Friday, July 27, 2012

Patutkah aku balik awal?

Sejak bulan puasa ni aku raasa seronok. Bukan sebab dapat makan banyak tapi sebab dapat balik awal. Selalunya bila dah malam baru aku sampai rumah, jadi bila nampak hari cerah, dengan sinaran matahari petang, aku rasa tenang.


Agaknya bila balik malam, fikiran yang memang dah memang serabut tu, jadi tepu. Tak boleh berfikir sebab gelap. Tapi bila balik awal, aku rasa kepala aku lapang. Tak berat. Ada satu masa, sinaran matahari itu membuat aku terkenang zaman aku belajar kat US.


Ialah masa tu musim sejuk. Lepas kelas dalam tengahari. Di luar sejuk bukan main. Badan di selubungi baju tebal, dan kereta pun terpaksa dipanaskan. Heh! Kadang-kadang bila angin bertiup, sejuk dia sampai ke tulang. Masa tu tak tunggu dah kereta panas ke tak. Terus masuk. Punggungpun bekulah.


Dalam sejuk-sejuk , bila mendapat sinaran matahari tu, rasa best sangat. Tapi yang membuat aku teringat waktu aku di Eau Claire, Wisconsin, ialah perjalanan balik dari kampus ke rumah. Aku tak pandu. Yang memandu, kawan serumah aku. Faridah. Dah arwah dia ni.


Dalam dia sebuk mengawal kereta, aku sibuk memandang keluar. Pantulan sinaran matahari ke atas salji tu berkilau dan menyakitkan mata. Apa lagi bergaya dengan cermin mata hitam lah. Bukan saja sinaran tu membuat suasana suram tu macam ceria, tapi ia juga memanaskan badan sedikit.


Jadi bila aku balik pada hari Rabu hari tu, langit biru. Awan tiada dan sinaran matahari yang tak berapa kuat memanah ke dalam kereta aku. Aku rasa hari Rabu hari tu cerah dan menenangkan fikiran aku. Aku rasa seolah-olah semua bebanan aku hilang dan aku rasa lega.


Apakah ini petanda yang aku kena balik awal selepas habis bulan puasa? Mungkin, tapi aku kena masuk awal pagilah. Macam ada satu bos kat ofis aku tu. Dia masuk dalam pukul 7.30am dan 5.30pm dia dah balik. Huh ada Work Life Balance. Tapi aku tidak. Kerja, kerja, kerja... no life. Kalau boleh hujung minggu pun nak suruh buat kerja. Tapi aku tak buat dah macam tu dah.


Hujung minggu aku sekarang ni untuk diriku, anak-anak ku dan keluargaku. Biarlah kerja melambak menunggu, aku tak kisah. Yang penting keluarga ku. Mereka lagi penting. Betul tak?

No comments:

Post a Comment