takut habis duit. Penyakit dan kanser tak kira itu semua. Ianya boleh menyerang kita tanpa kita sedari. Pergilah ya!!
Sebelum aku pergi, di doakanlah mak aku selamat semasa dan selepas pembedahan nanti. Jumpa lagi minggu depan.
Salam.

Subscribe to:
Posts (Atom)